Sunday, July 29, 2007

Gemuruh

(i)
Gemuruh dijiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang yang bekerlipan
menyerlah jauh dari yang biasa

(ii)
percakapan di kafetaria baru-baru ini

Dia: ................
Saya: Oooo...Dia OK je..rajin ..tp kalau kata produktif sama aje dgn staf melayu yg lain cuma mungkin dia tu lebih pandai speaking. Kalau compare head-to-head dgn Tuan NM..saya rasa mrk sama aje.

Dia: bla..bla..bla....

Saya: kalau saya.....bla..bla...sbb org melayu or muslim boleh doa kitakan

Saya: tp..nak ckp pun tak guna..out of our control...within my control:..plan, execute and pray.....


Semoga kita dapat membebaskan diri kita drp pergantungan terhadap makhluk

(iii)

Apabila kita perlu membuat kerja, kita perlukan kelengkapan yang cukup. Contohnya.. penyelidik memerlukan maklumat serta data terdahulu sebelum mencadangkan sesuatu tajuk penyelidikan, mereka memerlukan pelbagai kemudahan untuk memperolehi maklumat tersebut dan seterusnya.

Namun tak kira samada di sektor awam mahupun swasta, dalam atau luar negara kemudahan di rumah adalah lebih baik berbanding kemudahan dipejabat. Dipejabat itu tak ada, ini tak ada. Website tu kena ban, ini kena sekat. Kalau di rumah semua ada, laju pulak tuh. Oleh itu apabila saya ingin lakukan pekerjaan sedemikian, saya perlu pulang ke rumah untuk melakukan dan menyiapkannya....

Leceh betul?????

Tuesday, July 24, 2007

Suka Duka Kita

Mungkin suka duka hidupku
Sama dengan hidupmu
Lalu kau pun terasa dekat
Dengan diriku ini

Bukan aku tak menghargai
Apa yang kau korbankan
Tetapi ku sedikit kesal
Atas sikapmu kasih
Kau seperti memaksaku tari rentakmu

Bintang12-Spider

Monday, July 23, 2007

Prayer





(i)
Doa...aku pada kamu
Semoga makbul
Yg baik-baik sahaja
Percayalah
Apa jua yang datang
Ada hikmah
Syukurilah

Semoga kamu diberikan umur dan rezeki yang berkat..Amiiin


.....Ya Allah berkatilah usia SA-jadikan dia sebagai ketua yg baik, insan yan baik, taat kepada perintahMu dan berikanlah perasaan hormat-menghormati dan kasih sayang antara kami. Ya Allah permudahkan laluan kerjayanya....Amin....


(ii)
Bila pelajar datang berjumpa dan bertanya adakah saya boleh menjadi supervisor mereka. Persoalan yg saya sering ajukan kepada mereka adalah..adakah mereka benar-benar berminat utk belajar atau sekadar mencari peluang lain sbb tak dapat kerja. Saya juga akan meletakkan syarat yg mereka perlu menjalankan penyelidikan yg menjadi minat saya ( ya...nampak macam saya pentingkan dirikan). Sebenarnya mempunyai pelajar menjadikan saya sentiasa berfikir tentang mereka. Saya mahu mereka berjaya dan dapat menghabiskan pengajian mrk dalam jangka waktu yg ditetapkan.




Kata saya: Jika mereka rajin, saya akan lebih rajin lagi. Jika mereka menghilang diri, saya juga akan melupakan mereka.




Namun setiap hari, saya akan berdoa: Ya Allah permudahkanlah pelajar2ku. Berikanlah cahaya kepada mereka agar dapat menamatkan pengajian mereka. Mereka adalah sebahagian drp hidup saya. Saya yakin jika setiap hari saya mendoakan mereka Allah akan mempertimbangkan permohonan tersebut. bagaimanapun, alangkah baiknya kalau mereka sendiri yg memohon dari Yang Maha Berkuasa





Kepada pelajar baru saya....Good Luck

Thursday, July 19, 2007

Luluh.....

Luluh hatiku bila mendapat perkhabaran itu
Sungguh ku tak mampu menahan kepedihan ini
Untuk merelakan dia mengatasi kamu.....

Tuesday, July 17, 2007

Tagged

Untuk memenuhi keinginan Yummy

Latest Job
-RO
-RO
-RO
-Lecturer

Movies yg boleh tonton berulang2
-My Best Friend Wedding
-Present
-Hotelier
-Free Willy

Places I've live
-Kelantan
-Kulim, Kedah
-Jengka, Pahang
-Bangi, Selangor

Places I've va
-Pangkor
-Langkawi
-P. Perhentian
-P. Kapas

TV shows I love
-Reality program
-Buletin utama
-
-

Sites I visit daily
-thinkrightnow
-blog
-News paper
-webmail
-

Sunday, July 08, 2007

SMART Tunnel

Hari Jumaat lepas saya melalui terowong SMART untuk pulang ke rumah selepas beronggeng dgn kawan2 di Secret Recipe. ini merupakan kali kedua saya melalui terowong ini. Tapi kali ini saya melaluinya diwaktu malam. Ia agak mengerunkan saya walau pun ada kawan di sisi saya. Saya ketakutan rupanya..dalam ruang kecil panjang yang terbenam di dalam bumi....Namun ketakutan saya tidak lama kerana saya sudah tahu berapa panjang terowong itu dan saya pasti dihujung sana ada cahaya dari bintang dilangit.

Moga saya tidak tertipu dengan sinaran bintang yang bertaburan. Lantas terus terbang ke langit tanpa jejak ke bumi. Namun tanpa sedari saya sebenarnya masih lagi dalam terowong yang tak ada penghujungnya.

Sunday, July 01, 2007

Ada Ketikanya...

Ada ketikanya, tidak sedar kesilapan yang dilakukan. Hinggalah ditegur. Ada ketikanya kesilapan itu benar, tapi amat sukar untuk dimaafkan. namun ada ketikanya, tiada kesilapan yang dilakukan tapi masih tidak dapat terima hakikat.

Ada ketikanya, terasa kehilangan sedangkan yang hilang ada didepan mata. Janganlah terlalu banyak membanding, nanti sukar untuk membezakan, jangan terlalu banyak memilih, nanti tidak tahu membuat pilihan.


It's better to be hated for what you are, than to be loved for something you are not...

Apa Ni....

Kemungkinan apa yang kita sayangi tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kita benci tersimpan kebaikan di dalamnya...

Ada hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan. Tetapi jangan sampai kamu menjadi tuli walaupun kamu tidak mendengar itu dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya

Saturday, June 30, 2007

Ku Rindu Padanya

Rindu ini
.....mengasyikkan
.....melalaikan
.....menyakitkan

Ku tertanya
Adakah dia merasai
apa yang ku rasa

Andai dia juga merasai
Mungkinkah kami akan ketemu
suatu hari nanti...

Friday, June 29, 2007

Hak Milik Kekal

Kadang-kadang saya benci untuk mengetahui terlalu banyak...tetapi saya sering dapat menghidu sesuatu. Deria ke-6 saya mungkin terlalu menguasai diri. Saya sendiri tidak pasti adakah ini naluri atau firasat. Naluri adalah sesuatu gerak hati yang datang secara jujur dari dalam diri kita sendirit sedangkan firasat adalah gerak hati yang lahir dari pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga saya, waspada dan lebih berbentuk ramalan. Atau kedua-dua sekali.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita rasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak seindah harapan. Sesungguhnya semua itu boleh menghadirkan rasa yang bergelora dalam jiwa. Adalah sangat beruntung andainya dalam saat tergoncangannya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkah ke arah yang akan memberi nikmat pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak dan kemahuan. Tetapi kita harus sedar tidak setiap yang kita inginkan akan diperolehi. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Hidup ini tidak punya satu hukum-harus berjaya, narus berharta mewah dan lain-lain.

Betapa ramai orang yang hidupnya cukup lengkap tetapi lupa bahawa semua itu pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tabah. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak tertunainya apa yang memang bukan hak kita. Walau ia nyaris menghampiri kita, walau kita mati-matian mengusahakannya.

Sunday, June 17, 2007

Hari Bapa......

Di hari Bapa ini..saya hadiahkan al-fatihah buat ayah.

Semoga roh ayah tenang di sana. Semoga kita bertemu lagi di sana nanti.

Saturday, June 16, 2007

Selalunya Kita....

Selalunya kita sibuk memikirkan siapa yang sedang bercakap, bukannya apa yang diperkatakan..walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tapi disebabkan oleh tapisan/filter sebegini, seseorang itu tidak akan dapat memproses maklumat yang disampaikan dengan baik. Contohnya...kalau seorang anak kecil menyuruh bapanya mengerjakan solat, adakah sibapa akan marah, walaupun dia tahu apa yang diperkatakan oleh anaknya itu adalah benar? ....tepuk dada tanya diri sendiri...

