Monday, December 29, 2008

Sekolah

Sekarang sana-sini ibubapa sibuk membeli kelengkapan sekolah menjelang sesi pengajian 2009. Rupanya banyak juga belanja yg diperlukan untuk kanak-kanak.

Senarai harga yg telah dibelanjakan untuk 3 orang kanak-kanak sekolah rendah

19.90
19.90
21.90
10.00
9.90
19.90
9.90
23.90
16.90
26.90
14.90
10.90
20.90

Jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun adalah RM221.30

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberi ilham dan kekuatan untuk saya menulis. Terimakasih kepada pihak pengurusan organisasi saya kerana selalu memilih manuskrip saya.

Sunday, December 28, 2008

Hijrah

Kadang kala jalan ke destinasi yang ingin kita tuju itu penuh liku dan rintangan. Namun kita telah membuktikan dengan semangat dan kehendak serta tenaga yg dijana oleh keinginan yang kukuh di dalam hati, maka kita telah sampai ke destinasi yang ingin kita tuju itu. Setelah berada di tempatnya, tempat yang kita idam-idamkan dulu. Di puncak itu, kita tersenyum bangga kerana segala penat lelah sudah terbayar. Lalu memandang jalan yang telah dilalui dulu, tidak menyangka pula kita berjaya meredah onak dan duri untuk sampai ke situ

Namun, dari sini (puncak ini), kemudian hendak ke mana?

Jika pendaki gunung akan turun kembali ke tanah (walaupun ada yg tidak turun-turun kembali).

Kita pun begitu?

Mungkin ya, mungkin tidak; Kitalah yang menentukannya.

Hari ini, tanyalah kpd hati dan jawablah dgn tulus:-

Dari sini, kemudian hendak ke mana?



SALAM MAAL HIJRAH 1430H UNTUK SEMUA

Tuesday, December 23, 2008

Anugerah

Tidaklah gembira seperti bila diri menyelesaikan sesuatu tugas atau bila hasil kerja di guna pakai oleh orang lain. Kadang kala terpaksa buat-buat happy sebab dapat duit kononnya......

Monday, December 22, 2008

'Perempuan'



Cantik tak "perempuan" dalam gambar ini?

Sunday, December 21, 2008

Cobalah Bertahan

Sedap pulak dengar lagu Sheila ini berkali-kali

Lihat dan pandangi di sana
sepasang merpati terbang
bercangkerama di atas ombak
birunya lautan

Lihat jua dan renungkanlah
kumbang setia pada mawar
walaupun tertusuk durinya
tak pernah menyerah

Yang ku inginkan kita berdua
saling menjaga semua yang ada
meski ku tahu tak mungkin selalu sama

Perbezaan yang kelak ada
tak mungkin hilang sekejap mata
coba bertahan, bertahanlah sayang

Thursday, December 11, 2008

Hujan

Hujan di MPO*B ini
sudah tiada masa untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita lama kata
hujan ini tak akan reda
ikut rasa ingin sahaja aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua
bukan senang untuk ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi ruang kosong

Saturday, December 06, 2008

Berbeza

Setiap individu sudah pastinya mempunyai cara yang berbeza dalam menlaksanakan sesuatu hal/perkara. Untuk diterima kadang kala kita terpaksa mencari persamaan dalam perbezaan itu. Namun ada masanya kita perlu kekal dengan apa yang ada pada diri kita untuk membentuk identiti. Kelainan ini akan menjadikan kita lebih mudah mempunyai kelompok sendiri untuk dikenali dan didekati. Mungkin cara kita dianggap tidak baik oleh sebahagian individu sehingga timbul rasa skeptikal terhadap kita, tetapi itulah yg perlu kita terima dan menempuhnya. Bila kita sabar dan sanggup dgn apa jua cabaran dan keadaan, pasti akhirnya usaha itu akan membuahkan hasil....


Dan..saya tidak mahu ikut cara kamu......





Sunday, November 16, 2008

A Thousand Splendid Suns


Tiada apa yang "splendid" pun tentang kehidupan dua watak utama (Mariam dan Laila-kedua2nya isteri Rasheed) dalam buku ini. Buku ini membuatkan kita banyak berfikir terutama wanita muslim.

Mendung


Adik yang selalu mengurut kaki saya ini nampak tidak ceria semalam. Dari mula m'urut sehingga selesai

Wednesday, November 12, 2008

Linda

Linda Nanuwil adalah naib juara Akademi Fantasia musim ke-2. Beliau merupakan pelajar AF yang banyak menerima undian daripada saya. Saya suka dia kerana pada pandangan saya dia seorang yg cukup berbakat.Saya selalu bayangkan yang suatu hari nanti dia boleh menjadi Pengarah muzik, komposer perempuan yang juga berjaya dalam nyanyiannya.


Beliau telah menghasilkan album sulung berjudul "Jika Kau Kekasih" dibawah Maestro Record. Walau bagaimanapun disebabkan sakit kerongkong yang kronik beliau tidak dapat mempromosikan album tersebut dan terpaksa melupakan bidang nyanyian buat seketika. Hampir setahun beliau menghilang dari dunia seni kini beliau muncul kembali bersama album baru berjudul "Linda" melalui syarikatnya sendiri. Album ini mengandungi lagu Kadazan dan hampir kesemua lagu ditulis dan digubah oleh beliau sendiri......Well Done Linda!!!


Tuesday, November 11, 2008

Three Cups of Tea

Three Cups of Tea: One Man's Mission to Fight Terrorism and Build Nations... One School at a Time

Review by Gary Hunt


The first cup of tea is offered to every stranger as a respectful custom. Sit down with a village elder for the third time to share a cup of tea and you have gained an ally and become part of the family. This is how Greg Mortensen has been building elementary schools, primarily for girls, throughout the remote regions of northern Pakistan and Afghanistan for the last decade -- teacup by teacup.

Mortensen’s passport listed his occupation as ‘climber’ when he first journeyed to Pakistan to make an assault on K2, the second highest peak in the world and the most difficult. The attempt failed and he was forced to retreat, but he lost his way and strayed into a remote village of Shi’ite Muslims who took him under their wing and nursed him back to health. It took weeks for Mortensen to regain his strength for the arduous trek back to civilization and he spent this time getting to know the people of this village and was shocked to observe that the hundreds of children who lived there had no school, nor was there any regular means of education. He made a promise to Haji Ali, the tribal leader, that he would come back and build these children a school.


The challenges and obstacles involved in building that first school in the high Karakorum were incredible and it’s hard to believe that anybody would go to such great lengths of personal sacrifice to keep an impetuous promise, but it becomes evident that Greg Mortensen is no ordinary mortal, and that this is a story about a true Hero. He embarked upon an odyssey of fund-raising and finagling and soon was back in Pakistan with the $12,000 that he had convinced a wealthy donor that it would take to accomplish his mission, and set about building relationships in order to acquire construction materials and haul them into the Himalaya.


That was the beginning of the Central Asian Institute which has now built hundreds of secular schools that are educating thousands of tribal Muslim children throughout a war-torn region marked by poverty and lack of education, making it prime recruiting grounds for radical and terrorist Islamic groups. The most effective way to fight terrorism, according to Mortensen, is to educate children and give them a future, and help them rebuild their villages that have been shelled into oblivion over the last couple of decades.


The progress that he has made and the fearlessness with which he pursues his ideals is remarkable, as is this book which chronicles his efforts. It gets my vote for the most inspiring book of the year, and I guarantee that you will find it hard to put down.

