Marah adalah satu perasaan yang terhasil dari penolakkan kita terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Perasaan ini boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk contohnya makian kepada individu yg menjadi punca kemarahan kita, pandangan mata yg tajam, cebikan, memulaukan/tidak mempedulikankan individu terbabit, cenderung menyakiti individu yg terbabit dgn pelbagai cara. Namun kadangkala sifat marah ini tidak bertahan lama. Ianya boleh terhakis oleh masa, penerimaan setelah kita memahami situasi, ujudnya sifat kasih sayang, malah kemarahan ini akan terhapus apabila ketenangan mengetuk pintu hati kita. Kita akan berlembut semula dan terfikir, amarah itu bukan perkara yg sepatutnya.
Dendam pula adalah perasaan marah yang berpanjangan. Penerimaan kita pada sesuatu perkara itu telah kita tolak sama sekali dan sering bersarang dalam jiwa kita. Biar bertahun berlalu, kita masih mengingati orang yang kita dendami. Ada yang bertindak melampau untuk membalas dendam agar individu yg di dendami mendapat balasan yang setimpal. Tidak kurang juga ada individu yang mendendami seseorang cukup sekadar dihatinya, tidak bertindak apa-apa namun nekad dalam hatinya, engkau sudah mati dalam hatiku. Sampai mati pun, aku tidak akan memaafkan kamu.
Sebuah Ingatan? Saya keliru tentang ini. Saya pernah merasai marah. Pernah merasai dendam. Ada beberapa perkara, saya sudah tidak mendendaminya lagi, sudah saya maafkan namun ianya tetap segar dalam sebuah ingatan. Jika perkara itu membuat saya terkilan saya sudah tidak marah namun tetap terkilan sehingga masih mampu menitiskan airmata jika ianya terlintas difikiran. Kenapa memaafkan? Kerana orang yang kita marahkan itu adalah individu yang kita sayang contohnya keluarga kita, sahabat kita. Atas dasar rasa sayang kita buangkan rasa marah dan kita basuh dgn kemaafan.
Lalu mengapa harus ada lagi sebuah ingatan yg menyakitkan sehingga mampu menitis airmata, masih mampu berombak dada kita menahan perit dihati, masih sayu dihati, masih kuat rasa terkilan. Mengapa? bukankah kita sudah memaafkan? Tidak ikhlaskah kemaafan yang sudah kita berikan. Ianya sudah tidak kita dendami, maknanya kita sudah benar2 memaafkan tp mengapa harus ada rasa terkilan yg cukup kuat di dalam hati kita pada sesuatu perkara....Hakikatnya...sukar memadamkan sebuah ingatan pada perkara yang menyakitkan dari orang yang kita kasih berbanfing orang biasa.
No comments:
Post a Comment