Wednesday, April 09, 2008

Saida

Antara pelajar AF musim ini yang saya ingin lihat adalah Saida. Mengapa beliau..kerana dia seorang isteri, ibu kepada 4 orang anak, kakak kepada seorang penyanyi terkenal dan 'the accidental contestant' seseorang yang AF tidak pernah ada sebelum ini.

Saya bukan mengharapkan persembahan yang terbaik atau terlalu bagus tetapi hanyalah persembahan yang memberangsangkan. Maksudnya dari minggu ke minggu beliau mampu menggunakan apa yang dipelajari di dalam akademi di pentas konsert. Secara jujurnya, dari pemerhatian dari konsert pertama hingga ke-3, beliau berjaya membuktikan ada sesuatu yang telah beliau pelajari di akademi. Dan pastinya saya mengharapkan sesuatu yang lebih bagus dari Saida untuk konsert yang akan datang.

Friday, April 04, 2008

Menjaga Hati

Entah kenapa suka lagu ni...


Masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas direlung hatiku
hujan tanpa henti seolah petanda
cinta tak disini lagi
kau tlah berpaling

Biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga setiap cinta yang telah kau beri
engkau pergi, aku takkan pergi
kau jauh, aku takkan menjauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

Masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meski ku lihat kini
kau di seberang sana

Andai akhirnya
kau tak juga kembali
aku tetap sendiri
menjaga hati

Sejujurnya diriku masih mengharapkanmu

by Yovie dan The Nuno

Thursday, March 20, 2008

Ada Apa Pada AFantasia Selain Hiburan...

Strategi bisnes yang ampuh: Saya suka strategi A*STRO (kepunyaan Anan*da K*rish*nan), yang boleh mengaut berjuta ringgit dan terus memonopoli rancangan realiti TV. Tekniknya mungkin sama dengan rancangan realiti TV yang lain tetapi strategi seperti- sensitiviti latar belakang keluarga; air mata; kelompok berfizikal minoriti yang memerlukan idol untuk memberi keyakinan diri; pandai mengaji/nasyid/bertudung berjaya diadun dengan baik sehingga ramai orang tanpa mereka sedari menaja peserta-peserta AF. Secara kalkulatifnya, kita adalah sebahagian dari perancangan strategi dan berusaha menjayakannya.

Persaingan yang sihat: Selain daripada belajar teknik menyanyi, menari dan berlakon peserta2 AF boleh menerapkan nilai persaingan secara baik. Dalam setiap konsert peserta bukan shj perlu berusaha untuk persembahan sendiri tetapi mereka juga perlu membantu peserta lain sbg penyanyi latar dan sebagainya. Seandainya tugas ini dilakukan secara berterusan dan seikhlas mungkin tidak mustahil sikap ini akan sebati dalam diri peserta.

Saturday, March 15, 2008

Marah, Dendam dan Sebuah Ingatan..

Marah adalah satu perasaan yang terhasil dari penolakkan kita terhadap sesuatu perkara atau peristiwa. Perasaan ini boleh dizahirkan dalam pelbagai bentuk contohnya makian kepada individu yg menjadi punca kemarahan kita, pandangan mata yg tajam, cebikan, memulaukan/tidak mempedulikankan individu terbabit, cenderung menyakiti individu yg terbabit dgn pelbagai cara. Namun kadangkala sifat marah ini tidak bertahan lama. Ianya boleh terhakis oleh masa, penerimaan setelah kita memahami situasi, ujudnya sifat kasih sayang, malah kemarahan ini akan terhapus apabila ketenangan mengetuk pintu hati kita. Kita akan berlembut semula dan terfikir, amarah itu bukan perkara yg sepatutnya.

Dendam pula adalah perasaan marah yang berpanjangan. Penerimaan kita pada sesuatu perkara itu telah kita tolak sama sekali dan sering bersarang dalam jiwa kita. Biar bertahun berlalu, kita masih mengingati orang yang kita dendami. Ada yang bertindak melampau untuk membalas dendam agar individu yg di dendami mendapat balasan yang setimpal. Tidak kurang juga ada individu yang mendendami seseorang cukup sekadar dihatinya, tidak bertindak apa-apa namun nekad dalam hatinya, engkau sudah mati dalam hatiku. Sampai mati pun, aku tidak akan memaafkan kamu.

