Saturday, May 31, 2008

Refleksi Diri

(i)
Sedar tidak sedar, sudah setengah tahun masa berlalu. Dalam tempoh itu sudah tentu pelbagai perkara berlaku sama ada gembira atau sedih. Kehidupan hari ini dipacu roda materialis yg deras. Sepanjang masa kita berlari dihambat cita-cita duniawi. Ada ketika kerana terlalu ghairah mengejar, kita alpa dengan hakikat bahawa dunia ini hanya satu pinjaman

Hari ini, inilah detiknya saya mengenang dan menoleh ke belakang sesekali perjalanan hidup ini. Heningkan diri dan minda. Lihat sekeliling, kiri dan kanan, kemudian menimbang semua prioriti-prioriti dalam hidup. Apa yang saya mahu? Secara relistiknya saya tidak akan dapat semua perkara. Ya! saya mesti selektif.


(ii)
Yang belum tercapai sepenuhnya

Sewaktu dulu, semasa dipermulaan kerjaya, saya selalu berangan-angan yang saya akan menulis kertaskerja teknikal tentang penyelidikan saya. Sekali-sekala membentang di persidangan mahu pun seminar yang berkaitan. Pada waktu yg sama bos saya akan mempromosikan teknologi dengan cara bersesuaian (tlh saya fikirkan tapi tak pernah beritahu kpd beliau). Saya selalu terfikir yang satu hari nanti unit itu akan dijadikan sebagai power-brand utk organisasi. Saya masih ingat lagi soalan terakhir yang ditanya oleh Ketua Pengarah kpd saya semasa kali pertama saya ditemuduga untuk kenaikan pangkat. Tetapi ketika itu saya reserved jawaban sebenar saya. Walaupun di bahagian yang berbeza tapi saya tetap dpt melakukan apa yang saya rancang dulu. Ini memberi keyakinan kpd saya mungkin apa yang saya rancang itu baik utk semua biarpun KP sudah bertukar orang.


(iii)
Asalkan kau mahu dongak ke langit
Sabar dalam hati
Yakin dalam jiwa
Bintang itu upaya kau punyai
Upayalah hati
Upayalah minda
Upayalah jiwa

Saturday, May 24, 2008

Bintang


(1)

Selepas musim ke-6 AF akan mempunyai sekurang-kurangnya 80 produk di dalam industri hiburan. Sepatutnya AF meletakkan satu matlamat yang lebih tinggi demi mempertahankan jenama AF di pasaran hiburan bukan setakat mendapatkan keuntungan jangka pendek. Mungkin masa akan datang AF boleh mewujudkan stesen radio dan TV yang hanya menyiarkan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh bintang AF juga lagu yang digubah dan ditulis oleh mereka. Saluran TV juga dipenuhi dengan rancangan terbitan, lakonan mereka.

Pada waktu yang sama AF masih diteruskan tetapi tenaga pengajar, pengacara serta kakitangan belakang tabir terdiri dari bintang AF contohnya Adam sebagai guru tarian, Fitri sebagai designer dan Idayu sbg guru vokal. Selain daripada stesen radio dan stesen TV AF juga sudah ada syarikat rakaman sendiri. Syarikat ini akan mengambil alih tugas Maestro dalam menguruskan bintang AF.

Apa yang saya suka pada konsert akhir tahun ini adalah pihak produksi telah menggunakan bintang2 AF yang lepas seperti Adam utk persembahan pembukaan serta Marsha dan Noni utk membantu Toi. Alangkah bagusnya kalau lagu baru utk mrk itu semua di tulis dan digubah oleh senior mereka.



(2)

A-O-T-C* pula merupakan satu perancangan untuk mengubah satu non-profit organisasi kepada satu organisasi yang memberi keuntungan. Ia juga telah dirancang seusia dengan AF. Namun pencapaian setakat ini saya fikir belum sampai 50% ( ini adalah pandangan peribadi). Tidak tahu kenapa..mungkin objektif tidak dapat dirasai sepenuhnya oleh pekerja2. Mungkin juga ramai resister walaupun pekerja tu nampak produktif secara luarannya. Ada beberapa faktor lagi yang mempengaruhi perkembangan.

Untuk lebih berjaya, saya fikir kita perlu bekerja berpasukan tetapi setiap individu perlu membuat projek yg berbeza dgn objektif yg sama.Setiap ahli akan bekerja secara bebas tak kira di mana mrk berada tetapi tetap mempromosi unit yang sama. Cuba bayangkan kalau satu kumpulan ada 6 pegawai yg menjalankan projek berbeza dan setiap projek di siapkan dalam masa kurang dari setahun. Berbanding kerja berpasukan yg diamalkan sekarang yg mana 5-6 pegawai melakukan satu projek dan masa yang diambil untuk menyiapkan sesuatu projek juga lebih kurang 2 tahun.



Friday, May 16, 2008

Terimakasih Cikgu

Cikgu sekolah rendah

Cikgu sekolah menengah

Cikgu pra-universiti

Cikgu universiti

Dan lain-lain yang bertindak sebagai guru secara langsung atau tak langsung

Friday, May 09, 2008

25 steps I repeat every day on normal working day

Menteri Penerangan Reban pun pandai tag rakyat jelata ke?

  1. Bangun pagi-ke bilik air buat apa2 yang patut
  2. Minum air
  3. Sembahyang
  4. kalau masih terlalu awal membaca apa2 yang patut ataupun buat kerja yg dibawa balik
  5. Sediakan sarapan/makanan untuk tengahari(bergantung kpd masa)
  6. Iron baju, seluar, tudung
  7. Mandi
  8. Pakai baju, tudung,seluar dll
  9. Padam lampu dan kipas bilik
  10. Buka pintu depan
  11. Masukkan barang yang perlu di bawa ke pejabat
  12. Hidupkan enjin kereta
  13. Memandu ke pejabat yg mengambil masa 10-15 min
  14. Punch card
  15. Buka pintu pejabat, switch on computer
  16. Bancuh milo (3 in 1) atau pesan teh tarik kat kantin
  17. Baca paper online sambil breakfast
  18. Check apa yg telah di buat oleh student semalam
  19. Prepare untuk buat kerja sendiri
  20. Minta seseorang check pigeon hole
  21. online sementara tunggu eksperimen..
  22. 12.00 out for lunch
  23. ptg kalau free bergossip dgn rakan ofis sambil buat kerja lab
  24. Setelah semua org balik barulah mulakan kerja yg perlu fikir spt tulis paper
  25. 6.00/6.30 balik...

Thursday, May 08, 2008

Matlamat dan Tumpuan

Untuk mencapai sesuatu matlamat kita perlukan tumpuan. Apabila kemahuan kita memuncak, fikiran dan fizikal kita tertumpu pada perkara yang dihajati. Tumpuan adalah usaha yang berterusan bagi memenuhi gambaran sehinggalah matlamat tercapai. Tumpuan memerlukan disiplin diri yang kuat. Sekalipun seribu rintangan menghalang tetap meneruskan juga. Sekalipun kadang-kadang tidak disukai, diri seolah-olah sudah putus asa, tetap meneruskan selagi belum berjaya.

Usaha mencapai matlamat selalunya diiringi oleh risiko samada yang kecil dan besar. Kita tidak dapat menghindari risiko tetapi dapat menjangkakan dan meminimumkan. Setiap perubahan melibatkan risiko yang bukan sedikit. Risiko bukanlah sesuatu yang negatif. Risiko adalah sebahagian daripada cara bg mencapai sesuatu matlamat. Takutkan risiko adalah penghalang utama bagi mencapai perubahan dan kejayaan. Sama ada kita menyukai atau membenci, risiko tetap ada. Kemenangan yang mudah adalah kemenangan yang murah.

Tumpuan akan menghalang kita daripada berputus asa bila pencapaian tidak seperti di harapkan. Dengan tumpuan, kita akan berusaha gigih dan sabar apabila jalan-jalan kecil yang dilalui tidak mendekatkan kpd matlamat yg ditetapkan. Kerana adanya tumpuan, kita akan membina jalan-jalan kecil yg baru supaya kita tetap sampai kpd matlamat. Cabaran, ujian dugaan, susah tetap akan ditemui. setiap kesusahan yg berjaya di atasi akan menjadikan kita matang dan pandai. Apabila semuanya senang, kita menjadi bodoh, malas dan tidak pandai berikhtiar.

Monday, May 05, 2008

Friday, May 02, 2008

Aminah

Beliau merupakan pelajar siswazah saya yang pertama. Dia seorang yang sederhana dalam pencapaian akademiknya, agak lurus, rajin dan pendiam.Berdasarkan keputusan peperiksaan di peringkat ijazah sarjana muda, saya fikir dia seorang yang gigih berusaha demi mencapai cita-cita. Ya, bermula dgn CGPA ~2.6 pada semester pertama beliau berjaya memperolehi CGPA 3.98 pada semester terakhir pengajian beliau. Dia tahu apa yang dia mahu. Dia bercita2 menjadi seorang pensyarah. Saya pernah mencadangkan untuk "upgrade" pengajian beliau, namun dia menolak kerana dia ingin memiliki ketiga2 ijazah.

Tidak banyak masalah yang timbul sepanjang beliau menjadi pelajar saya cuma ketika menulis tesis. Sememangnya menulis adalah bahagian yang paling mencabar dalam melanjutkan pengajian siswazah berbanding menjalankan eksperimen di makmal atau penyelidikan itu sendiri. Menulis memerlukan semangat yg kental dan kemahuan yg tinggi.

Bulan jun nanti saya akan bentangkan tesis beliau kepada majikan saya dan beliau telah berjaya menjadi pensyarah lebih setahun lalu. Dari kajian ini kami berjaya menerbitan 5 penerbitan setakat ini. Jutaan terimakasih saya ucapkan.


Selamat datang kepada 3 pelajar baru saya.

Wednesday, April 09, 2008

Saida

Antara pelajar AF musim ini yang saya ingin lihat adalah Saida. Mengapa beliau..kerana dia seorang isteri, ibu kepada 4 orang anak, kakak kepada seorang penyanyi terkenal dan 'the accidental contestant' seseorang yang AF tidak pernah ada sebelum ini.

Saya bukan mengharapkan persembahan yang terbaik atau terlalu bagus tetapi hanyalah persembahan yang memberangsangkan. Maksudnya dari minggu ke minggu beliau mampu menggunakan apa yang dipelajari di dalam akademi di pentas konsert. Secara jujurnya, dari pemerhatian dari konsert pertama hingga ke-3, beliau berjaya membuktikan ada sesuatu yang telah beliau pelajari di akademi. Dan pastinya saya mengharapkan sesuatu yang lebih bagus dari Saida untuk konsert yang akan datang.

Friday, April 04, 2008

Menjaga Hati

Entah kenapa suka lagu ni...


Masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas direlung hatiku
hujan tanpa henti seolah petanda
cinta tak disini lagi
kau tlah berpaling

Biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga setiap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau jauh, aku takkan menjauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini
kau di seberang sana

Andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati

Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu

by Yovie dan The Nuno

Thursday, March 20, 2008

Ada Apa Pada AFantasia Selain Hiburan...

Strategi bisnes yang ampuh: Saya suka strategi A*STRO (kepunyaan Anan*da K*rish*nan), yang boleh mengaut berjuta ringgit dan terus memonopoli rancangan realiti TV. Tekniknya mungkin sama dengan rancangan realiti TV yang lain tetapi strategi seperti- sensitiviti latar belakang keluarga; air mata; kelompok berfizikal minoriti yang memerlukan idol untuk memberi keyakinan diri; pandai mengaji/nasyid/bertudung berjaya diadun dengan baik sehingga ramai orang tanpa mereka sedari menaja peserta-peserta AF. Secara kalkulatifnya, kita adalah sebahagian dari perancangan strategi dan berusaha menjayakannya.

Persaingan yang sihat: Selain daripada belajar teknik menyanyi, menari dan berlakon peserta2 AF boleh menerapkan nilai persaingan secara baik. Dalam setiap konsert peserta bukan shj perlu berusaha untuk persembahan sendiri tetapi mereka juga perlu membantu peserta lain sbg penyanyi latar dan sebagainya. Seandainya tugas ini dilakukan secara berterusan dan seikhlas mungkin tidak mustahil sikap ini akan sebati dalam diri peserta.

