Thursday, September 28, 2006

Jika Sudah Bukan Rezeki, Nasi Disuap Tertumpah Jua

.....Saya ingin menjadi insan yang redha. Saya redha bukan pada kata-kata sahaja namun saya bisa berkata-kata dengan hati yang berlapang dada.......


  • Kalau dia tak kembali sehingga lepas raya..itu sudah bukan rezeki saya
  • Walaupun telah berusaha sebaik mungkin dan saya masih tak boleh menyakinkan pihak lain menyebabkan sesuatu itu masih gagal dicapai, mungkin itu bukan yg terbaik utk saya
  • dan lagi, dan lagii......

......Semoga kedatangan Ramadhan kali ini memberi perubahan besar terutama dalam menjadikan diri ini seorang pejuang yang mampu melawan godaan nafsu dan segala pujukan dunia sehingga melalaikan hati kepada mengingati Allah..Amin.....

Tuesday, September 26, 2006

Kini Detiknya

Bintang dilangit terindah
Melambai kau yang kesedihan
Tinggalkan saja sangkar lara
Pelangi diawan menanti kau dendangkan lagu cinta

Kini detiknya..menjelma
Kita berdua berbicara
Dan menguntumlah setiap senyummu
Bersemi mesra kemanisan janji

Sunday, September 24, 2006

Ke Mana Dia Menghilang

Semasa pulang ke rumah untuk makan tengahari Jumaat lepas saya di khabarkan oleh ibu saya bahawa dia tiada di rumah. Saya membiarkan saja kerana kebiasaannya dia akan balik juga ke rumah. Mungkin dia hanya pergi bersiar-siar di sekitar perumahan sahaja. Saya biarkan saje....


Bila petang selepas kerja saya dapati dia masih belum balik. Saya mula risau ke mana dia pergi...sambil berjalan mencari beliau dan tanya-tanyakan jiran adakah mereka nampak dia..tapi semuanya hampa belaka. Setelah malam saya masih mengharapkan dia kembali namun bayangannya pun tak nampak sehingga ke petang.

Hari ini dah masuk hari kedua dia tidak balik..kemanakah dia menghilang..Saya amat risaukan dia..adakah dia sakit sehingga tidak boleh pulang ke rumah atau dia telah di kebas oleh orang yg suka akan dia.Tetapi dia tidak mudah utk didekati oleh orang asing.

Saya amat mengharapkan dia akan kembali...ya, saya rindukan kemanjaan dan lagak dia yg selalu menghiburkan hati...

Friday, September 22, 2006

Ramadhan Datang Lagi

Kini Ramadhan datang lagi membolehkan kita menjalani ibadah puasa, rukun islam yang ketiga. Kita berpeluang sekali lagi menghayati ibadah berpuasa dan mendekatkan diri dengan Allah swt. dalam bulan yang penuh barakah ini.

Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang sentiasa dinanti-nantikan kehadirannya oleh orang-orang yang beriman.

Bagi saya, nikmat Ramadhan hanya baru saya rasai beberapa tahun kebelakangan ini. Baru kini saya rasa kesyahduan bulan Ramadhan. Ianya begitu memberi kesan kepada saya dan saya benar-benar merindui suasana dibulan Ramadhan. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya untuk menjalankan ibadah puasa dengan sempurna dengan penuh keimanan disamping mengerjakan ibadah sunat lainnya, mengharapkan sedikit pahala dan memohon Allah swt mengampunkan dosa-dosa saya yang lalu.

Dalam usia remaja saya..puasa saya hanya melengkapkan rukun islam yang ketiga sahaja dan hanya mementingkan duniawi semata-mata. Ketika masih menuntut saya hanya memikirkan untuk mendapatkan keputusan yang baik dalam pelajaran dan selepas mendapat pekerjaan pula saya lebih mementingkan materialistik dan kebendaan. Keadaan ini lama-kelamaan telah menjadi sebati dengan diri saya.

