Sama seperti orang lain saya juga dibelenggu dengan pelbagai perasaan menyambut tahun 2008. Syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Gembira kerana masih dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai.Ghairah kerana sama ada yakin atau tidak perjalanan hidup adalah pengalaman yang indah.
Orang kata, hidup kita perlu ke hadapan.Namun sesekali kita harus menoleh ke belakang, memastikan apa yang berbaki dan telah ditinggalkan. Meniti hidup didunia ini, pastinya saya bersyukur kerana masih menikmati hidup seperti orang lain. Kadangkala bahagia dan pastinya juga menemui kekecewaan. Matlamat hidup, jangka panjang atau jangka pendek kadangkala menjadi dan sebahagiannya pula masih perlu direalisasikan.
Amnya, saya melalui tahun 2007 dengan baik malah lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyak perkara yang dirancang telah saya lakukan dengan jayanya. Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah berjaya meningkatkan bilangan buku yg saya baca kepada 12 buah. Semoga saya boleh tingkatkan lagi atau kekalkan bilangan ini di tahun yg akan datang.
Satu yang saya kurang puas hati, perkembangan kerjaya. Bukan saya tidak suka, pd asasnya saya telah memenuhi hampir semua kriteria yg telah ditetapkan oleh organisasi. Perasaan ini mungkin wujud disebabkan perubahan diri. Dulu, saya melihat sesuatu secara mikro. Tetapi, sekarang saya akan melihat dunia/persekitaran bersama perkaitan secara makro. Bagaimana sumbangan saya kpd persekitaran menjadi lebih penting daripada mengejar kemewahan peribadi.
Untuk menempuh tahun 2008, saya telah sekali lagi menonton filem The Ultimate Gift. Filem yg memberi semangat agar saya terus berusaha untuk mencapai apa yg saya impikan dalam karier saya.
Untuk semua, Selamat Tahun Baru 2008. Sama-sama kita berusaha menjadi manusia yg lebih baik walaupun kesempurnaan itu sesuatu yg mustahil. Semoga kita semua diberi kebahagian, rezeki yg berpanjangan serta kesihatan yg baik.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment