Ramai orang mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan puas? Selagi mana ia berada didunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna.
Bahagia belum tentu tersimpan dirumah besar, istana mewah, kereta mewah. Bahagia sepasang suami-isteri mahupun kekasih ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada ketinggian pangkat, pada jumlah anugerah yang dimenangi atau duduk bercengkerama dengan kekasih hati. Tapi ternyata itu boleh mengganggu perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu serta sakit dihati yang susah diubati.
Oleh itu selamilah dasar hati kita,...percayalah bahawa sesungguhnya bahagia ada pada sifat redha. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah swt lebih mengetahui apa yang "sesuai" untuk kita. Sebagai manusia biasa adakalanya kita "sukar menerima" dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya terkejut dipuncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan Allah.
Cubalah memujuk diri kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah
Bahagia adalah redha..cukup senang dikatakan tapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

- Pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah paling mahal
- Wujud kasih sayang antara Allah dan hambaNya. Kerana sayang melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. cthnya, seseorang yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita redha sebab sayang
Bahagia adalah redha..cukup senang dikatakan tapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.
No comments:
Post a Comment