Tak guna nak bertekak....kalau rasa terlalu ego utk menerima apa yg dikatakan...terpulanglah..kedua2 pihak tak rugi apa2 pun

Saturday, June 02, 2007

Jika ku tak bangun esok pagi

Jika ku tak bangun esok pagi
sayangku kau jagalah diri
sentiasa ingatkan hati
dirimu amat ku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
sujud dan mohon pada Tuhan
agar diberikan bimbingan
meniti hidup sendirian

Bila terasa sejuk
pejamkan mata
bayangkan dalam dakapan ku
bila terasa rindu
pejamkan mata
kita bersua dlm lena

Kalau ada yang sudi mengganti
sayang lepaskanlah ku pergi
kerana insan yg seistimewamu
berhak untuk dicinta dalam hidup

Sayang tiada apa yg kekal didalam dunia ini
namun yg pasti
walaupun ku tiada nanti
cintaku akan kekal abadi

Ku berharap kau tak akan lupa
mengirimkan bekalan doa
kita jumpa lagi di sana nanti
jika ku tak bangun esok pagi

Monday, May 07, 2007

Tembok


Terima kasih kerana memberi saya ruang mengintai tembok tinggi kamu. Saya tidak tahu apa yang saya rasa sebenarnya..puashati, sedih atau terkilan....sekurang-kurangya saya sudah tahu apa yang berada di sebalik tembok batu itu. Sememangnya, tembok itu sudah memisahkan kita sejak mula lagi dan saya tidak mahu tembok itu diruntuhkan. Biarkan ia di situ, namun izinkan saya masuk sebagai tetamu tapi bukan sebagai penghuninya. Kerana dalam diam, saya sudah membina tembok yang mungkin lebih tinggi dan kukuh dari tembok yang kamu bina

Monday, April 30, 2007

Apabila Sesuatu Itu Di Anggap Tidak Penting

Masalah merupakan perkara biasa di dalam hidup kita. Kita sepatutnya tidak terlalu membebankan diri dgn masalah yg melanda, kita seharusnya cuba menyelesaikan apa yg berlaku. Setelah selesai barulah kita boleh memahami apa perasaan kita. Suka, benci, menyesal, marah dan sebagainya. Namun ada juga manusia yg suka membiarkan masalah itu, menyakinkan diri seolah2 ia tidak wujud dan mampu selesai dgn sendiri. ada perkara yg akan reda dgn sendiri bila dibiarkan tetapi kebanyakan perkara perlu diselesaikan walaupun sekadar penjelasan.

Contoh terdekat adalah diri saya.......Semasa di sekolah rendah dan menengah sehinggalah dialam pekerjaan, jika saya terasa lemah terutamannya dlm keadaan tertentu, saya tidak pernah cuba mendapat khidmat org yg lebih arif mahupun bercerita dgn kawan/org yg dekat dgn saya. Kerana bagi saya ia akan sembuh dgn sendirinya. Paling lama pun seminggu. Sehinggalah kira2 4 bulan yg lalu..bila kekerapan masalah ini semakin meningkat. Saya ke klinik dgn tujuan mahu tahu apa sebenarnya. Hari ini...saya dah tahu apa puncanya..

Oleh itu, kalau ada sesuatu yg terjadi, jgn biarkan kerana kesannya akan dtg kemudian...

Sunday, April 29, 2007

Kawan

ada rasa yang kekal dihati
ada kasih yang ku sembunyikan
syahdu..sukar utk dilafazkan
hembusan kasih yang masih terasa

Friday, April 27, 2007

Weird

Entry ini untuk Nini

1. Saya mempunyai ESP/extra sensory perception yang boleh dikatakan kuat...especially terhadap diri sendiri dan orang2 yang rapat dengan saya. Kadang-kadang ia boleh menyebabkan saya bimbang.

2. Saya suka mengambil risiko. Tetapi jangan salah anggap, risiko tu semuanya telah dikaji dahulu dan sediakan perisai

3. Saya suka marah dalam diam dan bila dah termarah tu susah nak sejuk....macam berdendam gitu.

4. Sesetengah kawan saya mengatakan saya seorang yg sukar dijangkakan, suka melakukan segala perkara ikut fikiran sendiri... (pelik ke ni....)

5. Kalau berkaitan dgn kerjaya saya lebih produktif diluar waktu pejabat, sbb tu bawa balik kerja tu..

6. Ada org tu suka hidu beras, saya pula suka makan ais.

Thursday, April 26, 2007

Alternative Route

Source: forwarded e-mail

Seperti malam-malam sebelumnya di situ ada seorang lelaki berkulit hitam yang begitu tekun memetik pano, alunan lagunya sungguh mengasyikkan. Dari irama perlahan sehinggalah irama rancak. Lagu demi lagu dipersembahkan dan sorakan demi sorakan kedengaran di akhir persembahannya.

"Sekarang saya mahu kamu menyanyi pula",
seorang pengunjung kelam malam sebaik lelaki itu menyudahkan lagu petikan pianonya.

MENYANYI..Lelaki itu enggan, dia bukannya penyanyi. Dia cuma pemain piano. Tetapi pengunjung tadi terus mendesak. Untuk tidak menghampakan pelanggannya, pengurus kelab malam mengarahkan lelaki itu menyanyi. Mahu tidak mahu, lelaki itu terpaksa menyanyi. Diiringi petikan piano, dia mengalunkan lagu kegemarannya Mona Lisa. Tergigil-gigil lelaki itu menyanyi sebab sepanjang hayatnya, inilah kali pertama dia mendendangkan suara di depan ramai.

Tanpa diduga nyanyian beliau disambut dgn tepukan gemuruh. Para pengunjung memuji-muji gaya nyanyian dan suaranya yg gemersik. Pada malam itu barulah lelaki itu sedar dia sebenarnya mempunyai bakat lain selain bermain piano. Tidak lama kemudian lelaki itu berhijrah ke Hollywood, seterusnya merakamkan album dan menjadi penyanyi terkenal. Jika mlm itu dia tidak didesak menyanyi, pasti sampai sekarang kita tak kenal Nat King Cole.

Sebenarnya kita juga seperti Nat King Cole. Kita tidak akan tahu bahawa kita mempunyai bakat jika kita tidak diberi peluang, digilap dan mungkin juga dipaksa. Apa yg per..jangan kita tumpukan kepada satu kebolehan saja. Cuba yang lain pula, kerana mungkin dari situ baru kita temui kebolehan yg lain dalam diri kita.

Saturday, April 14, 2007

....

Jangan takut pada kesilapan
kerana ia mengajar kita erti
kehidupan

Ada baiknya kita belajar
sesuatu kejujuran walaupun
ia datang dari suatu kesilapan

Sesekali berterimakasihlah
pada pengalaman kerana ia
mengajar kita akan
erti kedewasaan...

source: internet

Wednesday, April 11, 2007

Sayang...Sebuah Persahabatan

Ada yang kata saya memilih kawan.....salah ke?

Sebenarnya kita tidak tahu adakah kita merupakan kawan yang baik atau tidak kepada seseorang itu. Orang lain yang akan menilai..dan penilaian itu bergantung kpd mcm mana kita boleh memenuhi keperluan mereka. Seseorang itu mungkin bukanlah seorang kawan yang terbaik untuk dihargai tetapi mungkin satu ketika dia pernah sekali berbuat baik kepada kita. Janganlah kerana kesilapan kawan kita lakukan habis segala kekurangan tentang dirinya kita nampak. Simpanlah kerana dia pernah sekali berbuat baik kepada kita.

Adakah benar kawan sejati adalah kawan yang bersama bila waktu susah dan senang. Namun jika diteliti...kenyataan ini taklah benar sepenuhnya...Kawan sejati biasanya akan penuh dgn nasihat dan pesanan. Tak kira apa keadaan pun pasti kita akan ambil berat dgn nasihat itu. Kerana pesanan itu untuk kita. Walau ada kala kita tidak mampu utk memenuhi segala objektif nasihat dan pesanan tersebut, tetapi pasti ada niat juga nanti kita akan menurut juga. Sekiranya hati dan perbuatan kita tidak menerima pesanan dan nasihat..adakah kita masih mengaku kita kawan sejati pemberi nasihat itu? Memang benar waktu dia susah kita tolong, begitu juga bila dia gembira kita tertawa bersama tetapi kita tidak pernah menghargai pesanan/nasihat dia.