Saturday, March 15, 2008

Marah, Dendam dan Sebuah Ingatan..

Marah adalah satu perasaan yang terhasil dari penolakkan kita terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Perasaan ini boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk contohnya makian kepada individu yg menjadi punca kemarahan kita, pandangan mata yg tajam, cebikan, memulaukan/tidak mempedulikankan individu terbabit, cenderung menyakiti individu yg terbabit dgn pelbagai cara. Namun kadangkala sifat marah ini tidak bertahan lama. Ianya boleh terhakis oleh masa, penerimaan setelah kita memahami situasi, ujudnya sifat kasih sayang, malah kemarahan ini akan terhapus apabila ketenangan mengetuk pintu hati kita. Kita akan berlembut semula dan terfikir, amarah itu bukan perkara yg sepatutnya.

Dendam pula adalah perasaan marah yang berpanjangan. Penerimaan kita pada sesuatu perkara itu telah kita tolak sama sekali dan sering bersarang dalam jiwa kita. Biar bertahun berlalu, kita masih mengingati orang yang kita dendami. Ada yang bertindak melampau untuk membalas dendam agar individu yg di dendami mendapat balasan yang setimpal. Tidak kurang juga ada individu yang mendendami seseorang cukup sekadar dihatinya, tidak bertindak apa-apa namun nekad dalam hatinya, engkau sudah mati dalam hatiku. Sampai mati pun, aku tidak akan memaafkan kamu.

Sebuah Ingatan? Saya keliru tentang ini. Saya pernah merasai marah. Pernah merasai dendam. Ada beberapa perkara, saya sudah tidak mendendaminya lagi, sudah saya maafkan namun ianya tetap segar dalam sebuah ingatan. Jika perkara itu membuat saya terkilan saya sudah tidak marah namun tetap terkilan sehingga masih mampu menitiskan airmata jika ianya terlintas difikiran. Kenapa memaafkan? Kerana orang yang kita marahkan itu adalah individu yang kita sayang contohnya keluarga kita, sahabat kita. Atas dasar rasa sayang kita buangkan rasa marah dan kita basuh dgn kemaafan.

Lalu mengapa harus ada lagi sebuah ingatan yg menyakitkan sehingga mampu menitis airmata, masih mampu berombak dada kita menahan perit dihati, masih sayu dihati, masih kuat rasa terkilan. Mengapa? bukankah kita sudah memaafkan? Tidak ikhlaskah kemaafan yang sudah kita berikan. Ianya sudah tidak kita dendami, maknanya kita sudah benar2 memaafkan tp mengapa harus ada rasa terkilan yg cukup kuat di dalam hati kita pada sesuatu perkara....Hakikatnya...sukar memadamkan sebuah ingatan pada perkara yang menyakitkan dari orang yang kita kasih berbanfing orang biasa.

Thursday, February 21, 2008

Lena

Sebelum mata ini terlelap
aku terkebil-kebil membawa fikiran ke dunia lain
merenung hari-hari yg berlalu
cuba mencari apa kurangnya, apa lebihnya, apa salahnya
apa kesannya gerak langkah ku pada dunia

Berkecamuk
yg ada cuma keluhan, kerisauan, ngomelan
itulah aku kini...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Muhasabahlah sebelum terlena
Jgn dinanti hari berganti,
takut waktu kejar berlari

Maafkan mereka
maafkan dirimu
dan minta maaf pada Dia

Saturday, February 16, 2008

Semoga Berkekalan Ke Hujung Nyawa


a


Kad Kawen Zura dan Alangz

Ini gambar kali pertama Alangz dan zura bertentang 4 biji mata di rumah LB & Arc
walaupun kali pertama berjumpa Zura ttp Alangz telah praktis dukung budak kecik


Buat Alangz dan Zura. Selamat Pengantin Baru. Semoga kebahagiaan kekal menjadi milik kamu berdua...Amin



Friday, February 15, 2008

Tahun Baru Cina


Balik kampung....

makan nasi gulai kawah tepi bendang semua lauk yg di order habis licin.




8.2.2008 Membeli-belah di Kota Bharu

Petangnya pergi kenduri Zura..kami bertolak dr Pengkalan Chepa pukul 3.00 ptg sampai ke rumah Zura pukul 5. Saya pergi bersama-sama mak, abang dan anak buah. Lepas makan kami balik..sbb pagi esoknya anak buah ada training golf.



Itu gambar lauk-lauk yg dihidangkan..lama tak rasa lauk kenduri org kelantan. Mak saya suka gulai daging tu.
Ini pula gambar perut Alangz bersama kerisnya semasa dia masih teruna.....Kita tgk siapa yg mengandung dulu..Alangz ke Zura..... (hehehe)

Thursday, February 07, 2008

Happy Birthday Phien

Phien,

Happy Birthday to you. Semoga berbahagia dan diberkati selalu. Semoga diberi kejayaan yg lebih cemerlang di tahun2 mendatang. Ya, saya turut berbangga dgn pencapaian kamu.


Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

(Teman terulung- anuar zain)

Moga persahabatan kita yang terjalin lebih 20 thn kekal selama2nya.

Sunday, February 03, 2008

Fuad

Fuad seorang pekerja yang bermasalah. Dia selalu hilang di waktu kerja, selalu mengambil cuti sakit, tidak menyiapkan tugas yang diberikan oleh pegawai atasannya. Ada saja cerita yang tidak elok yg sering dibincangkan oleh orang sekeliling beliau. Sehingga pada satu ketika tidak ada lagi orang yang memberi kerja kepada beliau. Dia hanya datang kerja tanpa melakukan apa2 sepanjang waktu pejabat.

Fuad di mata saya. Yang saya lihat sungguh pun dia begitu, tetapi saya percaya dia masih boleh diselamatkan lagi. Begitulah azam saya, walaupun bukan mudah utk saya laksanakan memandangkan saya hanyalah staf yang baru masuk bertugas di situ. Pada saya kita sepatutnya tidak membazir tenaga kerja kerana bukan mudah untuk memberhentikan seseorg kakitangan awam.

Apa yang saya lakukan?

Selepas kursus induksi, saya memberitahu Dr. John, ketua kumpulan saya ketika itu yang saya perlukan seorang kakitangan sokongan untuk membantu saya. Saya katakan saya mahu Fuad bekerja dgn saya memandangkan tiada siapa yg mahukan dia ketika itu. Jawapan yang saya terima..adalah Fuad tak boleh diharap. Walau apa pun saya tetap mahukan dia tolong saya melakukan kerja2 makmal saya.

Sebenarnya bukan senang untuk saya mengawal beliau untuk menjalankan kerja2 yg diberi pada permulaannya. Cuma saya tidak membesarkan isu2 itu kerana saya yakin pada satu hari nanti saya boleh mempengaruhi dia utk melakukan segala tugasan yg diberi dgn baik. Apa yg saya perhatikan punca dia bermasalah di tpt kerja adalah...

  • kewangan
  • anak kecil yang sakit
  • isteri yang masih belajar (dia selalu menggunakan waktu pejabat utk menyiapkan tugasan isteri)
Bagaimana saya menangani beliau?
Untuk permulaan, saya hanya berikan kerja-kerja yang hanya perlukan beliau menunggu beberapa jam. Oleh itu di waktu lapang itu beliau boleh menyiapkan tugasan isteri beliau tanpa keluar pejabat (ini mcm galakkan dia buat kerja lain). Namun saya tetap menyatakan kepada beliau yg saya lebih suka dia membuat hal2 peribadi diluar waktu pejabat.

Setelah dia selesa..tambahkan kerja lain in between menunggu tu sedikit demi sedikit. Untuk membuatkan dia lebih cepat lakukan semua tugasan saya cadangkan dia membantu rakan sekerja, Pn. Anna yg menguruskan bahan kimia dan pelarut melabel dan menyusun agar dia familiar dgn nama dan kedudukan bhn tersebut didlm stor dan boleh mejimatkan masa mencari bhn.

