Untuk mencapai sesuatu matlamat kita perlukan tumpuan. Apabila kemahuan kita memuncak, fikiran dan fizikal kita tertumpu pada perkara yang dihajati. Tumpuan adalah usaha yang berterusan bagi memenuhi gambaran sehinggalah matlamat tercapai. Tumpuan memerlukan disiplin diri yang kuat. Sekalipun seribu rintangan menghalang tetap meneruskan juga. Sekalipun kadang-kadang tidak disukai, diri seolah-olah sudah putus asa, tetap meneruskan selagi belum berjaya.
Usaha mencapai matlamat selalunya diiringi oleh risiko samada yang kecil dan besar. Kita tidak dapat menghindari risiko tetapi dapat menjangkakan dan meminimumkan. Setiap perubahan melibatkan risiko yang bukan sedikit. Risiko bukanlah sesuatu yang negatif. Risiko adalah sebahagian daripada cara bg mencapai sesuatu matlamat. Takutkan risiko adalah penghalang utama bagi mencapai perubahan dan kejayaan. Sama ada kita menyukai atau membenci, risiko tetap ada. Kemenangan yang mudah adalah kemenangan yang murah.
Tumpuan akan menghalang kita daripada berputus asa bila pencapaian tidak seperti di harapkan. Dengan tumpuan, kita akan berusaha gigih dan sabar apabila jalan-jalan kecil yang dilalui tidak mendekatkan kpd matlamat yg ditetapkan. Kerana adanya tumpuan, kita akan membina jalan-jalan kecil yg baru supaya kita tetap sampai kpd matlamat. Cabaran, ujian dugaan, susah tetap akan ditemui. setiap kesusahan yg berjaya di atasi akan menjadikan kita matang dan pandai. Apabila semuanya senang, kita menjadi bodoh, malas dan tidak pandai berikhtiar.
No comments:
Post a Comment