Gerak hati atau instinc ada dalam diri setiap insan samada kita mahu cuba menyelami dan memahaminya atau tidak menyedari tentang rasa itu. Ianya hadir tanpa diundang. Tidak boleh dipaksa-paksa. Tidak boleh juga dibuat-buat. Ia datang dalam sekelip mata. Kadang ia berkait dengan persekitaran waktu. Kadang-kadang ia tiada kaitan dengan persekitaran dan masa. Ia hanya datang secara tiba-tiba.
Gerak hati yang datang tanpa diundang ini kand mencemaskan, merisaukan dan adakalanya menakutkan begitu juga mengembirakan. Gerak hati yang kita rasakan tentang sesuatu kehadiran/peristiwa mungkin satu kebiasaan. Namun bagaimana gerak hati orang lain tentang diri kita? Tentang sesuatu yang tak terfikir oleh mereka. tentang sesuatu yang tidak ingin diwujudkan.
Pernah dulu saya termimpi kawan saya A tak jadi kahwin...sedangkan sepanjang hari tak adapun saya terfikirkan akan beliau. Oleh itu saya mengambil keputusan untuk menghubungi untuk mengceritakan tentang mimpi itu. Tapi tengah duk nak dial, dia call memberitahu yang bakal bapa mertuanya dimasukkan ke hospital. Saya tidak jadi menceritakan tentang mimpi saya tu...2 hari selepas itu saya dikhabarkan bakal bapa mertuanya meninggal dunia...memang perkahwinan beliau ditangguhkan bertahun2 dan macam-macam problem timbul sebelum dpt berkahwin.
Ada sekali tu...masa saya nak keluar makan tengahari lebih awal daripada biasa..then saya terfikir macam mana kalau saya terserempak dengan seorang ni...selepas makan saya benar2 jumpa dengan beliau.
No comments:
Post a Comment