Kini, saya telah bersedia untuk meraikan kehadiran bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Semoga Allah swt terus memberi saya hidayah dan petunjuk kepada saya. Inilah masanya untuk berusaha mengatasi segala kelemahan diri. Dengan izin Allah, saya akan mendapat kekuatan/ketabahan untuk melalui kehidupan yang berliku ini dan meninggalkan perkara mungkar selepas Ramadhan


Sempena Ramadhan yg bakal tiba, saya ingin memohon ampun dan maaf diatas segala salah dan silap daripada semua. Semoga Ramadhan kali ini lebih membahagiakan dan puasa kita diterima sepenuhnya..InsyaAllah

Thursday, September 21, 2006

Tamakkah Saya....

Sekiranya.....

1) Saya terus melakukan apa yang saya lakukan sebelum ini sedangkan saya bukan sebahagian dari ahli kumpulan itu lagi.

2) Saya melakukan semua itu semata-mata untuk membawa perkara/projek itu bergerak dgn lebih cepat. Saya lakukan dgn gembira.

3) Saya tidak memberitahu secara terperinci macam mana untuk melakukan kerja itu kerana saya bimbang akan ada org yg tak sepatutnya mengambil kesempatan.

4) Saya tidak menjelaskan apa sebenarnya saya mahukan dari kerja itu.

5) Saya tidak memberitahu org lain objektif subjek itu dipilih..saya biarkan saja org yg mengambilalih kerja itu selesaikan sendiri.


Petikan dari Berita Harian Tentang Sifat Tamak

Setiap manusia mempunyai sifat baik dan sifat buruk. Bagi orang islam, sifat baik dipacu oleh keimanan, ketakwaan dan kemanusiaan manakala sifat baik yang diamalkan oleh bukan islam bersandarkan kepada nilai kemanusiaan

Sifat buruk berpunca daripada nafsu buruk, sifat kebinatangan dan ingkar perintah yang ditetapkan terhadap dirinya. Antara sifat buruk ada dalam diri manusia ialah tamak yang wujud bersama sifat buruk lain seperti angkuh, cintakan dunia, kedekut, pecah amanah dan irihati

Orang tamak sentiasa tidak berasa puas dengan apa dimiliki. Semakin banyak yang diperolehi, semakin dirasakan lapar dan dahaga menyebabkan mereka tidak dapat menikmati kebaikan daripada apa yang dimiliki. Lanjutan itu, kehidupan seharian hanya ditumpukan untuk terus mendapat apa yang diingini sehingga lupa tujuan sebanar hidup didunia ini.

Orang tamak selalu rugi kerana perasaan tidak puas dengan apa yang dimiliki adalah penyakit jiwa yang boleh menyebabkan seseorang hilang kawalan hidup. Sikap tamak lahir daripada tidak bersukur dengan apa dimiliki menyebabkan org tamak tidak peduli halal dan haram serta tidak mahu dipenjarakan oleh hukum dosa pahala.

Thursday, September 14, 2006

Strong Women Can Say No

Artikel in dapat dari e-mail yg diforwardkan

A strong woman is a woman who is straining. A strong woman is a woman standing on tiptoe and lifting a barbell while trying to sing Boris Godunov.

A strong woman is a woman at work cleaning out the chesspool of the ages, and while she shovels, she talks about how much she doesn't mind crying, it opens the ducts of the eyes, and throwing up develops the stomach muscles, and she goes on shoveling with tears in her nose.

A strong woman is a woman in whose head a voice is repeating, i told you so, ugly, bad girl, bitch, nag, shrill, whitch, ball buster, nobody will ever love you back, why aren't you feminine, why aren't you soft, why aren't you quiet, why aren't you dead?

A strong woman is a woman determined to do something others are determined not be done. She is pushing up on the bottom of a lead coffin lid. She is trying to raise a manhole cover with her head; she is trying to butt her way through a steel wall. Her head hurts. People waiting for the hole to be made say, hurry, you're so strong.

A strong woman is a woman bleeding inside. A strong woman is a woman making herself stromg every morning while her teeth loosen and her back throbs. Every baby, a tooth midwives used to say, and now every battle a scar.

A strong woman is a mass of scar tissue that aches when it rains and wounds that bleed when you bump them and memories that get up in he night and pace in boots to and fro.

A strong woman is a woman who craves love like oxygen or she turns blue choking. A strong woman is a woman who loves strongly and weeps strongly and is strongly terrified and has stromg needs.

A strong woman is strong in words, in action, in connection, in feeling. She is not strong as stone but as a wolf suckling her young. strength is not in her, but she enacts it as the wind fills a sail.

What comforts her is others loving her equally for the strength and for he weakness from which it issues, lighting from a cloud. Lightning stuns. In rain, the clouds disperse. Only water of connection remains, flowing through us. Strong is what we make each other. Until we are all srong together, a strong woman is a woman strongly afraid.

Sunday, September 03, 2006

Grab the Opportunity to be Happy


.....Sooner or later, everyone you know will disappoint you in some way. They'll say something or fail to say something that will hurt you. And they'll do somethimg or fail to do something that will anger you. It's inevitable.

Unfortunately, you make things worse when you stew over someone's words and deeds. When you dwell on a rude remark or an insensitive action made by another person, you're headed for deeper problems. In fact, the more you dwell on these things, the more bitter you'll get

You'll find your joy, peace and happiness slipping away. And you'll find your productivity slowing down as you spend more and more time thinking about the slight or telling others about it. Eventually, if you don't stop doing it, you'll even get sick...

Tuesday, August 22, 2006

Di Mana Letaknya Bahagia

Ramai orang mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan puas? Selagi mana ia berada didunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna.

Bahagia belum tentu tersimpan dirumah besar, istana mewah, kereta mewah. Bahagia sepasang suami-isteri mahupun kekasih ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada ketinggian pangkat, pada jumlah anugerah yang dimenangi atau duduk bercengkerama dengan kekasih hati. Tapi ternyata itu boleh mengganggu perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu serta sakit dihati yang susah diubati.

Oleh itu selamilah dasar hati kita,...percayalah bahawa sesungguhnya bahagia ada pada sifat redha. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah swt lebih mengetahui apa yang "sesuai" untuk kita. Sebagai manusia biasa adakalanya kita "sukar menerima" dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya terkejut dipuncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan Allah.

Cubalah memujuk diri kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah
  1. Pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah paling mahal
  2. Wujud kasih sayang antara Allah dan hambaNya. Kerana sayang melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. cthnya, seseorang yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita redha sebab sayang
Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha. Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit..pangkat tinggi melangit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tp bukan bahagia yang "diam" dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu sahaja.

Bahagia adalah redha..cukup senang dikatakan tapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Sunday, August 20, 2006

Bahaya Pujian

Terbaca artikel berkaitan pujian dibawah dalam sebuah majalah...membuatkan saya teringat kepada seseorang yang suka memberi pujian dan juga bersangka buruk tanpa usul periksa (kesian dia). manakala saya pula boleh dikategorikan agak susah memberi pujian secara langsung.. Oleh itu artikel dibawah adalah untuk peringatan diri sendiri.

Siapa yang tidak suka dipuji? Semua org suka dipuji tidak kira wanita, lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga muda.. namun hati2 kerana pujian itu ada bahayanya yang tersendiri Terdapat enam bahaya pujian-4 pada orang yang memuji dan 2 pada orang yang dipuji.

BAHAYA PADA ORANG YG MEMUJI

  1. Kemungkinan pujian pelampau yang akhirnya akan menjadi pendustaan
  2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk,memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya akan menjadi munafik
  3. Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidikinya langsung.
  4. Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku

BAHAYA PADA ORANG YANG DIPUJI

  1. Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga dengan diri sendiri
  2. Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri

"seseorang tidak boleh memuji bukan pada tempatnya, tidak boleh terlalu sering, dan tidak boleh pula terlalu sukar memberi pujian. Tetapi sepatutnya dilakukan cara bermoral, etika yang tinggi dan kejujuran terhadap nilai2 kebaikan"

Monday, August 14, 2006

Saya, Kawan dan Masa Lalu

Sebelum menulis saya membaca satu artikel tentang kawan..tentang sahabat..tentang sikap dan pelbagai lagi sehingga membawa kepada keputusan yang mungkin terbaik bagi mereka iaitu memutuskan sahabat

Saya faham bila berkawan tidak semua boleh dijadikan sahabat. Kawan boleh dikategorikan kepada berbagai jenis. ada yang berkawan dengan jujur, kawan bermusim yg mana kawan yg hadir bila dia perlukan sesuatu selepas itu mereka pergi, kawan yang oportunis, kawan yang hipokrit, kawan yang happening..tak kiralah macam mana jenis kawan yang kita ada semuanya amat berharga untuk kita kerana merekalah yang memberi kita warna-warni dalam hidup kita.

Saya terkenangkan nostalgia di A*O**TC tentang saya dan kawan saya. Pada zahirnya orang nampak kami agak rapat kerana kami selalu makan bersama. Namun pada saya beliau bukanlah kawan terbaik saya di situ. Kali pertama saya mengenali beliau adalah semasa kami sama-sama belajar di UPM kebetulan supervisor beliau dan supervisor saya berada dalam kumpulan penyelidikan yang sama.

Dua tahun kemudian kami ditakdirkan bekerja ditempat yang sama dan kami bekerja di dalam kumpulan yang sama. Ditempat kerja beliau adalah senior saya in-term of servis. Beberapa tahun kami berkawan, entah macam mana..ada sedikit salah faham..dan perselisihan demi perselisihan berlaku...(pada ketika itu saya sedang menyiapkan tesis saya). Sehinggalah beliau sanggup menuduh saya mencalar kereta baru beliau. Saya pun tidak tahu apa perasaan saya bila saya diberitahu oleh seorang kawan yang lain tentang hal ini. Yang pasti saya yakin saya tidak pernah melakukannya dan juga tidak pernah terlintas dihati/fikiran saya untuk berbuat demikian. Tuduhan demi tuduhan yang mencabar maruah diri dilemparkan kepada saya sehinggalah saya dah tak ada perasaan lagi untuk terus berkawan dengan beliau. tetapi saya tak adalah rasa nak balas dendam ke apa.

Pada tahun 2003 beliau telah diserang sejenis penyakit auto imune yang diberi nama GBS menyebabkan beliau tidak sedarkan diri. Saya pergi melawat beliau bersama seorang teman. Ya..saya memang mengharapkan beliau cepat sembuh dari penyakitnya itu. Setelah dia sedar dia ada menyatakan ..(dgn menunjukkan huruf2 di kertas krn pada waktu itu dia masih belum boleh bercakap)..ayat terakhir beliau adalah beliau harap kami boleh berkawan macam dulu. Memandangkan dia masih di ICU saya mengatakan 'YA' walaupun hati kata TIDAK....Ia merupakan sebuah lafaz yang kosong hampa.. (teruknya saya ketika itu)

Walaupun saya masih menganggap beliau sebagai kawan tapi ia tak mungkin sama seperti dulu..Sejak hari itu, saya berjanji pada diri sesungguhnya saya akan cuba untuk tidak membuat lafaz kosong lagi..kepada mana2 kawan saya.

Sunday, August 06, 2006

........


Walaupun sesuatu amalan itu telah menjadi suatu etika. Namun di kalangan kita telah ditanam dengan suatu kepercayaan, maka kitalah sendiri yang akan menerima balasan di atas kepalsuan yang kita teruskan

Sunday, July 23, 2006

I'm Sorry I Love You




Initially this drama a little bit slow but it gets tear-jerking and appealing toward the end. This is a beautiful drama beyond word. This drama revolved not only around the love of Moo Hyuk and Eun Chae, but also the love Moo Hyuk yearned so much from his mother.

16 CDs

Kebencian hanya dapat diatasi dengan rasa kasih sayang

(ii)

Ya Allah, berkatilah usia SA-Jadikan dia sebagai ketua yang baik,insan yang baik, taat kepada perintahMu dan berikan perasaan hormat-menghormati dan kasih sayang antara kami. Ya Allah permudahkan laluan kerjayanya....Amiiin


Saturday, July 22, 2006

A Moment To Remember


Cerita ini bermula dengan Kim su-Jin-seorang pereka fesyen berusia 27 tahun telah ditinggalkan oleh kekasihnya yang juga rakan sepejabat di stesen kereta api. Dalam keadaan yang kecewa, sedih dan tertekan beliau telah pergi kekedai sebaneka, dimana beliau telah terserempak dengan seorang lalaki lalu berlaku sedikit salah faham.

Ekoran daripada itu Su-jin telah pulang ke rumah meminta maaf daripada ayahnya dan membuat keputusan untuk memulakan hidup baru. Suatu hari semasa menemani bapanya yang merupakan ketua di sebuah tapak pembinaan, secara tidak sengaja dia ternampak lelaki yang pernah ditemuinya itu. Lelaki itu ialah Choi Chul-soo, penyelia disitu yang bercita-cita menjadi seorang arkitek.

Dalam cerita ini Chul-Soo ditampilkan sebagai lelaki yang kasar, kotor tetapi mempunyai ciri-ciri maskulin dan beliau amat bagus dalam kerja pertukangan.Tanpa mengambil masa yang lama mereka tidak mengambil masa yang lama untuk mula menyukai antara satu sama lain. terdapat byk kejadian menarik sepanjang perkenalan mereka sehingga ke gerbang perkahwinan.

tetapi saat yang manis itu berlalu apabila Su-Jin mendapati beliau mengidap penyakit 'Alzheimer'. Keseluruhan cerita bertukar kepada bagaimana Sun-Ji secara perlahan dan penuh kesengsaraan hilang ingatannya. Lebih menyedihkan apabila melihat Chul-Soo bimbang dan terseksa melihat isteri tersayang mula melupakannya. Penamat cerita ini menyedihkan tapi penuh dengan harapan

Monday, July 17, 2006

Membina Jambatan-satu keperluan

Ini adalah kisah dua adik-beradik yg sebelum ini hidup rukun bersama, saling tolong menolong tanpa sebarang masalah. Namun kerjasama yang akrab itu kini telah retak. Segala-galanya bermula dgn silap faham picisan yang kemidiannya bertukar menjadi perbezaan pendapat. Dan akhirnya meledak dalam bentuk kata-mengata dan tuduh-menuduh.Mereka saling berdiam diri tidak bertegur sapa.

Suatu pagi seseorang mengetuk rumah si abang. didepan pintu berdiri seorang lelaki membawa yang berisi perkakasan tukang kayu. "Maaf tuan, sebenarnya saya sedang mencari pekerjaan," kata pria itu dengan ramah."Barangkali tuan berkenan memberikan beberapa pekerjaan untuk saya selesaikan."

"Oh ya!, memang ada. Kau nampak ladang pertanian di seberang sungai sana. Itu adalah rumah tetanggaku..yg juga adikku. Minggu lalu, dia mengorek permatang dengan buldozer lalu mengalirkan airnya ketengah padang rumput itu sehingga menjadi sungai yang memisahkan tanah kami.

"Barangkali ia melakukan itu untuk mempersendakanku, tapi aku akan membalasnya lebih setimpal. Di situ ada longgokan kayu. Aku ingin kau membuat pagar yg tinggi sehingga aku tidak perlu lagi melihat rumahnya. Pokok pangkalnya, aku ingin melupakannya." Kata tukang kayu, "Saya faham. Belikan saya paku dan peralatan akan saya kerjakan sesuatu yang boleh membuat tuan berasa senang."

Kemudian si abang pun pergilah ke kota utk membeli keperluan tukang kayu tersebut. setelah menyerahkan barang-barang itu kepada tukang kayu, si abang meninggalkannya bekerja sendirian. Sepanjang hari tukang kayu bekerja keras mengukur, mengergaji dan memaku. Pada senja harinya, ketika si abang itu kembali, tukang kayu baru saja menyelesaikan pekerjaannya. Terbeliak biji matanya melihat hasil kerja tukang kayu itu. Sama sekali tidak ada pagar kayu sebagaimana yg dimintanya. Namun yg ada hanyalah sebuah jambatan yg menghubungkan ladang miliknya dengan ladang adiknya.

Jambatan itu begitu indah sekali dgn tangga bertingkat2 yg tersusun rapi. Dari seberang sana, terlihat si adik bergegas berjalan menaiki itu dgn kedua2 tangan terbuka lebar. "Abangku, kau sungguh baik hati mahu membuatkan jambatan ini. Padahal sikap dan kata-kataku menyakitkan hatimu. Maafkan aku, abang," kata si adik kpd abangnya.

Dua bersaudara itu pun bertemu ditengah2 jambatan, saling berjabat tangan dan berpelukan. Melihat itu, tukang kayu pun mengemaskan peralatan bertukangnya utk pergi.

Sunday, July 16, 2006

Trust Me

Bukan aku tak sayang lagi
Kepada dirimu
Semuanya aku lakukan
Untuk sementara waktu

Bersabarlah kasihku
Demi untuk kita nanti
Agar apa yang kita inginkan
Menjadi kenyataan

Yang aku inginkan
Perjalanan kita berakhir ceria
Semoga Tuhan memberkati

Kupasrahkan semuanya
Pada yang Esa

Tuesday, July 11, 2006

Kritikan, Mengkritik, Pengkritik

Kritikan adalah perlu untuk memajukan sesuatu negara, pemerintahan, projek serta program. terutamanya bila kritikan itu dtg dari seorang yg berpengalaman dan pernah menunjukkan kejayaan dalam bidang/perkara yang dikritik. Walau bagaimanapun, kritikan hendaklah dilakukan dalam bentuk constructive agar apa yg ingin disampaikan memberi kesan positif.

Dalam piala dunia, rancangan realiti TV ada pengkritik masing-masing samada dilantik, diupah dan sukarela. Ketepikan kisah pengkritik piala dunia dan program realiti, saya lebih berminat kepada kritikan yang dibuat bekas Perdana Menteri, Dr. M. terhadap Perdana Menteri yang dipilih oleh beliau sendiri.

Banyak juga komen yang dibuat oleh penyokong-penyokong Dr. M dulu terhadap kritikan tersebut. Rata-rata menyokong Pak Lah. (ini senario yg baik tp janganlah sekadar sokongan di mulut namun kerja tak ada..). Kepada Pak Lah diharap beliau dapat menerima kritikan Dr. M sebagai teguran dpd gurunya.

Saya berpendapat Pak Lah perlu membenarkan Dr.M suarakan pandangan beliau kerana ia merupakan satu langkah ke hadapan. Ia bukan saja menunjukkan sikap murah hati beliau tetapi juga satu permulaan baru kebebasan memberi pendapat.

Perlu di ingat Dr. M telah menyediakan 'hardware' yang mencukupi untuk mencapai wawasan 2020. Oleh itu bergantung kepada pengganti beliau untuk memastikan 'hardware' yg disediakan itu dilengkapi dengan 'software' yang bagus. Banyak cara yg boleh dilakukan untuk mencapai Wawasan tersebut. Setiap orang mempunyai cara berbeza..tetapi perlulah berpegang kepada objektif yg sama.

Tindakan Dr. M dianggap berani kerana ia tidak mungkin mampu dilakukan oleh sesiapa pun dinegara ini. Ia telah memberi senario baru terhadap makna kritikan.

Sesiapapun boleh membuat kritikan asalkan kritikan itu berasaskan perkara yang benar. Apabila mengkritik, pengkritik perlu yakin (sekurang2nya diri sendiri) yang kritikannya mampu membawa perubahan. Kita tidak mampu melawan takdir, kita tidak mampu menentukan keadaan, tetapi kita mampu mengawal dan mengeksploitasi sesuatu keadaan jika kita bertindak bersama.

Saya juga berharap agar organisasi tempat saya bekerja terus maju ke hadapan dengan new management line-up...dan bukan hanya dieksplotasi oleh golongan tertentu untuk kepentingan peribadi..dgn menjadikan CEO seperti boneka...

Kelabu

Putih lambang kasih suci
Jernih datang dari hati
Merrah semarak asmara
Hijau cemburu tandanya
Biru romantika bahagia

Ku bicara tentang kelabu
Langit ku tindak seindah ceritamu
Sejingga mega mu
Cintaku..berawan mendung selalu

Ooohh
Kelabu
Ku menyanyi suka namun hati duka
Ooohh
Kelabu
Ku menyanyi suka namun hati duka

Adibah Noor

Saturday, July 08, 2006

No One Ever Kicks a Dead Dog

Petikan dari buku ' How to Enjoy Your Life and Your Job'

.......When you are kicked and criticized remember that it is often done because it gives the kicker a feeling of importance. It often means that you are accomplishing something and are worthy of attention. Many people get a sense of savage satisfaction out of denouncing those who are better educated than they are, or more successful...If we are tempted to be worried about unjust criticism, remember that unjust criticism is often a disguised compliment. No one ever kicks a dead dog.........

dengan kata lain, jangan bersedih.......jika ada orang memperkatakan tentang sesuatu yang tidak benar tentang diri kita. Ini mengingatkan saya kepada satu peristiwa yang berlaku semasa saya di A*O*T*C dulu..dimana saya terlupa akan hakikat ini dan membiarkan diri saya 'makan hati' seketika..atas apa yang diperkatakan kepada saya. The good thing is saya dah tersedar..dan boleh proceed dgn kerja saya seadanya. Syukur Alhamdulillah.

Bak kata lirik lagu ini.....

Katalah apa saja
Yang jelik penuh dusta
Kau bebas warnai diriku
Diminda yang kelabu

Siapa diri ini
Tuhan yang memahami
Amarah dan kecewa
Hanyalah bara membakar jiwa

Saturday, July 01, 2006

Apa Yang Membuat Dia Berubah?

Berita Harian:Mawi bayangkan putus tunang
Harian Metro: Mawi mungkir janji

Setelah membaca tajuk akhbar hari ini..membuat saya tertanya apa yg menyebab dia berubah, tapi saya bukanlah ingin menulis kisah artis ini..

Betulkah kita tetap pendirian? atau mudah saja mengangguk.

Bagaimana jika betul-betul berdepan dengan masalah sebenar adakah kita masih mampu teguh?


Bercakap itu mudah tapi melaksanakan itu yang payah. ramai orang mulutnya lebih kuat bekerja daripada tangannya.Kalau bercakap memanglah dia juara, macam-macam idea dan bagus-bagus, tapi sampai pada membuktikannya dalam bentuk perbuatan, hmmm...

Lantaran mudahnya bercakap, manusia selalu beria-ia mengatakan dia tidak akan berubah walau apa pun situasinya. Sehinggalah dia benar-benar teruja oleh situasi yang mendepani, tiba-tiba segalanya berubah, jauh berbeza daripada apa yang dipertahankan dan diperkatakan selama ini.

Betulkah kita masih kita tatkala kita telah bergelar somebody,masihkah kita berpegang pada apa yang pernah kita lafazkan setelah kita miliki segalanya. Hakikatnya, manusia selalunya suci dan sempurna sewaktu dia tiada apa-apa tetapi berubah segalanya setelah dunia dibawah telapak kakinya.

"Seorang pekerja beria-ia hendak mengamuk, konon hendak membela nasib rakan-rakan sekerja. Dia mengapi-apikan rasa tidak puas hati. "Bos sudah melampau. Dia perah tenaga kita habis-habisan. Gaji yang kita terima tak setimpal dengan kerja yang kita buat!" Kata-katanya mendapat sokongan yang meluap-luap dari orang lain.

"Sekarang aku nak jumpa bos/tauke. Aku nak tuntut hak kita. Aku nak beli nasib engkau orang semua. Sokong perjuangan aku!' Semua orang bersorak dengan penuh semangat. Beberapa minit kemudian dia keluar sambil tersenyum. "Ok, kita bersurai. Perjuangan kita sia-sia. Adanya syarikat ini pun dah cukup bagus. Kita ada kerja dan dapat gaji. Cuba kalau syarikat ini tidak ada, kita semua nak kerja di mana?"

Semua orang tercenggang-cenggang melihat perubahan itu. Rupa-rupanya, dia telah dijanjikan untuk dinaikkan pangkat, belum pun dia membuka mulut untuk mempertikaikan itu ini, begitu begini sebaik sahaja dia mengadap si bos/tauke.

Bercakap itu mudah, membuktikannya pun boleh jadi mudah, tetapi kekal dengan apa yang diperkatakan mungkin sukar...

Wednesday, June 28, 2006

Penat

Aku penat
Setiap kali sama saja cerita
Tingkah sama
Reaksi serupa
Anjakan tiada


Aku penat
Cerita mungkin berakhir dibangunan sama
Ruang pun sama
Yang ku temui orang itu juga


...apa yang harus saya lakukan.....saya pun tidak tahu
PadaMu aku berserah,dengan jasad dan jiwa yang pasrah,berikan aku petunjuk dan hidayah,pedoman untuk mengorak langkah