Kisah seorang guru yang telah lama bersara dan hidup mewah di Kuala Lumpur. Semasa lepas keluar maktab tahun 60-an, cikgu Normah dihantar mengajar ke sebuah kampong pedalaman di utara. Perasaan Cikgu Normah sangat tertekan kerana dia dilahir serta dibesarkan di Kuala Lumpur. Dia tidak pernah terfikir akan dihantar di kawasan pedalaman yang sangat daif di mana murid-muridnya berkaki ayam, comot dan penuh Lumpur.
Selepas berpuluh tahun meninggalkan sekolah buruk itu, suatu hari Cikgu Normah menerima surat yang menjemput dia hadir ke perasmian sekolah baru di kampong itu. Cikgu Normah hadir. Dia diletakkan disofa paling depan bersama tetamu kenamaan lain. Perasminya ialah seorang pegawai daerah yang baru ditugaskan ke daerah itu.
Khabarnya anak kampong itu yang pernah bersekolah disekolah berkenaan. Ketika dijemput membuat ucapan perasmian, beliau menceritakan pengalaman zaman kanak-kanaknya dikampung itu. Katanya, dulu dia berkaki ayam kesekolah, berbaju kotor dan comot kerana jalan kampong yang becak semasa hujan.
“tetapi, cikgu-cikgu saya telah membimbing saya dengan baik. Kalau tidak kerana mereka, tentunya saya tidak ke mana-mana,” dia berhenti seketika menyurai sebak. Suasana menjadi sepi seketika. “Salah seorang yang paling berjasa kepada saya ada bersama-sama kita..” kata pegawai daerah itu meninggalkan restroom dan menuju kearah Cikgu Normah.
Dia menyalam sambil mencium tangan Cikgu Normah dengan air mata yang berjuraian. Cikgu Normah tergamam. Dia tidak kenal dengan pegawai daerah ini.” Tuan DO ni siapa?” Tanya Cikgu Normah sungguh-sungguh. Entah kenapa dia tiba-tiba sayu. Sudah lama tidak ada yang membahasakan dirinya cikgu.
Pegawai daerah itu tidak menjawab, sebaliknya, dia menghulurkan sebuah bungkusan dan meninggalkan Cikgu Normah dengan penuh tanda tanya. Ligat dia memikirkan, irasnya tidak ada pada anak muridnya yang berbau selut suatu masa dulu.
Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur, Cikgu Normah rakus membuka bungkusan kecil tadi. Dalamnya berisi sebiji pau bunga kecil. Disisipkan sekeping nota, ‘ Maaf cikgu, saya mengambil masa yang lama untuk mengantikan pasu cikgu.” Sepantas kilat lingkaran ingatan Cikgu Normah kembali pada hari pertama dia di sekolah itu tahun 60-an dulu. Seorang murid berbau hamis, kotor dan berkaki ayam terlanggar pasu bunga di atas mejanya. Pasu itu jatuh dan berkecai.
Kebencian dan kemarahan bersatu. Cikgu Normah menyambar penyapu bulu ayam dan membelasah murid itu semahu-mahunya. Setiap kali rotan singgah dipunggunya, dia tersentak. Mula-mula murid itu menangis tetapi lama-kelamaan tangisnya hilang. Dia seperti reda dengan apa yang dilakukan ke atasnya.
Cikgu Normah tidak ingat berapa kali dia melibas rotan itu. Yang dia sedar, tenaganya semakin hilang. Paha budak itu pula berjajar merah. “Cikgu…ampun,” kata-kata yang perlahan itu bagai tidak bermaya masih terlekat diingatannya. Cikgu Normah tersedar dia gagal menguruskan kemarahan dan kebencian.
Perlahan-lahan air mata Cikgu Normah jatuh diatas pasu yang dipegangnya. Pandangan menjadi kabur dek air mata yang berjuraian. Dia menangis semahu-mahunya. Dia mengambil masa berpuluh tahun untuk menangis di atas perlakuannya.
Note: Kemarahan dan kebencian selalunya akan membunuh kewarasan kita.
1 comment:
Hi! Just want to say what a nice site. Bye, see you soon.
»
Post a Comment