Monday, November 03, 2008

Tompok


Nama saya Tompok. Sebelum ini saya tinggal di Tasik Cempaka tetapi saya bernasib baik kerana telah di bawa pulang oleh tuan saya ke rumah beliau. Sekarang saya telah sihat dan suka bermain-main dgn kawan serumah saya-Putih dan Oren, saya yang paling kecil.

Sunday, November 02, 2008

Beca

Setiap kali ke Kota Bharu, saya akan menaiki beca selepas membeli belah di pasar Khatijah untuk pulang ke hotel, walaupun jaraknya tidak sampai 100 meter. Kali ini juga tidak terkecuali. Cuma kali ini hanya ibu saya yang menaiki beca bersama barang-barang yang dibeli. Saya berjalan kaki mengikut beca itu dari belakang. Sebenarnya perjalanan kaki saya lebih pantas daripada kayuhan beca tersebut.Namun saya tetap teruja untuk mengupah pakcik beca tersebut.

Friday, October 31, 2008

Wednesday, October 29, 2008

Percaya

I believe in under-promise and over-deliver

Orang yang duduk di atas tanah tidak akan jatuh dan tidak ada orang yang akan menendang anjing yang sudah mati.

Wednesday, October 22, 2008

Anita

Taken from ProjectSenso.com

By Anita Roddick (founder of Body Shop)

I never went to business school. I went to the business school of life. And I did so from an early age. I was brought up in an Italian immigrant family with a work ethic that teetered on the verge of slave labour. We got up each morning at five to make breakfast for the local fishermen in our café in Littlehampton and did not close until the last customer wandered home. The other cafés opened at nine and shut at five. This was a clue to me about what makes some people entrepreneurs and not others. Our café was owned by ferociously determined immigrants; the others were not. This is an important difference and the reason that I do not advise new entrepreneurs to submit themselves first to the rigours of an MBA is that business schools do not understand it. The conventional advice to budding entrepreneurs is that they should groom themselves to be the whizz-kid with a suit and a fascination for spreadsheets that bank-managers like. Actually, potential entrepreneurs are outsiders. They are people who imagine things as they might be, not as they are, and have the drive to change the world. Those are qualities that business schools do not teach. An MBA can give you useful skills that can be applied to a life in business. But they will not teach you the most crucial thing: how to be an entrepreneur. They might also sap what entrepreneurial flair you have as they force you into the template called an MBA pass.

I often get asked to talk about entrepreneurship - even by hallowed institutions such as Harvard and Stanford - but I am not at all convinced it is a subject you can teach. How do you teach obsession - because often it is obsession that drives an entrepreneur’s vision? How do you learn to be an outsider if you are not one already? In the business school model, entrepreneurs are most at home with a balance sheet, a cash-flow forecast and a business plan. They dream of profit forecasts and the day they can take the company public. These are just part of the toolbox of re-imagining the world: they are not the defining characteristics of entrepreneurship. The problem with business schools is that they are controlled by, and obsessed with, the status quo. They encourage you deeper into the world as it is. They transform you into a better example of corporate man. We need good administration and financial flair, after all, but we need people of imagination too. So here are 10 lessons that entrepreneurs need more than what they teach in business school.

1. Tell stories. The central tool for imagining the world differently and sharing that vision is not accountancy. It has more to do with the ability to tell a story. Telling stories emphasises what makes you and your company different. Business schools emphasise how to make you toe the line.

2. Concentrate on creativity. It is critical for any entrepreneur to maximise creativity and to build an atmosphere that encourages people to have ideas. That means open structures, so that accepted thinking can be challenged.

3. Be an opportunistic collector. When entrepreneurs walk down the street they have their antennae out, evaluating how what they see can relate back to what they are doing. It might be packaging, a word, a poem or something in a different business.

4. Measure the company according to fun and creativity. Business schools are obsessive about measurement. The result is vast departments of number-crunchers, but often little progress. What is most important in a company - or anything else - is unquantifiable.

5. Be different, but look safe. If you are different, you will stand out. But do not take risks with people who can make the difference between success and failure, especially if you are a woman trying to borrow money from the bank - which is how I came to be turned down for my original loan.

6. Be passionate about ideas. Entrepreneurs want to create a livelihood from an idea that has obsessed them; not necessarily a business, but a livelihood. When accumulating money drives out the ideas and the anger behind them, you are no longer an entrepreneur.

7. Feed your sense of outrage. Discontentment drives you to want to do something about it. There is no point in finding a new vision if you are not angry enough to want it to happen.

8. Make the most of the female element. Companies as we know them were created by men for men, often influenced by the military model, on complicated and hierarchical lines and are both dominated by authoritarian principles and resistant to change. By setting up their own businesses, women can challenge these models and will be welcomed by customers for doing so.

9. Believe in yourself and your intuition. There is a fine line between entrepreneurship and insanity. Crazy people see and feel things that others do not. But you have to believe that everything is possible. If you believe it, those around you will believe it too.

10. Have self-knowledge. You do not need to know how to do everything, but you must be honest enough with yourself to know what you cannot provide yourself.

Tuesday, October 21, 2008

Suka


Suka? Dalam hati ada kata teruja

Thursday, October 16, 2008

If Only....

If only things are as easy as picking up the phone.....

Truth is xxxxxx and me, we are hurting. I blamed her for what happened...I know it was not totally her fault. But each time I see the thing I feel so sad and angry with her.

Wednesday, October 15, 2008

....

Bibir tersenyum tetapi hati menangis. Itulah yang dirasai saat ini.

So close yet so far away...

Monday, October 13, 2008

1. Palm Kernel Oil

Palm kernel oil is a co-product of palm oil production. The production ratio is 1/0.11 palm oil to PKO. Attempts are being made to increase palm oil and PKO production as world demand insreases, by improving plantation practices, extraction methods and introducing new varieties of palms that can produce either more liquid palm oil and/or more PKO. PS1 is a new variety of oil palm introduced to the Malaysian industry to increase the yield of liquid while PS3 was introduced to increase the yield of PKO to as high as 30%.

Besides C12 & C14 fatty acids, PKO contain other fatty acids including C8, C10, C16, C18 and C18:1. In processing, the oleochemicals industry in Malaysia usually splits the PKO, removes (strips) the C10 and lower acids, and distills off the C12-C14 acids, leaving a by-product which contains C16, C18 and C18:1. The by-product is usually fractionated to yield C16-C18 and C18:1 fractions. These fractions fetch lower prices compared to the C12-C14 fractions. Among the two lower value fractions, the C18:1 or crude oleic acid fraction offers interesting possibilities because it has a degree of unsaturation which provideds a site for further chemical modifications. One possible chemical modification is to convert the unsaturated bond to an epoxide, the hydrolyse to yield 9,10-dihydroxystearic acid.

More

Tak Bisa Miliki

[*]
Apakah yang engkau cari
Tak kau temukan di hatiku
Apakah yang engkau inginkan
Tak dapat lagi ku penuhi
Begitulah aku
Fahamilah aku

[**]
Mungkin aku tidaklah sempurna
Tetapi hatiku memilikimu sepanjang umurku
Mungkin aku tak bisa memiliki
Dirimu seumur hidupku

Back to [*] [**]

Back to [**]

Dirimu seumur hidupku (3x)

Samsons


Banyak cantekk...buat update during office hour.

Friday, October 03, 2008

Serunding


Serunding ikan yang tidak dirancang....

Satria

Satria
Kau banyak berjasa kepada diriku
Terima kasih aku ucapkan
Jasamu akan ku kenang selamanya

Kini
Kau dimiliki oleh insan baru
Semoga kau dijaga sebaiknya
Maafkan aku kerna tidak meneruskan untuk menjagamu

Satria
Aku pasti terkenangkan dirimu
Teguhkan hati dengan pemilik baru
Berikan khidmat yang terbaik untuk beliau
Aku tak bermaksud utk melukan hatimu
Aku terpaksa demi kehidupan yang mendatang

Namun
Aku bersyukur kerana pernah memilikimu selama 5 tahun

Wednesday, October 01, 2008

Tuesday, September 30, 2008

Kenangan

Yang pahit akan menjadi manis bila di sentuh masa...Benarkah begitu? Mungkin benar dan mungkin juga tidak. Manis atau pahit hanya diri sendiri yang merasa, dan menilai kesannya pada hati dan jiwa. Kemudian akan wujud pilihan samada untuk mengingati atau melupakan. yang pasti, setiap dari kita akan mengingati setiap kenangan itu dengan cara tersendiri.

Akhir

Hari ini hari terakhir Ramadhan. Moga dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan yang akan datang.

Friday, September 26, 2008

Check List

  • Baju raya- sudah dibeli di Vietnam, baju yang ditempah belum tentu siap.
  • Kasut/selipar- Tidak perlu lepas raya baru beli
  • Kuih raya- sudah dibeli
  • Duit raya- Tidak perlu tukar, guna duit raya tahun lepas yang tidak habis.
  • Baju raya anak buah juga sudah dibeli seorang satu semasa di Vietnam.
  • Rumah - perlu dibersihkan
  • Barang-barang rumah pakai yang sedia ada.

Friday, September 19, 2008

Rajuk

Maafkan aku wahai kawan, walaupun telah lama berlalu namun aku tak bisa melupakan. Tiada lagi kata-kata buat aku menyapa dirimu malah tiada lagi senyum yg ku berikan untukmu, melainkan rajuk yang melecunkan hati.Entah bagaimana mahu dikuburkan ingatan ini, kerana aku benci akan kenangan pahit yang jadi ukiran.

Kelmarin, sewaktu bangkit dari tidur, hati berderum tidak keruan. Entah kenapa tiba-tiba menangis sendirian. Dada seperti dicengkam. Hilang punca. Malamnya tiada mimpi ngeri dilayar tidur. Rupanya aku cuma udang yang merentak di dalam tangguk semata.

Airmata berderaian mengalir di pipi. Aku cuba duduk sambil mulut mengucap tasbih, tapi hati masih sukar dipujuk. Lalu tangan tergerak mencapai tafsir al-Quran di sisi. Aku membelek secara rawak. Dan ini yang aku jumpa, Surah Yunus, 65

65. Janganlah kamu sedih oleh perkataan mereka. Sesungguhnya kekuasaan itu seluruhnya adalah kepunyaan Allah. Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Thursday, September 18, 2008

Perlukah?

Sekarang saya mempunyai seorang pelajar master. Secara fizikalnya semua orang akan anggap beliau seorang pelajar yang rajin. Saya pun begitu..tetapi setelah 2 semester berlalu beliau masih tidak ada apa-apa hasil, cuma ada 2 semester lagi. Beliau nampak mcm matang tetapi buat kerja seperti budak-budak. Pelajar degree saya jauh lebih matang.

Perlukah
  • Saya biarkan saja beliau dgn caranya setelah saya berkali-kali berterus terang pasal kemajuannya
  • Saya memberi laporan yang agak negatif kepada pihak pengurusan saya tentang beliau
  • Saya pressure habis-habisan sehingga dia tidak tahan dan berhenti
  • Saya berikan kerja beliau kepada pelajar lain dan biarkan beliau.
  • Saya memberi peluang ke-3 untuk beliau.

Wednesday, September 17, 2008

Minggu Kedua

Alhamdulillah, sepanjang dua minggu berpuasa hanya 2 kali saya berkunjung ke pasar Ramadhan untuk membeli juadah. Aktiviti ziarah bazar Ramadhan untuk diri saya sudah tidak semeriah tahun-tahun sebelumnya. Mungkin kerana keazaman saya untuk memperbaiki Ramadhan kali ini agar lebih baik dari yang lepas, membuatkan tidak berselera untuk mengunjungi pasar Ramadhan. Saya tahu sukar untuk menolak keinginan membeli bila melihat juadah yang pelbagai di sana.

Sepanjang minggu ke-2 juga saya di landa sakit perut tetapi mujurlah saya dapat menahan sehingga berbuka setiap hari.

Sunday, September 07, 2008

Minggu Pertama

Minggu pertama Ramadhan telah saya laulu tanpa mengunjungi pasar ramadhan.

Friday, August 29, 2008

Ramadhan

Selamat menyambut Ramadhan 1429H

Semoga Ramadhan tahun ini membawa lebih keberkatan, kedamaian dan kesejahteraan ke dalam hati kita semua. Semoga Allah memberkati setiap perjalanan hidup kita. Maafkan segala kekhilafan yang ada, yang zahir mahu pun yang batin, yang sengaja atau yang tidak, baik yang tersurat apatah lagi yang tersirat.

Selamat Berpuasa

Monday, August 25, 2008

Cik Long

Hari ini birthday Cik Long

Semoga dikurniakan umur panjang dalam keimanan, sihatkan tubuh badan dgn kecemerlangan akal dan diberikan kesenangan harta benda yang penuh keberkatan.

Sunday, August 10, 2008

Trip 2

Hari Ketiga-Hari menghabiskan duit

Ben Thanh Market

Hong Anh Collections
75 Ly Tu Trong St.
110 Nam Ky Khoi Nghia St.,
District 1- Ho Chi Minh City

Trip

Delta Sungai Mekong- Hari Kedua



Kami pergi ke kebun buah mata kucing. Bagi orang vietnam, buah mata kucing=buah laici=longan. Buah mata kucing itu hidup subur di delta mekong mungkin disebabkan hampir di setiap kebun ada kubur manusia. Seharian kami berada di kawasan mekong. Perjalanan pulang bas pancit, nasib baik sempat sampai hotel sebelum maghrib.

Monday, August 04, 2008

Menu

Taman sekebun bunga platter

Sup burung puyuh dewan makan

Pengetua's stir-fried tiger prawn with oatmeal

Ikan masak lemak cili padi nenek Rozlin

Daging kizi juadah warden

Ayam masak merah bilik menunggu

Stir-fried mixed vegetables hidangan Pok Mat

Nasi putih prebet sapu

Chilled pearl sago block captain eith tropical mango

Mr freshie brewed coffee or miss freshie brewed tea

Tetapi lebih seronok bersembang dengan kawan-kawan daripada menikmati makanan yang dihidangkan.

Thursday, July 24, 2008

Saya

  1. Saya berjanji pada diri ingin menyiapkan laporan viva sebelum dinner ansara tetapi ini sudah masuk minggu ke-3 tetapi satu ayat pun belum tulis
  2. Saya juga bercadang nak hantar manuskrip yang telah dibetulkan kepada pihak berkenaan awal minggu ini tetapi ini sudah pun hari khamis.
  3. Saya bercita-cita nak turunkan berat badan..tetapi minggu ini berat sudah meningkat sedikit selepas berjaya turunkan 2kg sebelum ini.
  4. Sekarang saya rajin membaca buku diluar bidang kerja saya sehingga hari ini saya telah berjaya menghabiskan 25 buah buku berbagai judul tidak termasuk majalah hiburan dan gossip.
  5. Saya telah berjaya menurunkan bil elektrik sebanyak RM10.00 bulan ini tetapi saya belum berjaya mengurangkan kos minyak kereta.
  6. Saya akan berjalan-jalan ke satu tempat hujung bulan ini.
  7. Saya tak tahu nak tulis apa..tetapi masih mahu menulis.
  8. Sebelum terlena saya ingin mohon maaf daripada awak, kamu, dia, mereka dan sesiapa saja.
  9. chow..

Wednesday, July 23, 2008

Semoga



Untuk kamu dihari ulang tahun...

Moga kau tenang
Moga kau riang
Ditiap jalan
Ditiap ruang

Moga hatimu tidak keliru
Dalam memburu impianmu
Moga kau tahu yang mana satu
Untuk kau sentuh dan kau tuju

Jalan kau pilih moga yang terbaik
Jalan yang bakal memberimu bahagia
Jalan yang tidakkan mengundang derita

Mana pun kau berlabuh
Ku harap hatimu kan tabah
Jangan sesekali kau berubah
Moga kau tetap seperti yang dulu

Moga kau tenang
Moga kau riang

Aku iringi dengan restu dan doa


....Ya Allah berkatilah usia SA-jadikan dia sebagai ketua yang terbaik, berilah kesihatan yang baik juga kesejahteraan dunia & akhirat, dan ujudkan perasaan hormat-menghormati dan kasih sayang antara kami. Ya Allah permudahkan laluan kerjayanya. ucapan yg sama seperti tahun2 lepas pada tarikh yg sama untuk org yang sama. (Inilah hadiah yg mampu saya beri tanpa pengetahuan kamu sejak saya kenali kamu dulu...)

Saturday, July 19, 2008

Benarkah?

Kadangkala melindungi rasa dengan senyum, menutup jemu dengan bicara....lebih melukakan pada yang mahu melihat, sudi mendengar....lalu beritahulah apa yang sebenar, jangan membiar dengan tekaan, yang mungkin berakhir dengan kekesalan

Benarkah begitu...

test 1: 6.8

test 2: 7.2

test 3: 10.3

test 4: 8.1

test 5: 11.5

test 6: 12.9

dan...lihatlah keputusan ujian @*@&* di atas, begitulah tak punya kekuatan untuk beritahu yg sebenar.

Sunday, July 13, 2008

Langkah

(i)
Saya sentiasa mengingatkan diri yang hidup perlu mempunyai misi yang ingin dicapai. Kemahuan saya dalam mencapainya sangat kuat. Tetapi kemahuan sahaja tidak cukup, ia perlu disusuli dengan tindakan. Bertindak melakukan perkara yang dapat membawa kepada pencapaian misi. Saya tahu apabila saya tidak memulakan hari ini, saya tidak akan sampai kemana-mana. Kerana setiap perkara perlu ada kali pertama.

(ii)
Tidak dapat dinafikan sebagai manusia biasa, pasang surut kemahuan dan semangat adalah perkara biasa. Apa yg saya maksudkan adalah pasang surut semangat saya. Keyakinan saya sering kali tergugat. Tergugat disebabkan diri sendiri. Atau mungkin boleh didakatan sebagai konflik, satu bahagian daripada diri saya mahu dan satu bahagian lagi tidak mahu.

(iii)
Dalam masa lima tahun ini, tanpa ketahanan sudah lama saya kecundang. Hanya kerana saya tahan sahaja, semuanya masih berjalan dengan baik. Ada kalanya bosan, letih, kecewa, seringkali terpengaruh serta berbagai lagi anasir yang mengugat daya ketahanan. Namun hasil daripada usaha yang sikit-sikit lima tahun lalu telah menampakkan hasil yang agak ketara. Sekiranya saya terpengaruh dengan kata-kata orang dulu tentu saya tidak seperti hari ini. Saya tentu masih melakukan perkara yang sama.

(iv)
Takdir di tangan Tuhan, tetapi kitalah yang mentadbir diri sendiri. Ditangan kita ada usaha dan pilihan, ditanganNya ada qada dan qadar, satukan keduanya dgn doa, mudah-mudahan akan datang hasil yg baik.

Saturday, July 05, 2008

Capai

(i)

Perbualan saya dengan Kakak A sebelum berangkat ke PD pada 1hb Julai 2008

Saya: Kak A, nanti saya jadi perhatian lecturer yang mengajar kursus ni lah nanti

Kakak A: Macam mana kamu buat?

Saya: Semasa kursus nanti tentu ada aktiviti yang akan melibatkan peserta mengambil bahagian.selalunya dalam keadaan begini saya akan menjadi lebih reserved dgn itu secara tak langsung lecturer akan berfikir saya tidak mengambil bahagian dalam aktiviti yang dilakukan. Oleh itu dia akan selalu observed saya.

Kakak A: Kamu tak kisah ke org fikir mcm tu?

Saya: Tidak sebab yg ptg mcm mana saya apply apa yg saya faham dlm kerja nanti lagipun M*P*B bayar gaji saya.


Selepas kursus pada 3hb Julai 2008. Salah satu komen lecturer tersebut adalah lebih kurang macam ni, Kalau kita diam ketua kita tak akan recognize kita walaupun kerja kita baik sambil mata dia melirik ke arah saya. Memang tak sedap di dengar tetapi dalam hati saya rasa gembira.
Visualization technique yang saya buat sebelum datang adalah menjadi.

(ii)

Secara amnya, saya puas hati dengan kursus tersebut. Saya pernah beli dan membaca buku itu pada tahun 1996 tetapi ketika itu saya hanya baca suka2 tanpa faham betul-betul dgn adanya kursus ini sekurang-kurangnya faham sikit mcm mana nak apply.

Wednesday, June 25, 2008

Warna

Pandangan setiap individu dalam menilai kehidupan sangat berbeza. Yang menarik tentang kehidupan adalah bagaimana kita mengurus kehidupan sendiri. Perjalanan kehidupan penuh warna ada ketikanya berliku-liku. Bila kita memberitahu, orang kata menunjuk. Kita menegur orang kata memarahi. Kita melawak orang kata mengutuk.

Oleh itu adalah lebih baik memikir dan menilai diri sendiri supaya dapat terus diperbaiki. Namun kadangkala pandangan sendiri tiak selalunya benar.Perlulah kita mohon bantuan daripadaNya.


Menyetujui tidak semestinya menyokong, menegor tidak bermakna membenci. Kadangkala berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik

Wednesday, June 18, 2008

Signifikan

Kadangkala yang kecil itu lebih signifikan

Bermula dengan panggilan telefon dari Dr. A, kemudian disusuli email berikut

Dear Dr. R...

Due to the urgency and as has been discussed during the 2nd comm meeting TO*T2008 last friday (18/4/08), please send your new T*OT title to us as soon as possible and I'd tried to call you so many times but nobody respond it, and I really hope you will respond this email as quickly as you can

regards
S*u*r*a*ya


Pada mulanya saya rasa cuak bila membaca email tersebut kerana saya tidak diberitahu tentang apa yang diputuskan tetapi setelah difikirkan secara terperinci ini mungkin satu peluang untuk saya merencanakan semula apa yang saya rancang sebelum ini. Selepas berbincang dan dipersetujui oleh Pengarah Bahagian saya mencadangkan tajuk yang sesuai.

Kemudian saya menerima satu salinan email dr ketua pegawai di atas kpd pengarah saya

Dear Dr. L...
With regards to R's participation at TO*T2008 as a substitute to NH pull-out, she has submitted a technology entitled "Chemicals for the cosmetic and personal care industry". Dg mentioned glycol and the topic R submitted is more AO*T*'s work. Do you think we should include in the T*OT? Would appreciate an opinion.

Thank you


Selepas menerima email ini saya rasakan peluang untuk saya membuat keputusan sendiri lebih terbuka lalu saya mengambil keputusan (dgn persetujuan pengarah) untuk menulis sendiri kpd Ketua Pengarah. Semuanya telah selesai kini dan segalanya berlangsung seperti yang saya jangkakan dan ia meningkatkan keyakinan diri saya untuk mengambil langkah seterusnya.

Monday, June 16, 2008

Diam

Kadang kala diam itu perlu
Diam untuk tarah lorong
Diam untuk kekuatan
Diam juga untuk mengusir atau membingungkan seseorang
Diam itu tandanya sayang, kerna diam memberi ruang berfikir

Saturday, June 07, 2008

Satu Bilik

ONE BEDROOM FLAT...
WRITTEN BY AN INDIAN SOFTWARE ENGINEER..

As the dream of most parents I had acquired a degree in Software Engineering and joined a company based in Dubai , the land of braves and opportunity. When I arrived in the Dubai , it was as if a dream had come true.


Here at last I was in the place where I want to be. I decided I would be staying in this country for about 5 years in which time I would have earned enough money to settle down in India . My father was a government employee and after his retirement, the only asset he could acquire was a decent one bedroom flat. I wanted to do some thing more than him. I started feeling homesick and lonely as the time passed. I used to call home and speak to my parents every week using cheap international phone cards. Two years passed, two years of Burgers at McDonald's and pizzas and discos and 2 years watching the foreign exchange rate getting happy whenever the Rupee value went down.

Finally I decided to get married. Told my parents that I have only 10 days of holidays and everything must be done within these 10 days. I got my ticket booked in the cheapest flight. Was jubilant and was actually enjoying hopping for gifts for all my friends back home. If I miss anyone then there will be talks. After reaching home I spent home one week going through all the photographs of girls and as the time was getting shorter I was forced to select one candidate..In-laws told me, to my surprise, that I would have to get married in 2-3 days, as I will not get anymore holidays. After the marriage, it was time to return to Dubai , after giving some money to my parents and telling the neighbors to look after them, we returned to Dubai .

My wife enjoyed this country for about two months and then she started feeling lonely. The frequency of calling India increased to twice in a week sometimes 3 times a week. Our savings started diminishing. After two more years we started to have kids. Two lovely kids, a boy and a girl, were gifted to us by the almighty. Every time I spoke to my parents, they asked me to come to India so that they can see their grand-children.

Every year I decide to go to India? But part work part monetary conditions prevented it. Years went by and visiting India was a distant dream. Then suddenly one day I got a message that my parents were seriously sick. I tried but I couldn't get any holidays and thus could not go to India ... The next message I got was my parents had passed away and as there was no one to do the last rights the society members had done whatever they could. I was depressed. My parents had passed away without seeing their grand children.

After couple more years passed away, much to my children's dislike and my wife's joy we returned to India to settle down. I started to look for a suitable property, but to my dismay my savings were short and the property prices had gone up during all these years. I had to return to the Dubai ....

My wife refused to come back with me and my children refused to stay in India ... My 2 children and I returned to Dubai after promising my wife I would be back for good after two years. Time passed by, my daughter decided to get married to an American and my son was happy living in Dubai ... I decided that had enough and wound-up every thing and returned to India ... I had just enough money to buy a decent 02 bedroom flat in a well-developed locality.

Now I am 60 years old and the only time I go out of the flat is for the routine visit to the nearby temple. My faithful wife has also left me and gone to the holy abode. Sometimes I wondered was it worth all this ? My father, even after staying in India , Had a house to his name and I too have the same nothing more..I lost my parents and children for just ONE EXTRA BEDROOM. Looking out from the window I see a lot of children dancing. This damned cable TV has spoiled our new generation and these children are losing their values and culture because of it. I get occasional cards from my children asking I am alright. Well at least they remember me. Now perhaps after I die it will be the neighbors again who will be performing my last rights, God Bless them.

But the question still remains 'was all this worth it?'

I am still searching for an answer...................!!! START THINKING. IS IT JUST FOR ONE EXTRA BEDROOM??? LIFE IS BEYOND

source: email

Thursday, June 05, 2008

Minyak Naik Orang Pun Naik Minyak

Orang ramai mungkin tidak begitu naik minyak sekiranya kadar kenaikan bahanapi ini selari dengan kenaikan gaji mereka. Cara pengumuman juga perlulah tidak terlalu mengejutkan. Dijangkakan kenaikan harga bahanapi ini akan menyebabkan byk harga barangan lain juga akan meningkat. Mungkin ada yang meningkat sehingga 100%. Ini akan menambahkan jurang gaya hidup dan menyebabkan keadaan masyarakat yang lebih tertekan. Namun semua ini diluar kawalan kita.komen byk pun tak guna.

Apa yang perlu kita buat...berfikiran positif

Kita lupakan dulu kemungkinan kesan negatif dari kenaikan harga bahanapi ini. Kita fokuskan tenaga dan usaha kita untuk merancang masa depan dan membina kehidupan baru. Kita buat analisa kelemahan diri kita, kedudukan ekonomi kita dan terus berusaha memperbaiki kehidupan sebaik mungkin. Kita tidak perlukan subsidi tapi tetapi usaha dan azam yang tinggi serta kecekalan yang maksimum. Kita perlu ujudkan satu suasana yang menggalakkan masyarakat berfikiran positif dan suasana yang mendorong perlakuan dan nilai-nilai positif, yang menyakinkan kita bahawa jika benar2 berusaha kita mampu mencipta kejayaan.

Plan, execute and pray......


Saturday, May 31, 2008

Refleksi Diri

(i)
Sedar tidak sedar, sudah setengah tahun masa berlalu. Dalam tempoh itu sudah tentu pelbagai perkara berlaku sama ada gembira atau sedih. Kehidupan hari ini dipacu roda materialis yg deras. Sepanjang masa kita berlari dihambat cita-cita duniawi. Ada ketika kerana terlalu ghairah mengejar, kita alpa dengan hakikat bahawa dunia ini hanya satu pinjaman

Hari ini, inilah detiknya saya mengenang dan menoleh ke belakang sesekali perjalanan hidup ini. Heningkan diri dan minda. Lihat sekeliling, kiri dan kanan, kemudian menimbang semua prioriti-prioriti dalam hidup. Apa yang saya mahu? Secara relistiknya saya tidak akan dapat semua perkara. Ya! saya mesti selektif.


(ii)
Yang belum tercapai sepenuhnya

Sewaktu dulu, semasa dipermulaan kerjaya, saya selalu berangan-angan yang saya akan menulis kertaskerja teknikal tentang penyelidikan saya. Sekali-sekala membentang di persidangan mahu pun seminar yang berkaitan. Pada waktu yg sama bos saya akan mempromosikan teknologi dengan cara bersesuaian (tlh saya fikirkan tapi tak pernah beritahu kpd beliau). Saya selalu terfikir yang satu hari nanti unit itu akan dijadikan sebagai power-brand utk organisasi. Saya masih ingat lagi soalan terakhir yang ditanya oleh Ketua Pengarah kpd saya semasa kali pertama saya ditemuduga untuk kenaikan pangkat. Tetapi ketika itu saya reserved jawaban sebenar saya. Walaupun di bahagian yang berbeza tapi saya tetap dpt melakukan apa yang saya rancang dulu. Ini memberi keyakinan kpd saya mungkin apa yang saya rancang itu baik utk semua biarpun KP sudah bertukar orang.


(iii)
Asalkan kau mahu dongak ke langit
Sabar dalam hati
Yakin dalam jiwa
Bintang itu upaya kau punyai
Upayalah hati
Upayalah minda
Upayalah jiwa

Saturday, May 24, 2008

Bintang


(1)

Selepas musim ke-6 AF akan mempunyai sekurang-kurangnya 80 produk di dalam industri hiburan. Sepatutnya AF meletakkan satu matlamat yang lebih tinggi demi mempertahankan jenama AF di pasaran hiburan bukan setakat mendapatkan keuntungan jangka pendek. Mungkin masa akan datang AF boleh mewujudkan stesen radio dan TV yang hanya menyiarkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bintang AF juga lagu yang digubah dan ditulis oleh mereka. Saluran TV juga dipenuhi dengan rancangan terbitan, lakonan mereka.

Pada waktu yang sama AF masih diteruskan tetapi tenaga pengajar, pengacara serta kakitangan belakang tabir terdiri dari bintang AF contohnya Adam sebagai guru tarian, Fitri sebagai designer dan Idayu sbg guru vokal. Selain daripada stesen radio dan stesen TV AF juga sudah ada syarikat rakaman sendiri. Syarikat ini akan mengambil alih tugas Maestro dalam menguruskan bintang AF.

Apa yang saya suka pada konsert akhir tahun ini adalah pihak produksi telah menggunakan bintang2 AF yang lepas seperti Adam utk persembahan pembukaan serta Marsha dan Noni utk membantu Toi. Alangkah bagusnya kalau lagu baru utk mrk itu semua di tulis dan digubah oleh senior mereka.



(2)

A-O-T-C* pula merupakan satu perancangan untuk mengubah satu non-profit organisasi kepada satu organisasi yang memberi keuntungan. Ia juga telah dirancang seusia dengan AF. Namun pencapaian setakat ini saya fikir belum sampai 50% ( ini adalah pandangan peribadi). Tidak tahu kenapa..mungkin objektif tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh pekerja2. Mungkin juga ramai resister walaupun pekerja tu nampak produktif secara luarannya. Ada beberapa faktor lagi yang mempengaruhi perkembangan.

Untuk lebih berjaya, saya fikir kita perlu bekerja berpasukan tetapi setiap individu perlu membuat projek yg berbeza dgn objektif yg sama.Setiap ahli akan bekerja secara bebas tak kira di mana mrk berada tetapi tetap mempromosi unit yang sama. Cuba bayangkan kalau satu kumpulan ada 6 pegawai yg menjalankan projek berbeza dan setiap projek di siapkan dalam masa kurang dari setahun. Berbanding kerja berpasukan yg diamalkan sekarang yg mana 5-6 pegawai melakukan satu projek dan masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu projek juga lebih kurang 2 tahun.



Friday, May 16, 2008

Terimakasih Cikgu

Cikgu sekolah rendah

Cikgu sekolah menengah

Cikgu pra-universiti

Cikgu universiti

Dan lain-lain yang bertindak sebagai guru secara langsung atau tak langsung

Friday, May 09, 2008

25 steps I repeat every day on normal working day

Menteri Penerangan Reban pun pandai tag rakyat jelata ke?

  1. Bangun pagi-ke bilik air buat apa2 yang patut
  2. Minum air
  3. Sembahyang
  4. kalau masih terlalu awal membaca apa2 yang patut ataupun buat kerja yg dibawa balik
  5. Sediakan sarapan/makanan untuk tengahari(bergantung kpd masa)
  6. Iron baju, seluar, tudung
  7. Mandi
  8. Pakai baju, tudung,seluar dll
  9. Padam lampu dan kipas bilik
  10. Buka pintu depan
  11. Masukkan barang yang perlu di bawa ke pejabat
  12. Hidupkan enjin kereta
  13. Memandu ke pejabat yg mengambil masa 10-15 min
  14. Punch card
  15. Buka pintu pejabat, switch on computer
  16. Bancuh milo (3 in 1) atau pesan teh tarik kat kantin
  17. Baca paper online sambil breakfast
  18. Check apa yg telah di buat oleh student semalam
  19. Prepare untuk buat kerja sendiri
  20. Minta seseorang check pigeon hole
  21. online sementara tunggu eksperimen..
  22. 12.00 out for lunch
  23. ptg kalau free bergossip dgn rakan ofis sambil buat kerja lab
  24. Setelah semua org balik barulah mulakan kerja yg perlu fikir spt tulis paper
  25. 6.00/6.30 balik...

Thursday, May 08, 2008

Matlamat dan Tumpuan

Untuk mencapai sesuatu matlamat kita perlukan tumpuan. Apabila kemahuan kita memuncak, fikiran dan fizikal kita tertumpu pada perkara yang dihajati. Tumpuan adalah usaha yang berterusan bagi memenuhi gambaran sehinggalah matlamat tercapai. Tumpuan memerlukan disiplin diri yang kuat. Sekalipun seribu rintangan menghalang tetap meneruskan juga. Sekalipun kadang-kadang tidak disukai, diri seolah-olah sudah putus asa, tetap meneruskan selagi belum berjaya.

Usaha mencapai matlamat selalunya diiringi oleh risiko samada yang kecil dan besar. Kita tidak dapat menghindari risiko tetapi dapat menjangkakan dan meminimumkan. Setiap perubahan melibatkan risiko yang bukan sedikit. Risiko bukanlah sesuatu yang negatif. Risiko adalah sebahagian daripada cara bg mencapai sesuatu matlamat. Takutkan risiko adalah penghalang utama bagi mencapai perubahan dan kejayaan. Sama ada kita menyukai atau membenci, risiko tetap ada. Kemenangan yang mudah adalah kemenangan yang murah.

Tumpuan akan menghalang kita daripada berputus asa bila pencapaian tidak seperti di harapkan. Dengan tumpuan, kita akan berusaha gigih dan sabar apabila jalan-jalan kecil yang dilalui tidak mendekatkan kpd matlamat yg ditetapkan. Kerana adanya tumpuan, kita akan membina jalan-jalan kecil yg baru supaya kita tetap sampai kpd matlamat. Cabaran, ujian dugaan, susah tetap akan ditemui. setiap kesusahan yg berjaya di atasi akan menjadikan kita matang dan pandai. Apabila semuanya senang, kita menjadi bodoh, malas dan tidak pandai berikhtiar.

Monday, May 05, 2008

Friday, May 02, 2008

Aminah

Beliau merupakan pelajar siswazah saya yang pertama. Dia seorang yang sederhana dalam pencapaian akademiknya, agak lurus, rajin dan pendiam.Berdasarkan keputusan peperiksaan di peringkat ijazah sarjana muda, saya fikir dia seorang yang gigih berusaha demi mencapai cita-cita. Ya, bermula dgn CGPA ~2.6 pada semester pertama beliau berjaya memperolehi CGPA 3.98 pada semester terakhir pengajian beliau. Dia tahu apa yang dia mahu. Dia bercita2 menjadi seorang pensyarah. Saya pernah mencadangkan untuk "upgrade" pengajian beliau, namun dia menolak kerana dia ingin memiliki ketiga2 ijazah.

Tidak banyak masalah yang timbul sepanjang beliau menjadi pelajar saya cuma ketika menulis tesis. Sememangnya menulis adalah bahagian yang paling mencabar dalam melanjutkan pengajian siswazah berbanding menjalankan eksperimen di makmal atau penyelidikan itu sendiri. Menulis memerlukan semangat yg kental dan kemahuan yg tinggi.