Sebuah Ingatan? Saya keliru tentang ini. Saya pernah merasai marah. Pernah merasai dendam. Ada beberapa perkara, saya sudah tidak mendendaminya lagi, sudah saya maafkan namun ianya tetap segar dalam sebuah ingatan. Jika perkara itu membuat saya terkilan saya sudah tidak marah namun tetap terkilan sehingga masih mampu menitiskan airmata jika ianya terlintas difikiran. Kenapa memaafkan? Kerana orang yang kita marahkan itu adalah individu yang kita sayang contohnya keluarga kita, sahabat kita. Atas dasar rasa sayang kita buangkan rasa marah dan kita basuh dgn kemaafan.

Lalu mengapa harus ada lagi sebuah ingatan yg menyakitkan sehingga mampu menitis airmata, masih mampu berombak dada kita menahan perit dihati, masih sayu dihati, masih kuat rasa terkilan. Mengapa? bukankah kita sudah memaafkan? Tidak ikhlaskah kemaafan yang sudah kita berikan. Ianya sudah tidak kita dendami, maknanya kita sudah benar2 memaafkan tp mengapa harus ada rasa terkilan yg cukup kuat di dalam hati kita pada sesuatu perkara....Hakikatnya...sukar memadamkan sebuah ingatan pada perkara yang menyakitkan dari orang yang kita kasih berbanfing orang biasa.

Thursday, February 21, 2008

Lena

Sebelum mata ini terlelap
aku terkebil-kebil membawa fikiran ke dunia lain
merenung hari-hari yg berlalu
cuba mencari apa kurangnya, apa lebihnya, apa salahnya
apa kesannya gerak langkah ku pada dunia

Berkecamuk
yg ada cuma keluhan, kerisauan, ngomelan
itulah aku kini...


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Muhasabahlah sebelum terlena
Jgn dinanti hari berganti,
takut waktu kejar berlari

Maafkan mereka
maafkan dirimu
dan minta maaf pada Dia

Saturday, February 16, 2008

Semoga Berkekalan Ke Hujung Nyawa


a


Kad Kawen Zura dan Alangz

Ini gambar kali pertama Alangz dan zura bertentang 4 biji mata di rumah LB & Arc
walaupun kali pertama berjumpa Zura ttp Alangz telah praktis dukung budak kecik


Buat Alangz dan Zura. Selamat Pengantin Baru. Semoga kebahagiaan kekal menjadi milik kamu berdua...Amin



Friday, February 15, 2008

Tahun Baru Cina


Balik kampung....

makan nasi gulai kawah tepi bendang semua lauk yg di order habis licin.




8.2.2008 Membeli-belah di Kota Bharu

Petangnya pergi kenduri Zura..kami bertolak dr Pengkalan Chepa pukul 3.00 ptg sampai ke rumah Zura pukul 5. Saya pergi bersama-sama mak, abang dan anak buah. Lepas makan kami balik..sbb pagi esoknya anak buah ada training golf.



Itu gambar lauk-lauk yg dihidangkan..lama tak rasa lauk kenduri org kelantan. Mak saya suka gulai daging tu.
Ini pula gambar perut Alangz bersama kerisnya semasa dia masih teruna.....Kita tgk siapa yg mengandung dulu..Alangz ke Zura..... (hehehe)

Thursday, February 07, 2008

Happy Birthday Phien

Phien,

Happy Birthday to you. Semoga berbahagia dan diberkati selalu. Semoga diberi kejayaan yg lebih cemerlang di tahun2 mendatang. Ya, saya turut berbangga dgn pencapaian kamu.


Melangkah kita menjejak mimpi
Bahagia berdiri dengan mu disisi
Harapan kita meniti hari
Sentiasa seiring

Paling agung teman terulung
Tenunan emas sayap hidupku
Tak inginku undur bertamu
Bertakhta teguh
Ke akhir waktu

(Teman terulung- anuar zain)

Moga persahabatan kita yang terjalin lebih 20 thn kekal selama2nya.

Sunday, February 03, 2008

Fuad

Fuad seorang pekerja yang bermasalah. Dia selalu hilang di waktu kerja, selalu mengambil cuti sakit, tidak menyiapkan tugas yang diberikan oleh pegawai atasannya. Ada saja cerita yang tidak elok yg sering dibincangkan oleh orang sekeliling beliau. Sehingga pada satu ketika tidak ada lagi orang yang memberi kerja kepada beliau. Dia hanya datang kerja tanpa melakukan apa2 sepanjang waktu pejabat.

Fuad di mata saya. Yang saya lihat sungguh pun dia begitu, tetapi saya percaya dia masih boleh diselamatkan lagi. Begitulah azam saya, walaupun bukan mudah utk saya laksanakan memandangkan saya hanyalah staf yang baru masuk bertugas di situ. Pada saya kita sepatutnya tidak membazir tenaga kerja kerana bukan mudah untuk memberhentikan seseorg kakitangan awam.

Apa yang saya lakukan?

Selepas kursus induksi, saya memberitahu Dr. John, ketua kumpulan saya ketika itu yang saya perlukan seorang kakitangan sokongan untuk membantu saya. Saya katakan saya mahu Fuad bekerja dgn saya memandangkan tiada siapa yg mahukan dia ketika itu. Jawapan yang saya terima..adalah Fuad tak boleh diharap. Walau apa pun saya tetap mahukan dia tolong saya melakukan kerja2 makmal saya.

Sebenarnya bukan senang untuk saya mengawal beliau untuk menjalankan kerja2 yg diberi pada permulaannya. Cuma saya tidak membesarkan isu2 itu kerana saya yakin pada satu hari nanti saya boleh mempengaruhi dia utk melakukan segala tugasan yg diberi dgn baik. Apa yg saya perhatikan punca dia bermasalah di tpt kerja adalah...

  • kewangan
  • anak kecil yang sakit
  • isteri yang masih belajar (dia selalu menggunakan waktu pejabat utk menyiapkan tugasan isteri)
Bagaimana saya menangani beliau?
Untuk permulaan, saya hanya berikan kerja-kerja yang hanya perlukan beliau menunggu beberapa jam. Oleh itu di waktu lapang itu beliau boleh menyiapkan tugasan isteri beliau tanpa keluar pejabat (ini mcm galakkan dia buat kerja lain). Namun saya tetap menyatakan kepada beliau yg saya lebih suka dia membuat hal2 peribadi diluar waktu pejabat.

Setelah dia selesa..tambahkan kerja lain in between menunggu tu sedikit demi sedikit. Untuk membuatkan dia lebih cepat lakukan semua tugasan saya cadangkan dia membantu rakan sekerja, Pn. Anna yg menguruskan bahan kimia dan pelarut melabel dan menyusun agar dia familiar dgn nama dan kedudukan bhn tersebut didlm stor dan boleh mejimatkan masa mencari bhn.

Setelah semuanya berjalan lancar,saya akan cdgkan Fuad bekerja dgn pegawai lain apabila diperlukan utk mengembalikan kepercayaan pegawai2 lain terhadap beliau. Saya galakkan dia volunteer untuk kerja lebih masa apabila loji rintis beroperasi (ni utk duit lebih dia)..Lama kelamaan saya dapati kepercayaan org lain terhadap beliau telah bertambah. Termasuklah ketua unit saya ketika itu..Dr. Sally yg sebelum itu pernah berkata" You percaya ke Fuad buat kerja?" sambil kopek limau mandarin di bilik saya. Alhamdullilah..sekurang2nya kita tidak persiakan tenaga kerja yg ada.

Bukanlah semuanya smooth sepanjang dia bekerja dgn saya. Saya terpaksa memarahinya. Saya terpaksa menulis memo2 amaran. Saya juga memujinya habis-habisan di depan bos saya. Saya tahu kadangkala dia menyampah dgn saya, ttp pd waktu yg sama dia tahu dan maklumi tujuan saya. Benarkan dia menyampah dan membenci saya?

Buktinya, dia selalu menyiapkan semua perkara yg saya mahukan dgn segera walaupun beliau bukan lagi satu division dgn saya dan jika beliau tidak lakukan bukanlah satu kesalahan bg beliau.

Sunday, January 20, 2008

You Are Never Alone

Sometimes, when the world's not on your side
You don't know where to run to
You don't know where to hide

You gaze, at the stars in the sky
At the mountains so high
Through the tears in your eyes

Looking for a reason
to replace what is gone
Just remember, remember
That you are not alone

You are never alone
Just reach into your heart
And Allah is always there

You are never alone
Through sorrow and through grief
Through happiness and peace
You are never alone

So now as you long for your past
Prepare for your future
But knowing nothings going to last

Saturday, January 05, 2008

Selesai Sudah

Dapat juga kamu menamatkan hari-hari terakhir menjalankan praktikal bersama saya. saya harap kamu dapat manfaat dari apa yg kamu belajar( secara langsung dan tak langsung) di sini utk kamu gunakan di masa akan datang. Saya doakan moga kamu berjaya nanti.

Sebenarnya apa yang kami buat adalah satu tugas sukarela sahaja. Oleh itu kamu tak boleh mengharapkan terlalu banyak dari kami.

Tuesday, January 01, 2008

The Goodbyes of 2007

Sama seperti orang lain saya juga dibelenggu dengan pelbagai perasaan menyambut tahun 2008. Syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan. Gembira kerana masih dapat melakukan aktiviti-aktiviti yang disukai.Ghairah kerana sama ada yakin atau tidak perjalanan hidup adalah pengalaman yang indah.

Orang kata, hidup kita perlu ke hadapan.Namun sesekali kita harus menoleh ke belakang, memastikan apa yang berbaki dan telah ditinggalkan. Meniti hidup didunia ini, pastinya saya bersyukur kerana masih menikmati hidup seperti orang lain. Kadangkala bahagia dan pastinya juga menemui kekecewaan. Matlamat hidup, jangka panjang atau jangka pendek kadangkala menjadi dan sebahagiannya pula masih perlu direalisasikan.

Amnya, saya melalui tahun 2007 dengan baik malah lebih baik dari tahun sebelumnya. Banyak perkara yang dirancang telah saya lakukan dengan jayanya. Alhamdulillah, pada tahun ini saya telah berjaya meningkatkan bilangan buku yg saya baca kepada 12 buah. Semoga saya boleh tingkatkan lagi atau kekalkan bilangan ini di tahun yg akan datang.

Satu yang saya kurang puas hati, perkembangan kerjaya. Bukan saya tidak suka, pd asasnya saya telah memenuhi hampir semua kriteria yg telah ditetapkan oleh organisasi. Perasaan ini mungkin wujud disebabkan perubahan diri. Dulu, saya melihat sesuatu secara mikro. Tetapi, sekarang saya akan melihat dunia/persekitaran bersama perkaitan secara makro. Bagaimana sumbangan saya kpd persekitaran menjadi lebih penting daripada mengejar kemewahan peribadi.

Untuk menempuh tahun 2008, saya telah sekali lagi menonton filem The Ultimate Gift. Filem yg memberi semangat agar saya terus berusaha untuk mencapai apa yg saya impikan dalam karier saya.

Untuk semua, Selamat Tahun Baru 2008. Sama-sama kita berusaha menjadi manusia yg lebih baik walaupun kesempurnaan itu sesuatu yg mustahil. Semoga kita semua diberi kebahagian, rezeki yg berpanjangan serta kesihatan yg baik.

2008

Dah tahun baru....

Ke mana langkah seterusnya....

Sunday, November 18, 2007

Untuk Awak

Awak tahu tak saya bukannya benci awak. SAYANG. Kalau saya kutuk/menulis sesuka hati pun, itu sekadar diluaran shj. Awak tahulah saya ni memang terlebih manja. Saya suka buat awak melenting dan tak tentu arah. Tapi saya yakin dalam marah itu awak tetap mengambil kira kutukan/tulisan saya jika ia munasabah.

Sejak kebelakangan ini makin byk komen yang tak menyenangkan tentang awak, membuatkan saya sikit rasa sedih dan tertanya2..kenapa. Saya nak jumpa awak pun susah sekarang..saya tak nak timbulkan syak wasangka teman baru saya. Lagipun saya nampak awak sibuk. Utk pengetahuan awak, teman baru saya tak suka saya mendekati awak lagi.

Walaupun saya tak boleh mendekati awak buat masa ini..tp awak sedar tak apa yang saya lakukan selama ini adalah memberi kelebihan kepada awak dan juga tak merugikan saya. Banyak pengalaman baru yang saya dapat bila bersama teman baru ini.

..Saya doakan semoga segalanya dipermudahkan utk awak...Jgn mengalah sebelum berjuang awak masih ada masa...

Thursday, September 06, 2007

Ramadhan-Maafkan Saya

Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin. Bulan ini juga dikaitkan dengan bulan di mana doa dimakbulkan terutamanya pada malam Lailatul Qadar tetapi salah satu sebab doa tersasar adalah kerana hubungan sesama manusia seperti silaturahim. Oleh itu saya rasakan bermaaf-maafan sebelum tibanya Ramadhan adalah sesuatu yang perlu. Sempena ketibaan Ramadhan ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan dan sesiapa saja yang mungkin tersingung dengan tulisan, percakapan, cara penulisan dan cara percakapan selama ini yang dilakukan dgn tidak sengaja mahu pun sengaja Semoga Ramadhan kalian akan mendapat keredhaan Allah......Amiiin

SELAMAT BERPUASA ......

Gemilang

A juga dikenali malah ideanya juga dipandang walaupun tidak aktif dalam hal-hal yang bersifat popular.

atau

B yang kerap dilihat dan kedengaran di sana sini, namun kehadiranya kurang berkesan, pendek jangka hayat hasil kerja atau kurang didengar pendapatnya...


Yang mana lebih gemilang agaknya??????

Singapura Diserang Todak

Pada suatu ketika dahulu Singapura telah diserang todak. Secara tiba-tiba, beratus-ratus ikan todak melompat ke arah pantai Singapura dan menikam ramai rakyat Singapura yang sedang berada di tepi pantai. Ramai rakyat Singapura mati terkena tikaman todak.

Raja Singapura amat terperanjat dengan berita serangan todak ini. Baginda pun pergi ke pantai untuk melihat sendiri malapetaka yang telah menimpa negerinya. Baginda berasa sedih melihat ramai rakyatnya dibunuh ikan todak. Bagi mengatasi masalah ini, baginda memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di sepanjang pantai. Malangnya, lebih ramai rakyat yang mati apabila terus diserang ikan todak.

Seorang budak yang bijak bernama Hang Nadim telah menyaksikan serangan kejam ikan todak ini. Hang Nadim mempunyai satu akal untuk melawan serangan ikan todak. Tanpa berlengah, Hang Nadim pergi mengadap Raja Singapura.

"Tuanku, patik rasa jika kita terus menyuruh rakyat menggunakan betis mereka untuk mengelak serangan ikan todak, lebih ramai rakyat yang akan mati," sembah Hang Nadim.

"Adakah kamu mempunyai cadangan yang lebih baik?" tanya Raja Singapura.

"Patik rasa adalah lebih baik jika kita menggunakan batang pisang utk melawan serangan todak," tambah Hang Nadim

"Batang pisang?Bagaimana?", tanya Raja dgn penuh hairan

"Kita boleh menggunakan batang pisang sebagai kubu sepanjang pantai. Apabila ikan todak menyerang, jongor todak akan terlekat pada batang pisang. Apabila ikan todak ini sudah terlekat, rakyat sekalian boleh menetaknya sehingga mati," tambah Hang Nadim.

Apabila kata-kata Hang Nadim didengar oleh Raja Singapura, baginda sedar akan kebenarannya. Tanpa berlengah, baginda memerintahkan rakyatnya agar menggunakan batang pisang untuk dijadikan kubu. Nescaya, buah fikiran Hang Nadim itu berjaya. Ikan todak berjaya ditewaskan dan Singapura akhirnya terselamat.

