Tuesday, January 31, 2006

Kawal Diri Elak Gangguan Desakan

Nota: Artikel ini untuk pengetahuan peribadi

Lazimnya perilaku manusia dipengaruhi pelbagai faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman ialah seperti genetic, personality, motif dan sebagainya, manakala luaran merujuk kepada keadaan persekitaran, sosiobudaya dan impak media massa.

Perilaku yang normal ialah yang membina dan mampu menjamin kesejahteraan kepada seseorang individu. Oleh itu, individu yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal dirinya,tahu apa yang baik dan boleh memudaratkan.

Justeru, dia boleh mengawal dirinya untuk membuat sesuatu yang baik dan berfaedah. Ia tidak mengikut desakan hawa nafsu keterlaluan. Ia memahami kehendak dan keperluan orang lain, sehubungan itu, dia tidak mengambil kesempatan apabila berinteraksi antara satu sama lain.

Orang yang boleh mengawal dirinya adalah orang yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi tata tertib apabila berinteraksi. Individu seperti ini beretika dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menganiayai dirinya atau orang lain.

Tiga gangguan desakan yang biasa berlaku dalam masyarakat kita
1). Gangguan desakan yang membabitkan perilaku agresif. Mereka cepat hilang kawalan diri dan terus mengamuk apa bila berdepan sesuatu konflik. Perilaku ini berkemungkinan berulang jika situasi sama berlaku lagi pada masa depan.Individu terbabit tidak terdaya mengawal diri, dia berasa seperti harus meluahkan rasa marahnya dan susulan daripada itu barulah perasaannya reda. Ada kalanya dia menyesal dengan perbuatan agresifnya. Individu seperti ini berbeza dpd mrk yg sengaja melakukan jenayah atau yang menjadi ganas disebabkan gangguan mental atau kerana kesan sampingan dadah. Oleh itu, individu ini masih dapat dibimbing dan dibantu supaya secara sedikit demi sedikit ia mampu mengawal dirinya dan tidak lagi bertindak mengikut gerak hati semata-mata.

2). Gangguan desakan yg berkaitan dengan gejala social perjudian. Mereka yg terbabit melihat wang ringgit sebagai satu komoditi yg sangat bermakna dalam hidup mereka. Segala urusan dan perancangan masa depan mereka berkisar pada duit. Tidak ada lagi makna kepada mereka mengenai halal dan haram, yg penting ialah mendapat duit sebanyak mungkin. Mereka membuat andaian hanya duit yang mampu menyelesaikan permasalahan mereka. Justeru, mereka akan trbabit dgn pelbagai jenis perjudian. Dalam keadaan seperti ini ramai suri rumah dan anak menjadi mangsa penderaan, pengabaian dan penganiayaan. Sesungguhnya individu yg mengalami gangguan desakan untuk terus berjudi tanpa henti sebenarnya berdepan tekanan perasaan. Mereka tidak sedar mereka berdepan konflik emosi. Ramai antara mrk turut mengalami gangguan kesihatan seperti darah tinggi, ulser peptic dan migraine. Semua gangguan kesihatan berkenaan ada kaitan dgn tekanan emosi. Oleh itu mereka memerlukan bantuan yg lebih menyeluruh bg memastikan system kesihatan fizikal dan mental menjadi normal semula.

3). Gangguan desakan utk mencuri sesuatu w/pun individu berkenaan tidak memerlukan barangan yg dicuri. Fenomena ini disebut sebagai kleptomania..dimana org berkenaan berasa ada desakan yg amat sgt untuk mengambil harta benda org lain tanpa izin. Selepas berbuat demikian individu ini berasa lebih selesa. Mereka yang mengalami gangguan kleptomania lazimnya mempu membeli barangan yang dicuri, tetapi mereka tidak dpt menahan desakan utk terus melakukan perbuatan mencuri.

Sebenarnya mereka yg menghidap gangguan emosi memerlukan pertolongan dan bukan hukuman. Mereka sedar apa yang dilakukan, tetapi tidak mampu menghindar desakan yg dialami. Lazimnya, mereka turut mengalami konflik emosi yg lain seperti kemurungan dan keresahan.

Oleh Prof. Dr. Syed Hassan Ahmad, Metro 29 Januari 2006


1 comment:

Anonymous said...

Apakah? Mencet Bola Tangkas yuk di JokerMM.com!