Wednesday, June 07, 2006

Marah

Marah adalah sifat semula jadi yang ada pada semua orang, antara mereka ada yang cepat marah atau lambat marah. Perasaan marah selalunya didahului perkara yang boleh mendatangkan kemarahan menyebabkan seseorang itu memberontak dan bertindak kasar. Ada juga orang yang suka marah tidak bersebab dan pantang salah sikit, mula naik angin serta bertindak seperti orang tidak waras.

Orang yang dalam keadaan marah mudah hilang pertimbangan dan kadang-kala perasaan marah berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan, lebih aneh lagi apabila perkara yang digaduhkan adalah benda remeh. Oleh kerana besarnya bahaya marah, Rasulullah SAW melarang keras seseorang dpd marah, dengan menyifatkan orang yg berjaya menahan diri daripada perasaan marah sebagai pahlawan berani.

Sifat marah mesti dilahirkan dalam bentuk kesungguhan, kegigihan, kerja keras,semangat mengatasi orang lain dan semangat diri yang terasa tercabar.

..oleh itu belajarlah mengawal marah Royce!!!!

No comments: