Wednesday, April 09, 2008

Saida

Antara pelajar AF musim ini yang saya ingin lihat adalah Saida. Mengapa beliau..kerana dia seorang isteri, ibu kepada 4 orang anak, kakak kepada seorang penyanyi terkenal dan 'the accidental contestant' seseorang yang AF tidak pernah ada sebelum ini.

Saya bukan mengharapkan persembahan yang terbaik atau terlalu bagus tetapi hanyalah persembahan yang memberangsangkan. Maksudnya dari minggu ke minggu beliau mampu menggunakan apa yang dipelajari di dalam akademi di pentas konsert. Secara jujurnya, dari pemerhatian dari konsert pertama hingga ke-3, beliau berjaya membuktikan ada sesuatu yang telah beliau pelajari di akademi. Dan pastinya saya mengharapkan sesuatu yang lebih bagus dari Saida untuk konsert yang akan datang.

2 comments:

Anonymous said...

strategi astro tu nak kaut duit dato ct... kekeke.., oklah saida tu... sampai top 6-7 oklah lagi, top 5 mcm susah dia nak gi
-jijo-

royce said...

entah2 CT tak undi pun.