Setelah semuanya berjalan lancar,saya akan cdgkan Fuad bekerja dgn pegawai lain apabila diperlukan utk mengembalikan kepercayaan pegawai2 lain terhadap beliau. Saya galakkan dia volunteer untuk kerja lebih masa apabila loji rintis beroperasi (ni utk duit lebih dia)..Lama kelamaan saya dapati kepercayaan org lain terhadap beliau telah bertambah. Termasuklah ketua unit saya ketika itu..Dr. Sally yg sebelum itu pernah berkata" You percaya ke Fuad buat kerja?" sambil kopek limau mandarin di bilik saya. Alhamdullilah..sekurang2nya kita tidak persiakan tenaga kerja yg ada.

Bukanlah semuanya smooth sepanjang dia bekerja dgn saya. Saya terpaksa memarahinya. Saya terpaksa menulis memo2 amaran. Saya juga memujinya habis-habisan di depan bos saya. Saya tahu kadangkala dia menyampah dgn saya, ttp pd waktu yg sama dia tahu dan maklumi tujuan saya. Benarkan dia menyampah dan membenci saya?

Buktinya, dia selalu menyiapkan semua perkara yg saya mahukan dgn segera walaupun beliau bukan lagi satu division dgn saya dan jika beliau tidak lakukan bukanlah satu kesalahan bg beliau.

Sunday, January 20, 2008

You Are Never Alone

Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide

You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes

Looking for a reason
to replace what is gone
Just remember, remember
That you are not alone

You are never alone
Just reach into your heart
And Allah is always there

You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone

So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last

Saturday, January 05, 2008

Selesai Sudah

Dapat juga kamu menamatkan hari-hari terakhir menjalankan praktikal bersama saya. saya harap kamu dapat manfaat dari apa yg kamu belajar( secara langsung dan tak langsung) di sini utk kamu gunakan di masa akan datang. Saya doakan moga kamu berjaya nanti.

Sebenarnya apa yang kami buat adalah satu tugas sukarela sahaja. Oleh itu kamu tak boleh mengharapkan terlalu banyak dari kami.

Tuesday, January 01, 2008

The Goodbyes of 2007

Sama seperti orang lain saya juga dibelenggu dengan pelbagai perasaan menyambut tahun 2008. Syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Gembira kerana masih dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai.Ghairah kerana sama ada yakin atau tidak perjalanan hidup adalah pengalaman yang indah.

Orang kata, hidup kita perlu ke hadapan.Namun sesekali kita harus menoleh ke belakang, memastikan apa yang berbaki dan telah ditinggalkan. Meniti hidup didunia ini, pastinya saya bersyukur kerana masih menikmati hidup seperti orang lain. Kadangkala bahagia dan pastinya juga menemui kekecewaan. Matlamat hidup, jangka panjang atau jangka pendek kadangkala menjadi dan sebahagiannya pula masih perlu direalisasikan.

Amnya, saya melalui tahun 2007 dengan baik malah lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyak perkara yang dirancang telah saya lakukan dengan jayanya. Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah berjaya meningkatkan bilangan buku yg saya baca kepada 12 buah. Semoga saya boleh tingkatkan lagi atau kekalkan bilangan ini di tahun yg akan datang.

Satu yang saya kurang puas hati, perkembangan kerjaya. Bukan saya tidak suka, pd asasnya saya telah memenuhi hampir semua kriteria yg telah ditetapkan oleh organisasi. Perasaan ini mungkin wujud disebabkan perubahan diri. Dulu, saya melihat sesuatu secara mikro. Tetapi, sekarang saya akan melihat dunia/persekitaran bersama perkaitan secara makro. Bagaimana sumbangan saya kpd persekitaran menjadi lebih penting daripada mengejar kemewahan peribadi.

Untuk menempuh tahun 2008, saya telah sekali lagi menonton filem The Ultimate Gift. Filem yg memberi semangat agar saya terus berusaha untuk mencapai apa yg saya impikan dalam karier saya.

Untuk semua, Selamat Tahun Baru 2008. Sama-sama kita berusaha menjadi manusia yg lebih baik walaupun kesempurnaan itu sesuatu yg mustahil. Semoga kita semua diberi kebahagian, rezeki yg berpanjangan serta kesihatan yg baik.

2008

Dah tahun baru....

Ke mana langkah seterusnya....