- Saya berjanji pada diri ingin menyiapkan laporan viva sebelum dinner ansara tetapi ini sudah masuk minggu ke-3 tetapi satu ayat pun belum tulis
- Saya juga bercadang nak hantar manuskrip yang telah dibetulkan kepada pihak berkenaan awal minggu ini tetapi ini sudah pun hari khamis.
- Saya bercita-cita nak turunkan berat badan..tetapi minggu ini berat sudah meningkat sedikit selepas berjaya turunkan 2kg sebelum ini.
- Sekarang saya rajin membaca buku diluar bidang kerja saya sehingga hari ini saya telah berjaya menghabiskan 25 buah buku berbagai judul tidak termasuk majalah hiburan dan gossip.
- Saya telah berjaya menurunkan bil elektrik sebanyak RM10.00 bulan ini tetapi saya belum berjaya mengurangkan kos minyak kereta.
- Saya akan berjalan-jalan ke satu tempat hujung bulan ini.
- Saya tak tahu nak tulis apa..tetapi masih mahu menulis.
- Sebelum terlena saya ingin mohon maaf daripada awak, kamu, dia, mereka dan sesiapa saja.
- chow..
Thursday, July 24, 2008
Saya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
royce!!
25 buah buku?? uwaaaa rajinnya ko!
Post a Comment