Bulan jun nanti saya akan bentangkan tesis beliau kepada majikan saya dan beliau telah berjaya menjadi pensyarah lebih setahun lalu. Dari kajian ini kami berjaya menerbitan 5 penerbitan setakat ini. Jutaan terimakasih saya ucapkan.


Selamat datang kepada 3 pelajar baru saya.

Wednesday, April 09, 2008

Saida

Antara pelajar AF musim ini yang saya ingin lihat adalah Saida. Mengapa beliau..kerana dia seorang isteri, ibu kepada 4 orang anak, kakak kepada seorang penyanyi terkenal dan 'the accidental contestant' seseorang yang AF tidak pernah ada sebelum ini.

Saya bukan mengharapkan persembahan yang terbaik atau terlalu bagus tetapi hanyalah persembahan yang memberangsangkan. Maksudnya dari minggu ke minggu beliau mampu menggunakan apa yang dipelajari di dalam akademi di pentas konsert. Secara jujurnya, dari pemerhatian dari konsert pertama hingga ke-3, beliau berjaya membuktikan ada sesuatu yang telah beliau pelajari di akademi. Dan pastinya saya mengharapkan sesuatu yang lebih bagus dari Saida untuk konsert yang akan datang.

Friday, April 04, 2008

Menjaga Hati

Entah kenapa suka lagu ni...


Masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas direlung hatiku
hujan tanpa henti seolah petanda
cinta tak disini lagi
kau tlah berpaling

Biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga setiap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau jauh, aku takkan menjauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini
kau di seberang sana

Andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati

Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu

by Yovie dan The Nuno

Thursday, March 20, 2008

Ada Apa Pada AFantasia Selain Hiburan...

Strategi bisnes yang ampuh: Saya suka strategi A*STRO (kepunyaan Anan*da K*rish*nan), yang boleh mengaut berjuta ringgit dan terus memonopoli rancangan realiti TV. Tekniknya mungkin sama dengan rancangan realiti TV yang lain tetapi strategi seperti- sensitiviti latar belakang keluarga; air mata; kelompok berfizikal minoriti yang memerlukan idol untuk memberi keyakinan diri; pandai mengaji/nasyid/bertudung berjaya diadun dengan baik sehingga ramai orang tanpa mereka sedari menaja peserta-peserta AF. Secara kalkulatifnya, kita adalah sebahagian dari perancangan strategi dan berusaha menjayakannya.

Persaingan yang sihat: Selain daripada belajar teknik menyanyi, menari dan berlakon peserta2 AF boleh menerapkan nilai persaingan secara baik. Dalam setiap konsert peserta bukan shj perlu berusaha untuk persembahan sendiri tetapi mereka juga perlu membantu peserta lain sbg penyanyi latar dan sebagainya. Seandainya tugas ini dilakukan secara berterusan dan seikhlas mungkin tidak mustahil sikap ini akan sebati dalam diri peserta.

Saturday, March 15, 2008

Marah, Dendam dan Sebuah Ingatan..

Marah adalah satu perasaan yang terhasil dari penolakkan kita terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Perasaan ini boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk contohnya makian kepada individu yg menjadi punca kemarahan kita, pandangan mata yg tajam, cebikan, memulaukan/tidak mempedulikankan individu terbabit, cenderung menyakiti individu yg terbabit dgn pelbagai cara. Namun kadangkala sifat marah ini tidak bertahan lama. Ianya boleh terhakis oleh masa, penerimaan setelah kita memahami situasi, ujudnya sifat kasih sayang, malah kemarahan ini akan terhapus apabila ketenangan mengetuk pintu hati kita. Kita akan berlembut semula dan terfikir, amarah itu bukan perkara yg sepatutnya.

Dendam pula adalah perasaan marah yang berpanjangan. Penerimaan kita pada sesuatu perkara itu telah kita tolak sama sekali dan sering bersarang dalam jiwa kita. Biar bertahun berlalu, kita masih mengingati orang yang kita dendami. Ada yang bertindak melampau untuk membalas dendam agar individu yg di dendami mendapat balasan yang setimpal. Tidak kurang juga ada individu yang mendendami seseorang cukup sekadar dihatinya, tidak bertindak apa-apa namun nekad dalam hatinya, engkau sudah mati dalam hatiku. Sampai mati pun, aku tidak akan memaafkan kamu.

Sebuah Ingatan? Saya keliru tentang ini. Saya pernah merasai marah. Pernah merasai dendam. Ada beberapa perkara, saya sudah tidak mendendaminya lagi, sudah saya maafkan namun ianya tetap segar dalam sebuah ingatan. Jika perkara itu membuat saya terkilan saya sudah tidak marah namun tetap terkilan sehingga masih mampu menitiskan airmata jika ianya terlintas difikiran. Kenapa memaafkan? Kerana orang yang kita marahkan itu adalah individu yang kita sayang contohnya keluarga kita, sahabat kita. Atas dasar rasa sayang kita buangkan rasa marah dan kita basuh dgn kemaafan.

Lalu mengapa harus ada lagi sebuah ingatan yg menyakitkan sehingga mampu menitis airmata, masih mampu berombak dada kita menahan perit dihati, masih sayu dihati, masih kuat rasa terkilan. Mengapa? bukankah kita sudah memaafkan? Tidak ikhlaskah kemaafan yang sudah kita berikan. Ianya sudah tidak kita dendami, maknanya kita sudah benar2 memaafkan tp mengapa harus ada rasa terkilan yg cukup kuat di dalam hati kita pada sesuatu perkara....Hakikatnya...sukar memadamkan sebuah ingatan pada perkara yang menyakitkan dari orang yang kita kasih berbanfing orang biasa.

Thursday, February 21, 2008

Lena

Sebelum mata ini terlelap
aku terkebil-kebil membawa fikiran ke dunia lain
merenung hari-hari yg berlalu
cuba mencari apa kurangnya, apa lebihnya, apa salahnya
apa kesannya gerak langkah ku pada dunia

Berkecamuk
yg ada cuma keluhan, kerisauan, ngomelan
itulah aku kini...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Muhasabahlah sebelum terlena
Jgn dinanti hari berganti,
takut waktu kejar berlari

Maafkan mereka
maafkan dirimu
dan minta maaf pada Dia

Saturday, February 16, 2008

Semoga Berkekalan Ke Hujung Nyawa


a


Kad Kawen Zura dan Alangz

Ini gambar kali pertama Alangz dan zura bertentang 4 biji mata di rumah LB & Arc
walaupun kali pertama berjumpa Zura ttp Alangz telah praktis dukung budak kecik


Buat Alangz dan Zura. Selamat Pengantin Baru. Semoga kebahagiaan kekal menjadi milik kamu berdua...Amin



Friday, February 15, 2008

Tahun Baru Cina


Balik kampung....

makan nasi gulai kawah tepi bendang semua lauk yg di order habis licin.




8.2.2008 Membeli-belah di Kota Bharu

Petangnya pergi kenduri Zura..kami bertolak dr Pengkalan Chepa pukul 3.00 ptg sampai ke rumah Zura pukul 5. Saya pergi bersama-sama mak, abang dan anak buah. Lepas makan kami balik..sbb pagi esoknya anak buah ada training golf.



Itu gambar lauk-lauk yg dihidangkan..lama tak rasa lauk kenduri org kelantan. Mak saya suka gulai daging tu.
Ini pula gambar perut Alangz bersama kerisnya semasa dia masih teruna.....Kita tgk siapa yg mengandung dulu..Alangz ke Zura..... (hehehe)

Thursday, February 07, 2008

Happy Birthday Phien

Phien,

Happy Birthday to you. Semoga berbahagia dan diberkati selalu. Semoga diberi kejayaan yg lebih cemerlang di tahun2 mendatang. Ya, saya turut berbangga dgn pencapaian kamu.


Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

(Teman terulung- anuar zain)

Moga persahabatan kita yang terjalin lebih 20 thn kekal selama2nya.

Sunday, February 03, 2008

Fuad

Fuad seorang pekerja yang bermasalah. Dia selalu hilang di waktu kerja, selalu mengambil cuti sakit, tidak menyiapkan tugas yang diberikan oleh pegawai atasannya. Ada saja cerita yang tidak elok yg sering dibincangkan oleh orang sekeliling beliau. Sehingga pada satu ketika tidak ada lagi orang yang memberi kerja kepada beliau. Dia hanya datang kerja tanpa melakukan apa2 sepanjang waktu pejabat.

Fuad di mata saya. Yang saya lihat sungguh pun dia begitu, tetapi saya percaya dia masih boleh diselamatkan lagi. Begitulah azam saya, walaupun bukan mudah utk saya laksanakan memandangkan saya hanyalah staf yang baru masuk bertugas di situ. Pada saya kita sepatutnya tidak membazir tenaga kerja kerana bukan mudah untuk memberhentikan seseorg kakitangan awam.

Apa yang saya lakukan?

Selepas kursus induksi, saya memberitahu Dr. John, ketua kumpulan saya ketika itu yang saya perlukan seorang kakitangan sokongan untuk membantu saya. Saya katakan saya mahu Fuad bekerja dgn saya memandangkan tiada siapa yg mahukan dia ketika itu. Jawapan yang saya terima..adalah Fuad tak boleh diharap. Walau apa pun saya tetap mahukan dia tolong saya melakukan kerja2 makmal saya.

Sebenarnya bukan senang untuk saya mengawal beliau untuk menjalankan kerja2 yg diberi pada permulaannya. Cuma saya tidak membesarkan isu2 itu kerana saya yakin pada satu hari nanti saya boleh mempengaruhi dia utk melakukan segala tugasan yg diberi dgn baik. Apa yg saya perhatikan punca dia bermasalah di tpt kerja adalah...

  • kewangan
  • anak kecil yang sakit
  • isteri yang masih belajar (dia selalu menggunakan waktu pejabat utk menyiapkan tugasan isteri)
Bagaimana saya menangani beliau?
Untuk permulaan, saya hanya berikan kerja-kerja yang hanya perlukan beliau menunggu beberapa jam. Oleh itu di waktu lapang itu beliau boleh menyiapkan tugasan isteri beliau tanpa keluar pejabat (ini mcm galakkan dia buat kerja lain). Namun saya tetap menyatakan kepada beliau yg saya lebih suka dia membuat hal2 peribadi diluar waktu pejabat.

Setelah dia selesa..tambahkan kerja lain in between menunggu tu sedikit demi sedikit. Untuk membuatkan dia lebih cepat lakukan semua tugasan saya cadangkan dia membantu rakan sekerja, Pn. Anna yg menguruskan bahan kimia dan pelarut melabel dan menyusun agar dia familiar dgn nama dan kedudukan bhn tersebut didlm stor dan boleh mejimatkan masa mencari bhn.

Setelah semuanya berjalan lancar,saya akan cdgkan Fuad bekerja dgn pegawai lain apabila diperlukan utk mengembalikan kepercayaan pegawai2 lain terhadap beliau. Saya galakkan dia volunteer untuk kerja lebih masa apabila loji rintis beroperasi (ni utk duit lebih dia)..Lama kelamaan saya dapati kepercayaan org lain terhadap beliau telah bertambah. Termasuklah ketua unit saya ketika itu..Dr. Sally yg sebelum itu pernah berkata" You percaya ke Fuad buat kerja?" sambil kopek limau mandarin di bilik saya. Alhamdullilah..sekurang2nya kita tidak persiakan tenaga kerja yg ada.

Bukanlah semuanya smooth sepanjang dia bekerja dgn saya. Saya terpaksa memarahinya. Saya terpaksa menulis memo2 amaran. Saya juga memujinya habis-habisan di depan bos saya. Saya tahu kadangkala dia menyampah dgn saya, ttp pd waktu yg sama dia tahu dan maklumi tujuan saya. Benarkan dia menyampah dan membenci saya?

Buktinya, dia selalu menyiapkan semua perkara yg saya mahukan dgn segera walaupun beliau bukan lagi satu division dgn saya dan jika beliau tidak lakukan bukanlah satu kesalahan bg beliau.

Sunday, January 20, 2008

You Are Never Alone

Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide

You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes

Looking for a reason
to replace what is gone
Just remember, remember
That you are not alone

You are never alone
Just reach into your heart
And Allah is always there

You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone

So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last

Saturday, January 05, 2008

Selesai Sudah

Dapat juga kamu menamatkan hari-hari terakhir menjalankan praktikal bersama saya. saya harap kamu dapat manfaat dari apa yg kamu belajar( secara langsung dan tak langsung) di sini utk kamu gunakan di masa akan datang. Saya doakan moga kamu berjaya nanti.

Sebenarnya apa yang kami buat adalah satu tugas sukarela sahaja. Oleh itu kamu tak boleh mengharapkan terlalu banyak dari kami.

Tuesday, January 01, 2008

The Goodbyes of 2007

Sama seperti orang lain saya juga dibelenggu dengan pelbagai perasaan menyambut tahun 2008. Syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Gembira kerana masih dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai.Ghairah kerana sama ada yakin atau tidak perjalanan hidup adalah pengalaman yang indah.

Orang kata, hidup kita perlu ke hadapan.Namun sesekali kita harus menoleh ke belakang, memastikan apa yang berbaki dan telah ditinggalkan. Meniti hidup didunia ini, pastinya saya bersyukur kerana masih menikmati hidup seperti orang lain. Kadangkala bahagia dan pastinya juga menemui kekecewaan. Matlamat hidup, jangka panjang atau jangka pendek kadangkala menjadi dan sebahagiannya pula masih perlu direalisasikan.

Amnya, saya melalui tahun 2007 dengan baik malah lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyak perkara yang dirancang telah saya lakukan dengan jayanya. Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah berjaya meningkatkan bilangan buku yg saya baca kepada 12 buah. Semoga saya boleh tingkatkan lagi atau kekalkan bilangan ini di tahun yg akan datang.

Satu yang saya kurang puas hati, perkembangan kerjaya. Bukan saya tidak suka, pd asasnya saya telah memenuhi hampir semua kriteria yg telah ditetapkan oleh organisasi. Perasaan ini mungkin wujud disebabkan perubahan diri. Dulu, saya melihat sesuatu secara mikro. Tetapi, sekarang saya akan melihat dunia/persekitaran bersama perkaitan secara makro. Bagaimana sumbangan saya kpd persekitaran menjadi lebih penting daripada mengejar kemewahan peribadi.

Untuk menempuh tahun 2008, saya telah sekali lagi menonton filem The Ultimate Gift. Filem yg memberi semangat agar saya terus berusaha untuk mencapai apa yg saya impikan dalam karier saya.

Untuk semua, Selamat Tahun Baru 2008. Sama-sama kita berusaha menjadi manusia yg lebih baik walaupun kesempurnaan itu sesuatu yg mustahil. Semoga kita semua diberi kebahagian, rezeki yg berpanjangan serta kesihatan yg baik.

2008

Dah tahun baru....

Ke mana langkah seterusnya....