Saturday, March 25, 2006

Pendirian


Mungkin pendekatan aku terhadap kerja dan mungkin juga cara hidup amnya agak berlainan dengan rakan-rakan aku yang lain. Aku selalu mengekalkan prinsip/nilai kerja yg tertentu. Pendirian ini mungkin tidak akan membawa aku pergi jauh tapi berpegang pada prinsip tertentu adalah penting bg aku. Aku percaya hanya kita yg bertanggungjawab atas apa yg kita buat dan percaya dikemudian hari. I may be seen as uncompromised, rigid, going against the norm’ but one thing I do get is respect…respect not because I was right but because I stand to what I believe.

Aku percaya setiap undang-undang dan peraturan yg dibuat perlu memberi kebaikan kepada semua pihak. Segala urusan/perniagaan perlu dilakukan dengan jujur. Tidak ada jalan mudah untuk mencapai kejayaan…….

Kenapa aku tulis semua ini…kerana sejak akhir-akhir ini aku asyik dapat call dari seorang kawan aku nak mintak aku selesaikan problem yg beliau dalam sedar create… aku harap next time dia tak perlu terburu-buru dalam mengejar glamer. Fikir long-term risk……Walauapa pun aku telah cuba yg terbaik utk selesaikan…yg penting aku berterus terang aku tak suka apa yg dia buat tu…..

No comments: