Monday, December 18, 2006

Nikmat Sebuah Pengorbanan

Telah 2 bulan musim hujan berlalu.Pepohon tampak menghijau dari jauh, saujana mata memandang. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

Apa khabar daun hijau, katanya

Tersentak daun hijau menoleh kearah suara yang datang.

"Oh, kamu ulat. Badan mu kelihatan begitu kurus dan lemah sekali, mengapa? tanya daun hijau.
"Sudah aku mencari-cari dedaun hijau sebagai makananku hari ini tetapi hampa. Adakah engkau sudi untuk membantu?" tanya ulat

"Tentu sekali. Datanglah lebih dekat
,"
ujar si daun sambil di dalam hatinya berkata: "Jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini utk makanan si ulat, aku akan tetap hijau cuma, badanku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi, tidak mengapalah."

Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah kenyang, ulat berterima kasih kepada daun hijau yang rela menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau.

Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana sini namun ia berasa sungguh puas hati dan gembira kerana dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar. Tidak lama berselang, ketika musim panas datang, daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ketanah, disapu orang lalu dibakar.

Moral ceritanya:..apa yang terlalu bererti dalam hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja sesama kita? Bukankah dunia ini fana. Pada akhirnya, semua yang ada akan mati jua. Berkorban kesenangan dan kepentingan diri sendiri demi orang lain sememangnya bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi indah. Ketika berkorban, diri kita sendiri menjadi daun hijau yg berlubang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi kehidupan kita kerana kita tetap akan menghijau.

Bagi daun hijau, berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat rakan-rakan penghuni alamnya yang lain tersenyum riang kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukan kerana menyedari tidak akan selamanya hidup sebagai daun hijau. Suatu hari ia akan kering dan jatuh.

Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabya, isilah hidup ini dgn hal-hal yg murni baik tutur kata mahupun perbuatan kita. Berkasih sayanglah!Jadikan pengorbanan itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa nikmat serta kepuasan peribadi yg tersendiri.

Berkorban dapat dilaksanakan dlm byk situasi-orang tua kpd anak2, sesama adik beradik, dari sahabat untuk sahabat, jiran tetangga, yang kaya membantu yg miskin, mendahulukan kepentingan bangsa dan agama, ataupun paling tidak pengorbanan sesama insan yang tidak saling mengenali atas dasar perikemanusiaan.

No comments: