Saturday, July 01, 2006

Apa Yang Membuat Dia Berubah?

Berita Harian:Mawi bayangkan putus tunang
Harian Metro: Mawi mungkir janji

Setelah membaca tajuk akhbar hari ini..membuat saya tertanya apa yg menyebab dia berubah, tapi saya bukanlah ingin menulis kisah artis ini..

Betulkah kita tetap pendirian? atau mudah saja mengangguk.

Bagaimana jika betul-betul berdepan dengan masalah sebenar adakah kita masih mampu teguh?


Bercakap itu mudah tapi melaksanakan itu yang payah. ramai orang mulutnya lebih kuat bekerja daripada tangannya.Kalau bercakap memanglah dia juara, macam-macam idea dan bagus-bagus, tapi sampai pada membuktikannya dalam bentuk perbuatan, hmmm...

Lantaran mudahnya bercakap, manusia selalu beria-ia mengatakan dia tidak akan berubah walau apa pun situasinya. Sehinggalah dia benar-benar teruja oleh situasi yang mendepani, tiba-tiba segalanya berubah, jauh berbeza daripada apa yang dipertahankan dan diperkatakan selama ini.

Betulkah kita masih kita tatkala kita telah bergelar somebody,masihkah kita berpegang pada apa yang pernah kita lafazkan setelah kita miliki segalanya. Hakikatnya, manusia selalunya suci dan sempurna sewaktu dia tiada apa-apa tetapi berubah segalanya setelah dunia dibawah telapak kakinya.

"Seorang pekerja beria-ia hendak mengamuk, konon hendak membela nasib rakan-rakan sekerja. Dia mengapi-apikan rasa tidak puas hati. "Bos sudah melampau. Dia perah tenaga kita habis-habisan. Gaji yang kita terima tak setimpal dengan kerja yang kita buat!" Kata-katanya mendapat sokongan yang meluap-luap dari orang lain.

"Sekarang aku nak jumpa bos/tauke. Aku nak tuntut hak kita. Aku nak beli nasib engkau orang semua. Sokong perjuangan aku!' Semua orang bersorak dengan penuh semangat. Beberapa minit kemudian dia keluar sambil tersenyum. "Ok, kita bersurai. Perjuangan kita sia-sia. Adanya syarikat ini pun dah cukup bagus. Kita ada kerja dan dapat gaji. Cuba kalau syarikat ini tidak ada, kita semua nak kerja di mana?"

Semua orang tercenggang-cenggang melihat perubahan itu. Rupa-rupanya, dia telah dijanjikan untuk dinaikkan pangkat, belum pun dia membuka mulut untuk mempertikaikan itu ini, begitu begini sebaik sahaja dia mengadap si bos/tauke.

Bercakap itu mudah, membuktikannya pun boleh jadi mudah, tetapi kekal dengan apa yang diperkatakan mungkin sukar...

1 comment:

tgazfa said...

royce, betul tuh .. bila cakap berkoba2... tapi last2 angguk2 gak ..