Monday, June 05, 2006

Dekat Tapi Jauh....Tribute to DSA

Petikan dari Berita Harian 3 jun 2006

Dr. CYM TKP baru M****
Bangi: DCYM dilantik TKP baru (P&P) M**** berkuatkuasa 19 januari 2006. Beliau sebelum ini ialah Pengarah Bahagian K&P mengambilalih jawatan itu yg dikosongkan oleh DMBW yg dilantik sebagai KP. Antara tugas utama beliau ialah bertanggungjawab kepada KP bagi memastikan aktiviti-aktiviti P&P semua bahagian P di M****

Apabila terbaca artikel ini membuatkan saya terfikir/teringat akan DSA yang sebelum ini merupakan calon yang disebut-sebut untuk mengisi jawatan tersebut. Apa perasaan dia? Apa pandangan dia? Kesian dia? Adakah dia inginkan jawatan ini? dan banyak lagi persoalan yang timbul dikotak fikiran saya.

Ramai yang berkata perlantikan CYM sebagai TKP disebabkan Menteri yg mahukan. Ada juga yang mengatakan dia tak layak...buat kerja kelam-kabut dan banyak lagilah komennya. Pada pendapat saya CYM dan DSA kedua-duanya layak untuk memegang jawatan itu. Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri.

.....Kita pernah gagal...gagal dalam bermacam-macam perkara tetapi kegagalan kita sekadar pengajaran dan dugaan untuk diri kita dan tiada menyebutnya/ tiada yang tahu melainkan keluarga terdekat dan kawan2 rapat..itu pun mengambil masa untuk recover. Bayangkan perasaan DSA...Sebagai seorang muslim, kita di ingatkan untuk bersabar dan redha dengan dugaan yang datang. Orang akan berkata bukan rezeki kita. Tetapi sebagai manusia yang serba lemah dan pincang...tentu hadir rasa kecewa, mungkin juga sedih (jika beliau inginkan jawatan inilah). Dianggap berkaliber, berwibawa...mengapa dia gagal.

....Di sini saya ingin berkata kepada DSA, bahawa saya masih yakin dengan kelebihan kamu. Mungkin kegagalan ini baik untuk kamu. Sekiranya kamu kecewa, kamu lihat secara positif bahawa inilah masanya untuk kamu revised pencapaian, target kamu yg lepas2...in order to move forward. Tanya pada diri..siapakah orang disekeliling kamu itu. Cuba wujudkan persekitaran orang/individu yang menghormati kamu kerana sifat-sifat yang disenangi dan penuh kasih sayang dan bukan atas dasar rasa takut......Jika keadaan ini wujud saya percaya kamu akan memberi impact yang jauh lebih baik daripada CYM.

........................................................................
Jika terselit rasa sayu
Duduklah sebentar..tongkatkan dagu
Biar masa sembuhkan pilu
dan angin bawa ia berlalu...

Jika dihimpit rasa ragu
Biarkan daku jadi teman mu
Lingkarkan tangan ke bahu
Esok pasti sesuatu yg baru

Jangan jemu berlagu
Selagi hati ada rasa mahu
Bukan emas jadi penentu
Tanya padi dia tahu

Ramai teman kan kau temui
Pimpin tanganmu ke arah tuju
Saat mereka letak sepatu...
genggam tanganya...senyumlah terharu

Bila arus terlalu laju
Dayung ketepi perahu waktu
Ingatlah pada yg Maha Satu
Tenang akan ada selalu......

No comments: