Sunday, December 31, 2006

Kalau Semuanya Bermula Dari Hati

maka...
- Setiap permusuhan/perselisihan dapat dimaafkan dgn ketulusan
- Setiap kesulitan dapat di atasi dgn ketekunan
- Setiap dugaan dapat di lalui dgn kesabaran
- Setiap musuh dapat dikalahkan dgn cinta
- Setiap penyakit dapat diubati dgn kasih sayang

Oleh itu bicaralah dgn hati, maka ia akan sampai ke hati penerima pula. Kejayaan bukan semata2 bergantung kepada ketegaran otot mahupun pintarnya otak kita. Namun ia juga bergantung kpd hati kita dalam menjalankan sesuatu

Tuesday, December 19, 2006

Kemaafan Dendam Terindah


I was hurt

I had a choice

To forgive or not to forgive

I decided that I would like to forgive

But then I could not forget

During quiet moments thoughts of the incident hounded me.

This was not good towards my desire to heal my wounds.

I think I have not forgiven the person in reality, though I do care for the person dearly.

I decided to internalize to find answers within me and end this unsettled emotions and wish to get on.

Monday, December 18, 2006

Nikmat Sebuah Pengorbanan

Telah 2 bulan musim hujan berlalu.Pepohon tampak menghijau dari jauh, saujana mata memandang. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

Apa khabar daun hijau, katanya

Tersentak daun hijau menoleh kearah suara yang datang.

"Oh, kamu ulat. Badan mu kelihatan begitu kurus dan lemah sekali, mengapa? tanya daun hijau.
"Sudah aku mencari-cari dedaun hijau sebagai makananku hari ini tetapi hampa. Adakah engkau sudi untuk membantu?" tanya ulat

"Tentu sekali. Datanglah lebih dekat
,"
ujar si daun sambil di dalam hatinya berkata: "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini utk makanan si ulat, aku akan tetap hijau cuma, badanku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi, tidak mengapalah."

Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang rela menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun ia berasa sungguh puas hati dan gembira kerana dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar. Tidak lama berselang, ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ketanah, disapu orang lalu dibakar.

Moral ceritanya:..apa yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja sesama kita? Bukankah dunia ini fana. Pada akhirnya, semua yang ada akan mati jua. Berkorban kesenangan dan kepentingan diri sendiri demi orang lain sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi indah. Ketika berkorban, diri kita sendiri menjadi daun hijau yg berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi kehidupan kita kerana kita tetap akan menghijau.

Bagi daun hijau, berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat rakan-rakan penghuni alamnya yang lain tersenyum riang kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukan kerana menyedari tidak akan selamanya hidup sebagai daun hijau. Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabya, isilah hidup ini dgn hal-hal yg murni baik tutur kata mahupun perbuatan kita. Berkasih sayanglah!Jadikan pengorbanan itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa nikmat serta kepuasan peribadi yg tersendiri.

Berkorban dapat dilaksanakan dlm byk situasi-orang tua kpd anak2, sesama adik beradik, dari sahabat untuk sahabat, jiran tetangga, yang kaya membantu yg miskin, mendahulukan kepentingan bangsa dan agama, ataupun paling tidak pengorbanan sesama insan yang tidak saling mengenali atas dasar perikemanusiaan.

Sunday, December 17, 2006

#####

Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi. Cinta membawa penderitaan tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta, disitu ada kehidupan manakala kebencian membawa kepada kemusnahan.

Mahatma Ghandi

Wednesday, December 13, 2006

Antara Penyebab Tekanan Kulit

  • Tekanan emosi-Kajian klinikal Estee Lauder menunjukkan wanita yang hidup berkeluarga memiliki kulit yang lebih cantik berbanding wanita yang berkahwin tetapi tidak bahagia
  • Tekanan alam sekitar-Kajian University of Birmingham, United Kingdom dan National Cheng Kung University, Taiwan, mendapati wanita bekerja di tol lebuh raya mempunyai kerosakan kulit lebih tinggi berbanding wanita bekerja di dalam pejabat.
  • Tekanan kerja-Bekerja keras mendatangkan pendapatan lumayan, tetapi kemungkinan besar mengakibatkan kerosakan kulit. Kajian oleh Institute of Industrial Ecological Sciences, University of Occupational and Environmental Health di Jepun mendapati individu yang melakukan byk kerja berbanding sebaliknya, memiliki kulit yg kurang elok.

Tuesday, December 12, 2006

Monday, December 11, 2006

Keyakinan Diri Buat Umur Lebih Panjang


Para pelakon yang berjaya memenangi anugerah dikatakan mempunyai jangka hayat tiga tahun lebih lama daripada mereka yang dicalonkan sahaja. Fakta yang dikeluarkan oleh saintis untuk membuktikan bahawa keyakinan diri merangsang sistem imun tubuh dan melindungi anda radipada pelbagai penyakit. Menurut pakar psikologi Britain, Ingrid J. Collins, perasaan dihargai di tempat kerja juga membantu memanjangkan umur anda kepada beberapa tahun. Anda disarankan untuk bergaul dengan teman-teman sekerja yang menghargai dan membuatkan anda rasa bangga dengan diri sendiri.


...kalau ini benar maka kita perlulah merasakan diri kita dihargai ditempat kerja...

Tuesday, November 28, 2006

Jadikan Diri Kita Seperti Kereta Yang Berinjin

Menilai minat, kebolehan dan potensi diri adalah penting kerana setiap manusia telah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi ini. bila disebut khalifah, ini bermakna setiap diri manusia itu harus memanfaatkan dirinya sebaik mungkin semasa di beri peluang untuk berada di dunia ini. Peluang ini hanya sekali dan manusia di tuntut untuk cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Melalui tingkah laku dan kecemerlangannya di dunia, maka dia akan melangkah ke alam akhirat dengan kecemerlangan. Kecemerlangan harus di nilai dari kacamata islam.

Kecemerlangan seseorang di dalam sesuatu bidang harus bermula dari pemilihan kerjaya itu sendiri. Setiap individu seharusnya melakukan muhasabah diri dari masa ke semasa utk mencari kecenderungan yang ada dalam dirinya dan kebolehan yang ada. Ada yang menemui minatnya semasa dibangku sekolah lagi, ada yg bertahun2 bekerja baru menemui minat dan potensi sebenar yg ada pada dirinya. ada juga yg sampai mati tidak pernah menanyakan dirinya soal potensi diri dan manfaatnya.

Semasa dibangku sekolah lagi sehinggalah ke peringkat universiti, seseorang itu boleh menilai minat dan kelebihan yang ada pada diri berbanding kelebihan yg ada pada orang lain. Tidak semua org boleh jadi tukang masa yang cemerlang dan tidak semua orang boleh jadi cikgu yg cemerlang.

Di negara kita seseorang individu itu jarang sekali bertanya dirinya tentang hal ini atau meluangkan masa utk menilai potensi diri mereka. Kebanyakannya lebih suka mengikut arus atau bergantung kpd ibubapa dan mengikut kawan-kawan bila memilih jurusan dan kerjaya. Kebanyakannya lebih mementingkan faedah jangka pendek seperti gaji permulaan yang tinggi dan pangkat. setelah mereka bekerja, jarang sekali mereka bertanya adakah kerjaya ini yg mahu mereka teruskan buat slama-lamanya dan adakah kerjaya ini menggunakan potensi diri dan kebolehan mereka sepenuhnya. Majoriti (esp. org melayu) lebih suka mengikut arus dan terus di bawa arus.

Di dalam masyarakat kita yg berlaku sindrom 'teh tarik', dimana kita cenderung meniru apa yang dilakukan oleh orang lain tanpa apa2 pembaharuan. Bila nampak orang berjaya berniaga teh tarik, maka timbul keinginan utk membuka gerai disebelah utk menjual teh tarik tanpa menilai kesesuaian dirinya dan adakah perlu sebuah lagi gerai teh tarik disitu. Ini kerana perkara yg pertama dilihat ialah duit, bukan potensi diri. Jika potensi diri dilihat terlebih dahulu. Maka setelah digilap dan diusaha potensi diri secara bersungguh-sungguh dengan penuh minat, maka duit akan datang dengan sendirinya tanpa disedari dan ianya lebih banyak dan lebih berjaya dari orang yg membuat sesuatu kerana nampak duitnya dahulu.

Ibarat kereta yang tidak mempunyai engin. Seperti kereta kuda dan kereta lembu atau kereta rosak, ia perlu sentiasa ditarik ole sesuatu, bila ia ditarik ia bergerak seketika. Akhirnya ia akan berhenti jika tidak terus ditarik. Namun ia amat berbeza dgn kereta berengin. Ia mampu bergerak dengan sendirinya, mempunyai kekuatan enginnya sendiri. Ia mampu menaiki bukit yang tinggi, menukar gear bila perlu, menekan brek bila menurun bukit dan bila ingin berhenti. Ia tidak memerlukan sesuatu dari luar untuk menggerakkannya, kekuatannya datang dari dlm kereta itu sendiri.

Begitu juga bila manusia itu melakukan sesuatu yang ia cenderung dan berkebolehan, maka ia akan bergerak dengan sendirinya, tidak perlu disuruh dan tidak perlu digerakkan. Berbeza sekali bila seseorang itu melakukan sesuatu yang bukan datang dari kecenderungannya, dia perlu selalu digerakkan. Jika dia makan gaji, dia perlu selalu dipantau dan disuruh oleh bosnya utk melakukan sesuatu, jika bos tiada, mungkin dia malakukan kerja ala kadar. jika berniaga, mungkin perniagaannya tidak bergerak kemana dan setakat cukup makan

Mungkin itulah puncanya ramai kontraktor melayu contohnya gagal kerana mrk sebenarnya tidak berminat tentang bidang pembinaan, mereka hanya berminat dengan janji kekayaan bila mendapat sesuatu projek. Ramai usahawan melayu setelah gagal akan terus meminta modal yang baru dari kerajaan dan bila mendapatnya tidak juga berubah dari segi prestasi perniagaannya. Bila kurang minat, usaha pun kurang

*****Muhasabah diri tentang minat dan kebolehan dan jadilah kereta yang berengin******

Sunday, November 05, 2006

....dia masih tak bersemangat nak buat kerja..

Wednesday, November 01, 2006

Tertekan

Kerja dirasakan amat banyak sehingga dia tidak tahu yg mana perlu disiapkan dulu....tidurnya asyik terganggu atau tidur terlalu banyak. Mengikut kata doktor kalau tidur terlalu banyak itu adalah satu tanda individu itu sedang tertekan..dia mungkin rasa tertekan sebab akhir-akhir ini time management beliau tidak begitu baik...walaupun byk kerja..tp satu pun dia tak buat dengan bersungguh2..menyebabkan semua kerja tak siap.

Apa perlu dia buat dahulu pun dia seolah-olah tak tahu....sebelum ini dia tidak mcm nih...

Semoga Allah memberi kekuatan kepada dirinya

Wednesday, October 25, 2006

Bermaaf-Maafan di Hari Raya antara Keikhlasan dan Tradisi

Adakah maaf yg kita pohon itu ikhlas atau sekadar 'lip's service'?..Hanya kita yang tahu.

Saya memang skeptikal tentang keikhlasan bermaafan pada hari raya kerana pada saya kebanyakan ianya bukanlah satu ungkapan yang benar-benar datang dari hati yang ikhlas.

Contohnya..Kita bersalaman minta maaf, kita selalu sebut minta maaf ya, 0-0 OK dan satu pihak lagi akan menjawab, yelah saya pun sama..Apakah dosa kita pada orang itu akan terhapus sebab kita tak cakap pun yang kita dah maafkan orang itu masa kita bersalaman. Kalau bersalaman jarang kita tengok orang salam dgn mengenggam erat dan sebut selawat ke atas Nabi.Termasuk diri saya.

Namun bukan semua kemaafan yang diminta semasa hari raya itu tidak ikhlas..cuma peratusnya kecil sahaja. Kemaafan antara keluarga, anak-anak, kawan rapat lebih menunjukkan keikhlasan. Saya rasa saya bukan jenis yang mudah memaafkan seseorang terutamanya apabila kesilapan yang sengaja dilakukan. Oleh itu saya tidak nampak kenapa saya hanya memaafkan seseorang itu hanya disebabkan hari raya..sebab kalau nak memaafkan tak perlu tunggu hari raya. Walauapa pun ini tak sepatutnya berlaku.. Tapi kita kena ikhlas dengan perkataan kita. Apa yang dilafazkan hendaklah sama dgn perbuatan kita...terutamanya untuk seseorang yg dekat dihati kita. Tak sanggup saya membohongi dia....

Aidil Fitri dan Nilainya

Setiap kali kedatangan aidil fitri, membuatkan saya terkenang masa lalu-saat usia masih hijau, waktu diri tidak kenal apa2. Hari raya adalah waktu yang paling mengembirakan, bukan kerana saya akan dapat mengumpul duit raya yg banyak bukan juga ada baju raya yang banyak tetapi kerana inilah waktu untuk menjamah makanan enak-enak.

Maklumlah..lebih 20 tahun lalu, jika hendak merasa juadah enak, kita hanya dapat menikmatinya pada hari raya. Jika pada hari-hari biasa jarang/tidak pernah dapat merasa itu semua kerana kehidupan ketika itu tidaklah semudah hari ini, yang serba-serbi senang didapati. Apapun saya sangat berterimakasih pada kenangan lalu kerana secebis pengalaman itu amat berharga dalam kehidupan saya yang membentuk diri saya sekarang ini.

Namun hari ini semuanya telah berubah..duit raya yg dulu hanya 10 sen atau 20 sen sahaja tapi sekarang ini nilai duit raya telah meningkat kepada minimum RM 1. Juadah yg dihidang di pagi hari raya bukan lagi juadah yang di tunggu-tunggu kerana ianya boleh didapati dgn mudah pada hari biasa. Tiada lagi rasa kesyahduan di jiwa ketika menjamah ketupat dan lemang.

Kos menyambut musim perayaan juga semakin meningkat. Apatah lagi tahun ini banyak kenaikan harga barang yang turut memberi kesan kepada kita semua. Namun perlukah kita berbelanja besar untuk menyambut raya? Adakah tidak berbelanja besar maka tidak bermakna dan tidak meriah aidil fitri kita. Saya percaya meriah itu terletak pada cara kita meraikan aidil fitri itu sendiri dgn menjadikan hari ini sebagai masa terbaik untuk memupuk silaturahim dan mengeratkan kasih sayang dikalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Rasanya cara itu lebih banyak berkatnya berbanding dgn menabur wang pada perkara yg kurang penting

Sunday, October 15, 2006

...Gembiranya Rasa DiHatiku

Gembiranya rasa dihati apabila kita dapat memenuhi impian seseorang. Saya gembira melihat beliau begitu teruja untuk masak apa yang dia inginkan 2 minggu yg lalu....sejak pagi lagi dia buat persiapan. Saya doakan semoga beliau gembira selalu dan saya akan cuba memenuhi segala kemahuannya.

Tuesday, October 10, 2006

Makna Perhubungan dalam Kehidupan

After you have finished reading it, you will know the reason it was wrote to you

Ada tiga sebab seseorang hadir dalam kehidupan kita. Mereka mungkin datang bersebab, bermusim dan selama2nya. Bila kita mengetahui apa tujuan seseorang itu hadir dalam kehidupan kita maka senanglah kita mengendalikannya.

Apabila seseorang yang hadir kerana tujuan tertentu..Biasanya orang ini akan memenuhi keperluan yg kita tonjolkan. Mereka mungkin hadir utuk membantu kita melalui segala kesukaran hidup, memberi tunjuk ajar atau sokongan serta memberi bantuan dari segi fizikal, emosional serta spiritual. Mereka dilihat sebagai utusan Tuhan untuk membantu kita. Dan tanpa sebarang kesilapan atau pada waktu yg kurang sesuai orang ini mengatakan/membuat sesuatu yg menyebabkan hubungan terjejas/terputus. Kadang2 mungkin mrk meninggal dunia ataupun pergi begitu saja. Ada juga disebabkan tindakan mereka yg memaksa kita mengambil pendirian tegas. Namun kita mesti sedar bahawa keperluan masing2 telah dipenuhi, kerja mereka telah selesai. Doa kita dimakbulkan dan sekarang masanya utk kita maju ke hadapan.

Ada orang yang hadir dalam hidup kita secara bermusim. Inilah pula masanya untuk kita berkongsi, belajar atau membesar bersama. Mereka ini memberi pengalaman gembira dan tak kurang yg kurang gembira. Mereka mungkin mengajar kita sesuatu yang kita tak pernah jangkakan sebelum ini. Mereka selalunya memberi kita kegembiraan maupun yg kurang gembira yang tak boleh ditafsirkan dengan perkataan. Believe it. It is real, but only for a season.

Hubungan sepanjang hidup memberi kita pengajaran untuk selama-lamanya. Banyak perkara yang mesti kita belajar sepanjang masa untuk membina hubungan emosional yg teguh. Tugas kita adalah menerima pelajaran yang dilalui, menyayangi orang tersebut dan mengunakan pelajaran/pengalaman yg diperolehi dalam hubungan ini utk perjalanan yg seterusnya. It is said that love is blind but friendship is clairvoyant.

Thank you for being a part of my life, whether you were a reason, a season or a lifetime.

Thursday, October 05, 2006

Mengapa?

Mengapa dirinya selalu hadir difikiran saya?

dahulu kau mencintaiku
dahulu kau menginginkanku
meskipun tak pernah ada jawabku
tak berniat kau tinggalkan aku
sekarang kau pergi menjauh
sekarang kau tinggalkan aku
di saat ku mulai mengharapkanmu
dan kumohon maafkan aku
aku menyesal telah membuatmu menangis
dan biarkan memilih yang lain
tapi jangan pernah kau dustai takdirmu
pasti itu terbaik untukmu
janganlah lagi kau mengingatiku kembali
aku bukan untukmu
meski ku memohon dan meminta hatimu
jangan pernah tinggalkan dirinya untuk diriku

Thursday, September 28, 2006

Jika Sudah Bukan Rezeki, Nasi Disuap Tertumpah Jua

.....Saya ingin menjadi insan yang redha. Saya redha bukan pada kata-kata sahaja namun saya bisa berkata-kata dengan hati yang berlapang dada.......


  • Kalau dia tak kembali sehingga lepas raya..itu sudah bukan rezeki saya
  • Walaupun telah berusaha sebaik mungkin dan saya masih tak boleh menyakinkan pihak lain menyebabkan sesuatu itu masih gagal dicapai, mungkin itu bukan yg terbaik utk saya
  • dan lagi, dan lagii......

......Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi perubahan besar terutama dalam menjadikan diri ini seorang pejuang yang mampu melawan godaan nafsu dan segala pujukan dunia sehingga melalaikan hati kepada mengingati Allah..Amin.....

Tuesday, September 26, 2006

Kini Detiknya

Bintang dilangit terindah
Melambai kau yang kesedihan
Tinggalkan saja sangkar lara
Pelangi diawan menanti kau dendangkan lagu cinta

Kini detiknya..menjelma
Kita berdua berbicara
Dan menguntumlah setiap senyummu
Bersemi mesra kemanisan janji

Sunday, September 24, 2006

Ke Mana Dia Menghilang

Semasa pulang ke rumah untuk makan tengahari Jumaat lepas saya di khabarkan oleh ibu saya bahawa dia tiada di rumah. Saya membiarkan saja kerana kebiasaannya dia akan balik juga ke rumah. Mungkin dia hanya pergi bersiar-siar di sekitar perumahan sahaja. Saya biarkan saje....


Bila petang selepas kerja saya dapati dia masih belum balik. Saya mula risau ke mana dia pergi...sambil berjalan mencari beliau dan tanya-tanyakan jiran adakah mereka nampak dia..tapi semuanya hampa belaka. Setelah malam saya masih mengharapkan dia kembali namun bayangannya pun tak nampak sehingga ke petang.

Hari ini dah masuk hari kedua dia tidak balik..kemanakah dia menghilang..Saya amat risaukan dia..adakah dia sakit sehingga tidak boleh pulang ke rumah atau dia telah di kebas oleh orang yg suka akan dia.Tetapi dia tidak mudah utk didekati oleh orang asing.

Saya amat mengharapkan dia akan kembali...ya, saya rindukan kemanjaan dan lagak dia yg selalu menghiburkan hati...

Friday, September 22, 2006

Ramadhan Datang Lagi

Kini Ramadhan datang lagi membolehkan kita menjalani ibadah puasa, rukun islam yang ketiga. Kita berpeluang sekali lagi menghayati ibadah berpuasa dan mendekatkan diri dengan Allah swt. dalam bulan yang penuh barakah ini.

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang sentiasa dinanti-nantikan kehadirannya oleh orang-orang yang beriman.

Bagi saya, nikmat Ramadhan hanya baru saya rasai beberapa tahun kebelakangan ini. Baru kini saya rasa kesyahduan bulan Ramadhan. Ianya begitu memberi kesan kepada saya dan saya benar-benar merindui suasana dibulan Ramadhan. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dengan penuh keimanan disamping mengerjakan ibadah sunat lainnya, mengharapkan sedikit pahala dan memohon Allah swt mengampunkan dosa-dosa saya yang lalu.

Dalam usia remaja saya..puasa saya hanya melengkapkan rukun islam yang ketiga sahaja dan hanya mementingkan duniawi semata-mata. Ketika masih menuntut saya hanya memikirkan untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajaran dan selepas mendapat pekerjaan pula saya lebih mementingkan materialistik dan kebendaan. Keadaan ini lama-kelamaan telah menjadi sebati dengan diri saya.

Kini, saya telah bersedia untuk meraikan kehadiran bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga Allah swt terus memberi saya hidayah dan petunjuk kepada saya. Inilah masanya untuk berusaha mengatasi segala kelemahan diri. Dengan izin Allah, saya akan mendapat kekuatan/ketabahan untuk melalui kehidupan yang berliku ini dan meninggalkan perkara mungkar selepas Ramadhan


Sempena Ramadhan yg bakal tiba, saya ingin memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap daripada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih membahagiakan dan puasa kita diterima sepenuhnya..InsyaAllah

Thursday, September 21, 2006

Tamakkah Saya....

Sekiranya.....

1) Saya terus melakukan apa yang saya lakukan sebelum ini sedangkan saya bukan sebahagian dari ahli kumpulan itu lagi.

2) Saya melakukan semua itu semata-mata untuk membawa perkara/projek itu bergerak dgn lebih cepat. Saya lakukan dgn gembira.

3) Saya tidak memberitahu secara terperinci macam mana untuk melakukan kerja itu kerana saya bimbang akan ada org yg tak sepatutnya mengambil kesempatan.

4) Saya tidak menjelaskan apa sebenarnya saya mahukan dari kerja itu.

5) Saya tidak memberitahu org lain objektif subjek itu dipilih..saya biarkan saja org yg mengambilalih kerja itu selesaikan sendiri.


Petikan dari Berita Harian Tentang Sifat Tamak

Setiap manusia mempunyai sifat baik dan sifat buruk. Bagi orang islam, sifat baik dipacu oleh keimanan, ketakwaan dan kemanusiaan manakala sifat baik yang diamalkan oleh bukan islam bersandarkan kepada nilai kemanusiaan

Sifat buruk berpunca daripada nafsu buruk, sifat kebinatangan dan ingkar perintah yang ditetapkan terhadap dirinya. Antara sifat buruk ada dalam diri manusia ialah tamak yang wujud bersama sifat buruk lain seperti angkuh, cintakan dunia, kedekut, pecah amanah dan irihati

Orang tamak sentiasa tidak berasa puas dengan apa dimiliki. Semakin banyak yang diperolehi, semakin dirasakan lapar dan dahaga menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kebaikan daripada apa yang dimiliki. Lanjutan itu, kehidupan seharian hanya ditumpukan untuk terus mendapat apa yang diingini sehingga lupa tujuan sebanar hidup didunia ini.

Orang tamak selalu rugi kerana perasaan tidak puas dengan apa yang dimiliki adalah penyakit jiwa yang boleh menyebabkan seseorang hilang kawalan hidup. Sikap tamak lahir daripada tidak bersukur dengan apa dimiliki menyebabkan org tamak tidak peduli halal dan haram serta tidak mahu dipenjarakan oleh hukum dosa pahala.