Hari ini adalah hari terakhir bulan Mei 2006..ia juga merupakan hari ulangtahun saya....bertambahlah usia saya setahun lagi. Semalam saya ke Bangsar jumpa seorang kawan saya Dr. Z yang baru bertukar kerjaya..tapi skop kerja masih serupa. Saya masih di sini tiada sebarang perubahan. Hari terus berlalu dan saya sendiri semakin kusut (biar pun cuma di dalam hati)
Setengah tahun telah saya lalui, dalam tempoh itu banyak perkara yang berlaku sehinggakan ada ketikanya saya bertanya pada diri..inikah dunia?....Saya sedar saya hanya manusia biasa yang hanya mampu berusaha dan memohon dariNya untuk melalui kehidupan ini yang penuh dgn cabaran. Nasib baik saya mempunyai azam yang utuh biar pun adakalanya saya bagaikan insan lumpuh tapi saya percaya apa yg berlaku itu ada sebabnya.
Kebelakangan ini saya banyak belajar tentang sikap manusia. Kadang-kadang saya ingin ketawa melihat manusia yang sanggup berpura-pura semata-mata untuk menegakkan kebenaran diri padahal yang terbukti mereka sememangnya bersalah. Ada juga yang memutarbelitkan kata-kata..yang akhirnya terjerat diri sendiri...Kesian betul.
Kalau diberi kuasa, saya mahu menjadi manusia yang sejujurnya, berkongsi segala apa yang ada di dalam jiwa namun bukan semua mampu saya suratkan dan luahkan kerana saya hanyalah manusia biasa...

-SEMOGA SAYA MENJADI MANUSIA YG LEBIH BAIK DRP SEBELUM INI-
.................................................................................................................
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kekuatan hati dalam segala perkara, kegigihan dalam petunjuk,keinginan hati untuk mensyukuri nikmat-Mu dan untuk menyembah-Mu dengan baik. Ya Allah, aku mohon kepada-Mu hati yang bersih dan lisan yang jujur. Aku mohon kepada-Mu kebaikan yang Engkau ketahui dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang Engkau ketahui. Aku juga meminta ampunan dari apa yang Engkau ketahui, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib...Amin
Semoga SA gembira selalu....Amin

No comments:
Post a Comment