Sunday, September 24, 2006

Ke Mana Dia Menghilang

Semasa pulang ke rumah untuk makan tengahari Jumaat lepas saya di khabarkan oleh ibu saya bahawa dia tiada di rumah. Saya membiarkan saja kerana kebiasaannya dia akan balik juga ke rumah. Mungkin dia hanya pergi bersiar-siar di sekitar perumahan sahaja. Saya biarkan saje....


Bila petang selepas kerja saya dapati dia masih belum balik. Saya mula risau ke mana dia pergi...sambil berjalan mencari beliau dan tanya-tanyakan jiran adakah mereka nampak dia..tapi semuanya hampa belaka. Setelah malam saya masih mengharapkan dia kembali namun bayangannya pun tak nampak sehingga ke petang.

Hari ini dah masuk hari kedua dia tidak balik..kemanakah dia menghilang..Saya amat risaukan dia..adakah dia sakit sehingga tidak boleh pulang ke rumah atau dia telah di kebas oleh orang yg suka akan dia.Tetapi dia tidak mudah utk didekati oleh orang asing.

Saya amat mengharapkan dia akan kembali...ya, saya rindukan kemanjaan dan lagak dia yg selalu menghiburkan hati...

2 comments:

tak terungkap said...

Sabarlah royce.. saya faham perasaan royce tu sebab saya pun sukakan spesis seperti "dia".

"Dia" kepunyaan saya pernah tak balik beberapa minggu dan akhirnya balik gak rumah.

Berdoalah banyak-banyak...

Anonymous said...

haha...rasanya dia dah dikebas org...tak baik betul org yg ambil tuh..