Raja Singapura berasa sungguh gembira dan menghadiahkan Hang Nadim dengan sebuah hadiah yg sungguh istimewa. Baginda bersyukur kerana negeri Singapura dikurniakan dengan seorang budak yang sungguh bijak.

Malangnya, para pembesar negeri sangat iri hati dan dengki dengan kebijaksanaan Hang Nadim. Mereka khuatir Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat Raja.

"Budak ini masih kecil tetapi sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Patik yakin Raja akan mengambilnya sebagai penasihat baginda," kata Perdana Menteri kepada para pembesar negeri lain.

"Hang nadim mesti dibunuh! Patik akan memujuk Raja untuk membunuhnya," tambah Perdana Menteri dengan marahnya.

Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Raja agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Raja agar membunuh Hang Nadim yang cerdik itu kerana takut apabila besar dia akan menjadi lebih cerdik. Mereka terus menyakinkan Raja jika Hang Nadim menjadi lebih pintar dpd Raja, nescaya mahkota Raja Singapura akan cuba dirampasnya.

Setelah mendengar hasutan para pembesar negerinya, Raja Singapura pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Nadim. Hang Nadim diikat dengan rantai besi lalu dibuang ke laut. Ramai rakyat Singapura berasa sungguh sedih dengan kematian Hang Nadim yg telah menyelamat Singapura dari serangan todak.


  • Jgn mudah rasa iri hati mungkin apa yg budak kecil itu lakukan hanyalah kerana beliau sayangkan negara serta raja dan rakyat.
  • Tak semestinya orang yang telah lama kita kenal itu lebih jujur dengan kita..oleh itu jgn terlalu terburu-buru dlm mempekatakan sesuatu

Saturday, September 01, 2007

......

Ya Allah, jika ia adalah dugaan kepada diriku, aku mohon keampunanMu Ya Allah.

Wednesday, August 29, 2007

Bagaimana Caranya..

Ada bayanganmu di mataku
Bagaimana caranya
Ku ingin jumpa dengan kamu
Bagaimana caranya...

Aku yakin diantara kita
Masih ada rasa yang membara
Bagaimana caranya
Ku ingin juga kau mengerti

Haruskah ku titiskan airmata di pipi
Haruskah ku curahkan segala isi hati
Bagaimana caranya

Kita lupakan cerita kelabu
Kita susun langkah baru ke arah tuju...

Sunday, July 29, 2007

Gemuruh

(i)
Gemuruh dijiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang yang bekerlipan
menyerlah jauh dari yang biasa

(ii)
percakapan di kafetaria baru-baru ini

Dia: ................
Saya: Oooo...Dia OK je..rajin ..tp kalau kata produktif sama aje dgn staf melayu yg lain cuma mungkin dia tu lebih pandai speaking. Kalau compare head-to-head dgn Tuan NM..saya rasa mrk sama aje.

Dia: bla..bla..bla....

Saya: kalau saya.....bla..bla...sbb org melayu or muslim boleh doa kitakan

Saya: tp..nak ckp pun tak guna..out of our control...within my control:..plan, execute and pray.....


Semoga kita dapat membebaskan diri kita drp pergantungan terhadap makhluk

(iii)

Apabila kita perlu membuat kerja, kita perlukan kelengkapan yang cukup. Contohnya.. penyelidik memerlukan maklumat serta data terdahulu sebelum mencadangkan sesuatu tajuk penyelidikan, mereka memerlukan pelbagai kemudahan untuk memperolehi maklumat tersebut dan seterusnya.

Namun tak kira samada di sektor awam mahupun swasta, dalam atau luar negara kemudahan di rumah adalah lebih baik berbanding kemudahan dipejabat. Dipejabat itu tak ada, ini tak ada. Website tu kena ban, ini kena sekat. Kalau di rumah semua ada, laju pulak tuh. Oleh itu apabila saya ingin lakukan pekerjaan sedemikian, saya perlu pulang ke rumah untuk melakukan dan menyiapkannya....

Leceh betul?????