Setengah tahun telah saya lalui, dalam tempoh itu banyak perkara yang berlaku sehinggakan ada ketikanya saya bertanya pada diri..inikah dunia?....Saya sedar saya hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha dan memohon dariNya untuk melalui kehidupan ini yang penuh dgn cabaran. Nasib baik saya mempunyai azam yang utuh biar pun adakalanya saya bagaikan insan lumpuh tapi saya percaya apa yg berlaku itu ada sebabnya.
Kebelakangan ini saya banyak belajar tentang sikap manusia. Kadang-kadang saya ingin ketawa melihat manusia yang sanggup berpura-pura semata-mata untuk menegakkan kebenaran diri padahal yang terbukti mereka sememangnya bersalah. Ada juga yang memutarbelitkan kata-kata..yang akhirnya terjerat diri sendiri...Kesian betul.
Kalau diberi kuasa, saya mahu menjadi manusia yang sejujurnya, berkongsi segala apa yang ada di dalam jiwa namun bukan semua mampu saya suratkan dan luahkan kerana saya hanyalah manusia biasa...
.................................................................................................................
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kekuatan hati dalam segala perkara, kegigihan dalam petunjuk,keinginan hati untuk mensyukuri nikmat-Mu dan untuk menyembah-Mu dengan baik. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu hati yang bersih dan lisan yang jujur. Aku mohon kepada-Mu kebaikan yang Engkau ketahui dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui. Aku juga meminta ampunan dari apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib...Amin
Semoga SA gembira selalu....Amin







Hari ini agak memenatkan bagi aku..tak pergi visit my mother sebab nak siapkan kerja…dan rasa tak sedap badan..biasalah aku kalau tension/stress mulalah rasa semacam. Tapi tengahari pulak terpaksa pergi balai polis nak cam suspect yang masuk rumah hari tu…entahlah aku tak pasti..tengok belakang mcm sama tapi bila tengok dari tepi macam lain dari hari tu. Semoga pencuri tu mengembalikan barang yg beliau curi tu….Susah hati memang susah hati..tapi nak buat macam mana di samping berusaha dan berdoa kena tawakallah. Mungkin ini satu dugaan untuk kami. Tapi org akan kata aku tak kisah sebab itu bukan barang aku..sapa kata aku tak kisah..barang orang lagi aku susah hati..ditambah lagi rasa bersalah. Kalau barang sendiri aku memang dah tak kisah dan anggap itu ujian daripada Allah.Kalau nak marah-marah pun tak guna sebab barang tu dah tak ada buat habis tenaga ajelah..lagipun tahun ini aku berazam tak nak tanamkan sifat buruksangka dan juga kurangkan marah.




