Sunday, July 13, 2008

Langkah

(i)
Saya sentiasa mengingatkan diri yang hidup perlu mempunyai misi yang ingin dicapai. Kemahuan saya dalam mencapainya sangat kuat. Tetapi kemahuan sahaja tidak cukup, ia perlu disusuli dengan tindakan. Bertindak melakukan perkara yang dapat membawa kepada pencapaian misi. Saya tahu apabila saya tidak memulakan hari ini, saya tidak akan sampai kemana-mana. Kerana setiap perkara perlu ada kali pertama.

(ii)
Tidak dapat dinafikan sebagai manusia biasa, pasang surut kemahuan dan semangat adalah perkara biasa. Apa yg saya maksudkan adalah pasang surut semangat saya. Keyakinan saya sering kali tergugat. Tergugat disebabkan diri sendiri. Atau mungkin boleh didakatan sebagai konflik, satu bahagian daripada diri saya mahu dan satu bahagian lagi tidak mahu.

(iii)
Dalam masa lima tahun ini, tanpa ketahanan sudah lama saya kecundang. Hanya kerana saya tahan sahaja, semuanya masih berjalan dengan baik. Ada kalanya bosan, letih, kecewa, seringkali terpengaruh serta berbagai lagi anasir yang mengugat daya ketahanan. Namun hasil daripada usaha yang sikit-sikit lima tahun lalu telah menampakkan hasil yang agak ketara. Sekiranya saya terpengaruh dengan kata-kata orang dulu tentu saya tidak seperti hari ini. Saya tentu masih melakukan perkara yang sama.

(iv)
Takdir di tangan Tuhan, tetapi kitalah yang mentadbir diri sendiri. Ditangan kita ada usaha dan pilihan, ditanganNya ada qada dan qadar, satukan keduanya dgn doa, mudah-mudahan akan datang hasil yg baik.

2 comments:

Anonymous said...

Ermmm.....all the Royce

Zure

Anonymous said...

wahhh bagus ni, motibasi diri gak sebenarnya
-ojij-