Friday, September 22, 2006

Ramadhan Datang Lagi

Kini Ramadhan datang lagi membolehkan kita menjalani ibadah puasa, rukun islam yang ketiga. Kita berpeluang sekali lagi menghayati ibadah berpuasa dan mendekatkan diri dengan Allah swt. dalam bulan yang penuh barakah ini.

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang sentiasa dinanti-nantikan kehadirannya oleh orang-orang yang beriman.

Bagi saya, nikmat Ramadhan hanya baru saya rasai beberapa tahun kebelakangan ini. Baru kini saya rasa kesyahduan bulan Ramadhan. Ianya begitu memberi kesan kepada saya dan saya benar-benar merindui suasana dibulan Ramadhan. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dengan penuh keimanan disamping mengerjakan ibadah sunat lainnya, mengharapkan sedikit pahala dan memohon Allah swt mengampunkan dosa-dosa saya yang lalu.

Dalam usia remaja saya..puasa saya hanya melengkapkan rukun islam yang ketiga sahaja dan hanya mementingkan duniawi semata-mata. Ketika masih menuntut saya hanya memikirkan untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajaran dan selepas mendapat pekerjaan pula saya lebih mementingkan materialistik dan kebendaan. Keadaan ini lama-kelamaan telah menjadi sebati dengan diri saya.

Kini, saya telah bersedia untuk meraikan kehadiran bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga Allah swt terus memberi saya hidayah dan petunjuk kepada saya. Inilah masanya untuk berusaha mengatasi segala kelemahan diri. Dengan izin Allah, saya akan mendapat kekuatan/ketabahan untuk melalui kehidupan yang berliku ini dan meninggalkan perkara mungkar selepas Ramadhan


Sempena Ramadhan yg bakal tiba, saya ingin memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap daripada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih membahagiakan dan puasa kita diterima sepenuhnya..InsyaAllah

No comments: