Friday, May 02, 2008

Aminah

Beliau merupakan pelajar siswazah saya yang pertama. Dia seorang yang sederhana dalam pencapaian akademiknya, agak lurus, rajin dan pendiam.Berdasarkan keputusan peperiksaan di peringkat ijazah sarjana muda, saya fikir dia seorang yang gigih berusaha demi mencapai cita-cita. Ya, bermula dgn CGPA ~2.6 pada semester pertama beliau berjaya memperolehi CGPA 3.98 pada semester terakhir pengajian beliau. Dia tahu apa yang dia mahu. Dia bercita2 menjadi seorang pensyarah. Saya pernah mencadangkan untuk "upgrade" pengajian beliau, namun dia menolak kerana dia ingin memiliki ketiga2 ijazah.

Tidak banyak masalah yang timbul sepanjang beliau menjadi pelajar saya cuma ketika menulis tesis. Sememangnya menulis adalah bahagian yang paling mencabar dalam melanjutkan pengajian siswazah berbanding menjalankan eksperimen di makmal atau penyelidikan itu sendiri. Menulis memerlukan semangat yg kental dan kemahuan yg tinggi.

Bulan jun nanti saya akan bentangkan tesis beliau kepada majikan saya dan beliau telah berjaya menjadi pensyarah lebih setahun lalu. Dari kajian ini kami berjaya menerbitan 5 penerbitan setakat ini. Jutaan terimakasih saya ucapkan.


Selamat datang kepada 3 pelajar baru saya.

No comments: