Jika bersedih hati
Panggillah jiwamu dengan harapan sebagai janji
Kerana kebaikan bagi jiwa adalah adanya janji
Jadikan harapanmu menjadi perisai atas serangan putus asamu
Hingga waktu-waktu akan menghapus kesedihan itu
Tutuplah dirimu terhadap orang yang sering duduk bersamamu
Kerana mereka selalu iri dan mendengki
Tidak perlu bimbang akan berlaku sesuatu
Sebab ia akan membuat orang yg hidup mati sebelum kematian itu sendiri
Kesedihan itu tidak akan kekal..
seperti juga kesenangan tidak akan kekal
Seandainya bukan kerana hal yang mempengaruhi jiwa
Pasti tidak akan ada hidup yang lurus bg orang yang terjaga...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Very pretty site! Keep working. thnx!
»
Post a Comment