Saturday, June 17, 2006

Menulis

Di organisasi saya setiap tahun diadakan anugerah penerbitan terbaik kepada kakitangan yang telah berjaya menerbitkan hasil kajian masing2. Kami akan mendapat RM500 bagi setiap penerbitan terbaik manakala RM250 bagi hadiah saguhati. Di sini saya bukan nak menulis pasal berkali saya dapat anugerah itu....tp pasal kepentingan menulis.

Menulis dan membuat persediaan untuk penulisan sesuatu hasil kajian memang mencabar minda. Tapi kebaikannya adalah ia boleh membuatkan minda kita selalu aktif. Apabila saya menulis atau menerbitkan sesuatu hasil kajian saya bukanlah semata-mata untuk mendapatkan wang ringgit yang ditawarkan oleh organisasi saya. Walaupun tidak dinafikan wang cukup penting dalam menjalani hidup seharian. Sebaliknya, ada yang lebih penting dari wang ringgit.

Bukan nama mahupun populariti tetapi dokumentasi itu sendiri. Apabila karya atau hasil kajian diterbitkan, ia bererti idea dan buah fikiran penulis dapat didokumentasikan. Itu yang lebih penting. Hanya setelah sesebuah karyanya tersiar, barulah seseorang itu dipanggil penulis.

Adalah lebih baik jika sesuatu idea/fikiran atau hasil kajian dapat ditukang menjadi sebuah karya sebelum ia dijual kerana pendokumentasian itu akan dijadikan satu bukti dalam pembinaan sebuah tamadun bangsa. Oleh itu sebelum menulis kita harus berfikir kenapa kita menulis sesuatu karya.


.......Menulislah agar tulisan kita itu kelak dijadikan sumber rujukan

.......Kita harus berfikir untuk generasi akan datang kerana hidup ini bukan sekadar untuk diri kita. Masih ada amanah dan tanggungjawab.


.....Saya menulis entry ini kerana saya sedang menyiapkan satu manuskrip yg dah agak lama terbengkalai..Ini kes nak motivate diri sendirilah ni.

No comments: