Sunday, November 18, 2007

Untuk Awak

Awak tahu tak saya bukannya benci awak. SAYANG. Kalau saya kutuk/menulis sesuka hati pun, itu sekadar diluaran shj. Awak tahulah saya ni memang terlebih manja. Saya suka buat awak melenting dan tak tentu arah. Tapi saya yakin dalam marah itu awak tetap mengambil kira kutukan/tulisan saya jika ia munasabah.

Sejak kebelakangan ini makin byk komen yang tak menyenangkan tentang awak, membuatkan saya sikit rasa sedih dan tertanya2..kenapa. Saya nak jumpa awak pun susah sekarang..saya tak nak timbulkan syak wasangka teman baru saya. Lagipun saya nampak awak sibuk. Utk pengetahuan awak, teman baru saya tak suka saya mendekati awak lagi.

Walaupun saya tak boleh mendekati awak buat masa ini..tp awak sedar tak apa yang saya lakukan selama ini adalah memberi kelebihan kepada awak dan juga tak merugikan saya. Banyak pengalaman baru yang saya dapat bila bersama teman baru ini.

..Saya doakan semoga segalanya dipermudahkan utk awak...Jgn mengalah sebelum berjuang awak masih ada masa...

Thursday, September 06, 2007

Ramadhan-Maafkan Saya

Bulan Ramadhan merupakan masa untuk umat Islam berfikir dan merenung diri sendiri, bersolat, membuat kebajikan dan meluangkan masa dengan keluarga serta sahabat handai. Diharapkan dengan berpuasa dari fajar hingga senja umat Islam akan dapat mempertingkatkan disiplin diri dan menjadi pemurah, dengan mengingati kesusahan hidup sebahagian manusia yang miskin. Bulan ini juga dikaitkan dengan bulan di mana doa dimakbulkan terutamanya pada malam Lailatul Qadar tetapi salah satu sebab doa tersasar adalah kerana hubungan sesama manusia seperti silaturahim. Oleh itu saya rasakan bermaaf-maafan sebelum tibanya Ramadhan adalah sesuatu yang perlu. Sempena ketibaan Ramadhan ini, saya ingin memohon maaf zahir dan batin kepada kawan-kawan dan sesiapa saja yang mungkin tersingung dengan tulisan, percakapan, cara penulisan dan cara percakapan selama ini yang dilakukan dgn tidak sengaja mahu pun sengaja Semoga Ramadhan kalian akan mendapat keredhaan Allah......Amiiin

SELAMAT BERPUASA ......

Gemilang

A juga dikenali malah ideanya juga dipandang walaupun tidak aktif dalam hal-hal yang bersifat popular.

atau

B yang kerap dilihat dan kedengaran di sana sini, namun kehadiranya kurang berkesan, pendek jangka hayat hasil kerja atau kurang didengar pendapatnya...


Yang mana lebih gemilang agaknya??????

Singapura Diserang Todak

Pada suatu ketika dahulu Singapura telah diserang todak. Secara tiba-tiba, beratus-ratus ikan todak melompat ke arah pantai Singapura dan menikam ramai rakyat Singapura yang sedang berada di tepi pantai. Ramai rakyat Singapura mati terkena tikaman todak.

Raja Singapura amat terperanjat dengan berita serangan todak ini. Baginda pun pergi ke pantai untuk melihat sendiri malapetaka yang telah menimpa negerinya. Baginda berasa sedih melihat ramai rakyatnya dibunuh ikan todak. Bagi mengatasi masalah ini, baginda memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di sepanjang pantai. Malangnya, lebih ramai rakyat yang mati apabila terus diserang ikan todak.

Seorang budak yang bijak bernama Hang Nadim telah menyaksikan serangan kejam ikan todak ini. Hang Nadim mempunyai satu akal untuk melawan serangan ikan todak. Tanpa berlengah, Hang Nadim pergi mengadap Raja Singapura.

"Tuanku, patik rasa jika kita terus menyuruh rakyat menggunakan betis mereka untuk mengelak serangan ikan todak, lebih ramai rakyat yang akan mati," sembah Hang Nadim.

"Adakah kamu mempunyai cadangan yang lebih baik?" tanya Raja Singapura.

"Patik rasa adalah lebih baik jika kita menggunakan batang pisang utk melawan serangan todak," tambah Hang Nadim

"Batang pisang?Bagaimana?", tanya Raja dgn penuh hairan

"Kita boleh menggunakan batang pisang sebagai kubu sepanjang pantai. Apabila ikan todak menyerang, jongor todak akan terlekat pada batang pisang. Apabila ikan todak ini sudah terlekat, rakyat sekalian boleh menetaknya sehingga mati," tambah Hang Nadim.

Apabila kata-kata Hang Nadim didengar oleh Raja Singapura, baginda sedar akan kebenarannya. Tanpa berlengah, baginda memerintahkan rakyatnya agar menggunakan batang pisang untuk dijadikan kubu. Nescaya, buah fikiran Hang Nadim itu berjaya. Ikan todak berjaya ditewaskan dan Singapura akhirnya terselamat.

Raja Singapura berasa sungguh gembira dan menghadiahkan Hang Nadim dengan sebuah hadiah yg sungguh istimewa. Baginda bersyukur kerana negeri Singapura dikurniakan dengan seorang budak yang sungguh bijak.

Malangnya, para pembesar negeri sangat iri hati dan dengki dengan kebijaksanaan Hang Nadim. Mereka khuatir Hang Nadim akan mengambil tempat mereka sebagai penasihat Raja.

"Budak ini masih kecil tetapi sungguh bijak. Apabila dia besar nanti, tentu akan menjadi lebih bijak. Patik yakin Raja akan mengambilnya sebagai penasihat baginda," kata Perdana Menteri kepada para pembesar negeri lain.

"Hang nadim mesti dibunuh! Patik akan memujuk Raja untuk membunuhnya," tambah Perdana Menteri dengan marahnya.

Para pembesar negeri pun bersepakat untuk menghasut Raja agar membunuh Hang Nadim. Mereka menasihati Raja agar membunuh Hang Nadim yang cerdik itu kerana takut apabila besar dia akan menjadi lebih cerdik. Mereka terus menyakinkan Raja jika Hang Nadim menjadi lebih pintar dpd Raja, nescaya mahkota Raja Singapura akan cuba dirampasnya.

Setelah mendengar hasutan para pembesar negerinya, Raja Singapura pun menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Hang Nadim. Hang Nadim diikat dengan rantai besi lalu dibuang ke laut. Ramai rakyat Singapura berasa sungguh sedih dengan kematian Hang Nadim yg telah menyelamat Singapura dari serangan todak.


  • Jgn mudah rasa iri hati mungkin apa yg budak kecil itu lakukan hanyalah kerana beliau sayangkan negara serta raja dan rakyat.
  • Tak semestinya orang yang telah lama kita kenal itu lebih jujur dengan kita..oleh itu jgn terlalu terburu-buru dlm mempekatakan sesuatu

Saturday, September 01, 2007

......

Ya Allah, jika ia adalah dugaan kepada diriku, aku mohon keampunanMu Ya Allah.

Wednesday, August 29, 2007

Bagaimana Caranya..

Ada bayanganmu di mataku
Bagaimana caranya
Ku ingin jumpa dengan kamu
Bagaimana caranya...

Aku yakin diantara kita
Masih ada rasa yang membara
Bagaimana caranya
Ku ingin juga kau mengerti

Haruskah ku titiskan airmata di pipi
Haruskah ku curahkan segala isi hati
Bagaimana caranya

Kita lupakan cerita kelabu
Kita susun langkah baru ke arah tuju...

Sunday, July 29, 2007

Gemuruh

(i)
Gemuruh dijiwa semangat membara
dari puncak ingin ke angkasa
berkalungkan bintang yang bekerlipan
menyerlah jauh dari yang biasa

(ii)
percakapan di kafetaria baru-baru ini

Dia: ................
Saya: Oooo...Dia OK je..rajin ..tp kalau kata produktif sama aje dgn staf melayu yg lain cuma mungkin dia tu lebih pandai speaking. Kalau compare head-to-head dgn Tuan NM..saya rasa mrk sama aje.

Dia: bla..bla..bla....

Saya: kalau saya.....bla..bla...sbb org melayu or muslim boleh doa kitakan

Saya: tp..nak ckp pun tak guna..out of our control...within my control:..plan, execute and pray.....


Semoga kita dapat membebaskan diri kita drp pergantungan terhadap makhluk

(iii)

Apabila kita perlu membuat kerja, kita perlukan kelengkapan yang cukup. Contohnya.. penyelidik memerlukan maklumat serta data terdahulu sebelum mencadangkan sesuatu tajuk penyelidikan, mereka memerlukan pelbagai kemudahan untuk memperolehi maklumat tersebut dan seterusnya.

Namun tak kira samada di sektor awam mahupun swasta, dalam atau luar negara kemudahan di rumah adalah lebih baik berbanding kemudahan dipejabat. Dipejabat itu tak ada, ini tak ada. Website tu kena ban, ini kena sekat. Kalau di rumah semua ada, laju pulak tuh. Oleh itu apabila saya ingin lakukan pekerjaan sedemikian, saya perlu pulang ke rumah untuk melakukan dan menyiapkannya....

Leceh betul?????

Tuesday, July 24, 2007

Suka Duka Kita

Mungkin suka duka hidupku
Sama dengan hidupmu
Lalu kau pun terasa dekat
Dengan diriku ini

Bukan aku tak menghargai
Apa yang kau korbankan
Tetapi ku sedikit kesal
Atas sikapmu kasih
Kau seperti memaksaku tari rentakmu

Bintang12-Spider

Monday, July 23, 2007

Prayer





(i)
Doa...aku pada kamu
Semoga makbul
Yg baik-baik sahaja
Percayalah
Apa jua yang datang
Ada hikmah
Syukurilah

Semoga kamu diberikan umur dan rezeki yang berkat..Amiiin


.....Ya Allah berkatilah usia SA-jadikan dia sebagai ketua yg baik, insan yan baik, taat kepada perintahMu dan berikanlah perasaan hormat-menghormati dan kasih sayang antara kami. Ya Allah permudahkan laluan kerjayanya....Amin....


(ii)
Bila pelajar datang berjumpa dan bertanya adakah saya boleh menjadi supervisor mereka. Persoalan yg saya sering ajukan kepada mereka adalah..adakah mereka benar-benar berminat utk belajar atau sekadar mencari peluang lain sbb tak dapat kerja. Saya juga akan meletakkan syarat yg mereka perlu menjalankan penyelidikan yg menjadi minat saya ( ya...nampak macam saya pentingkan dirikan). Sebenarnya mempunyai pelajar menjadikan saya sentiasa berfikir tentang mereka. Saya mahu mereka berjaya dan dapat menghabiskan pengajian mrk dalam jangka waktu yg ditetapkan.




Kata saya: Jika mereka rajin, saya akan lebih rajin lagi. Jika mereka menghilang diri, saya juga akan melupakan mereka.




Namun setiap hari, saya akan berdoa: Ya Allah permudahkanlah pelajar2ku. Berikanlah cahaya kepada mereka agar dapat menamatkan pengajian mereka. Mereka adalah sebahagian drp hidup saya. Saya yakin jika setiap hari saya mendoakan mereka Allah akan mempertimbangkan permohonan tersebut. bagaimanapun, alangkah baiknya kalau mereka sendiri yg memohon dari Yang Maha Berkuasa





Kepada pelajar baru saya....Good Luck

Thursday, July 19, 2007

Luluh.....

Luluh hatiku bila mendapat perkhabaran itu
Sungguh ku tak mampu menahan kepedihan ini
Untuk merelakan dia mengatasi kamu.....

Tuesday, July 17, 2007

Tagged

Untuk memenuhi keinginan Yummy

Latest Job
-RO
-RO
-RO
-Lecturer

Movies yg boleh tonton berulang2
-My Best Friend Wedding
-Present
-Hotelier
-Free Willy

Places I've live
-Kelantan
-Kulim, Kedah
-Jengka, Pahang
-Bangi, Selangor

Places I've va
-Pangkor
-Langkawi
-P. Perhentian
-P. Kapas

TV shows I love
-Reality program
-Buletin utama
-
-

Sites I visit daily
-thinkrightnow
-blog
-News paper
-webmail
-

Sunday, July 08, 2007

SMART Tunnel

Hari Jumaat lepas saya melalui terowong SMART untuk pulang ke rumah selepas beronggeng dgn kawan2 di Secret Recipe. ini merupakan kali kedua saya melalui terowong ini. Tapi kali ini saya melaluinya diwaktu malam. Ia agak mengerunkan saya walau pun ada kawan di sisi saya. Saya ketakutan rupanya..dalam ruang kecil panjang yang terbenam di dalam bumi....Namun ketakutan saya tidak lama kerana saya sudah tahu berapa panjang terowong itu dan saya pasti dihujung sana ada cahaya dari bintang dilangit.

Moga saya tidak tertipu dengan sinaran bintang yang bertaburan. Lantas terus terbang ke langit tanpa jejak ke bumi. Namun tanpa sedari saya sebenarnya masih lagi dalam terowong yang tak ada penghujungnya.

Sunday, July 01, 2007

Ada Ketikanya...

Ada ketikanya, tidak sedar kesilapan yang dilakukan. Hinggalah ditegur. Ada ketikanya kesilapan itu benar, tapi amat sukar untuk dimaafkan. namun ada ketikanya, tiada kesilapan yang dilakukan tapi masih tidak dapat terima hakikat.

Ada ketikanya, terasa kehilangan sedangkan yang hilang ada didepan mata. Janganlah terlalu banyak membanding, nanti sukar untuk membezakan, jangan terlalu banyak memilih, nanti tidak tahu membuat pilihan.


It's better to be hated for what you are, than to be loved for something you are not...

Apa Ni....

Kemungkinan apa yang kita sayangi tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kita benci tersimpan kebaikan di dalamnya...

Ada hal yang sangat ingin kamu dengar tetapi tidak akan pernah kamu dengar dari orang yang kamu harapkan. Tetapi jangan sampai kamu menjadi tuli walaupun kamu tidak mendengar itu dari seseorang yang mengatakan itu dari hatinya

Saturday, June 30, 2007

Ku Rindu Padanya

Rindu ini
.....mengasyikkan
.....melalaikan
.....menyakitkan

Ku tertanya
Adakah dia merasai
apa yang ku rasa

Andai dia juga merasai
Mungkinkah kami akan ketemu
suatu hari nanti...

Friday, June 29, 2007

Hak Milik Kekal

Kadang-kadang saya benci untuk mengetahui terlalu banyak...tetapi saya sering dapat menghidu sesuatu. Deria ke-6 saya mungkin terlalu menguasai diri. Saya sendiri tidak pasti adakah ini naluri atau firasat. Naluri adalah sesuatu gerak hati yang datang secara jujur dari dalam diri kita sendirit sedangkan firasat adalah gerak hati yang lahir dari pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga saya, waspada dan lebih berbentuk ramalan. Atau kedua-dua sekali.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita rasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak seindah harapan. Sesungguhnya semua itu boleh menghadirkan rasa yang bergelora dalam jiwa. Adalah sangat beruntung andainya dalam saat tergoncangannya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkah ke arah yang akan memberi nikmat pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak dan kemahuan. Tetapi kita harus sedar tidak setiap yang kita inginkan akan diperolehi. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Hidup ini tidak punya satu hukum-harus berjaya, narus berharta mewah dan lain-lain.

Betapa ramai orang yang hidupnya cukup lengkap tetapi lupa bahawa semua itu pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tabah. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak tertunainya apa yang memang bukan hak kita. Walau ia nyaris menghampiri kita, walau kita mati-matian mengusahakannya.

Sunday, June 17, 2007

Hari Bapa......

Di hari Bapa ini..saya hadiahkan al-fatihah buat ayah.

Semoga roh ayah tenang di sana. Semoga kita bertemu lagi di sana nanti.

Saturday, June 16, 2007

Selalunya Kita....

Selalunya kita sibuk memikirkan siapa yang sedang bercakap, bukannya apa yang diperkatakan..walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tapi disebabkan oleh tapisan/filter sebegini, seseorang itu tidak akan dapat memproses maklumat yang disampaikan dengan baik. Contohnya...kalau seorang anak kecil menyuruh bapanya mengerjakan solat, adakah sibapa akan marah, walaupun dia tahu apa yang diperkatakan oleh anaknya itu adalah benar? ....tepuk dada tanya diri sendiri...

Tak guna nak bertekak....kalau rasa terlalu ego utk menerima apa yg dikatakan...terpulanglah..kedua2 pihak tak rugi apa2 pun

Saturday, June 02, 2007

Jika ku tak bangun esok pagi

Jika ku tak bangun esok pagi
sayangku kau jagalah diri
sentiasa ingatkan hati
dirimu amat ku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
sujud dan mohon pada Tuhan
agar diberikan bimbingan
meniti hidup sendirian

Bila terasa sejuk
pejamkan mata
bayangkan dalam dakapan ku
bila terasa rindu
pejamkan mata
kita bersua dlm lena

Kalau ada yang sudi mengganti
sayang lepaskanlah ku pergi
kerana insan yg seistimewamu
berhak untuk dicinta dalam hidup

Sayang tiada apa yg kekal didalam dunia ini
namun yg pasti
walaupun ku tiada nanti
cintaku akan kekal abadi

Ku berharap kau tak akan lupa
mengirimkan bekalan doa
kita jumpa lagi di sana nanti
jika ku tak bangun esok pagi

Monday, May 07, 2007

Tembok


Terima kasih kerana memberi saya ruang mengintai tembok tinggi kamu. Saya tidak tahu apa yang saya rasa sebenarnya..puashati, sedih atau terkilan....sekurang-kurangya saya sudah tahu apa yang berada di sebalik tembok batu itu. Sememangnya, tembok itu sudah memisahkan kita sejak mula lagi dan saya tidak mahu tembok itu diruntuhkan. Biarkan ia di situ, namun izinkan saya masuk sebagai tetamu tapi bukan sebagai penghuninya. Kerana dalam diam, saya sudah membina tembok yang mungkin lebih tinggi dan kukuh dari tembok yang kamu bina

Monday, April 30, 2007

Apabila Sesuatu Itu Di Anggap Tidak Penting

Masalah merupakan perkara biasa di dalam hidup kita. Kita sepatutnya tidak terlalu membebankan diri dgn masalah yg melanda, kita seharusnya cuba menyelesaikan apa yg berlaku. Setelah selesai barulah kita boleh memahami apa perasaan kita. Suka, benci, menyesal, marah dan sebagainya. Namun ada juga manusia yg suka membiarkan masalah itu, menyakinkan diri seolah2 ia tidak wujud dan mampu selesai dgn sendiri. ada perkara yg akan reda dgn sendiri bila dibiarkan tetapi kebanyakan perkara perlu diselesaikan walaupun sekadar penjelasan.

Contoh terdekat adalah diri saya.......Semasa di sekolah rendah dan menengah sehinggalah dialam pekerjaan, jika saya terasa lemah terutamannya dlm keadaan tertentu, saya tidak pernah cuba mendapat khidmat org yg lebih arif mahupun bercerita dgn kawan/org yg dekat dgn saya. Kerana bagi saya ia akan sembuh dgn sendirinya. Paling lama pun seminggu. Sehinggalah kira2 4 bulan yg lalu..bila kekerapan masalah ini semakin meningkat. Saya ke klinik dgn tujuan mahu tahu apa sebenarnya. Hari ini...saya dah tahu apa puncanya..

Oleh itu, kalau ada sesuatu yg terjadi, jgn biarkan kerana kesannya akan dtg kemudian...

Sunday, April 29, 2007

Kawan

ada rasa yang kekal dihati
ada kasih yang ku sembunyikan
syahdu..sukar utk dilafazkan
hembusan kasih yang masih terasa

Friday, April 27, 2007

Weird

Entry ini untuk Nini

1. Saya mempunyai ESP/extra sensory perception yang boleh dikatakan kuat...especially terhadap diri sendiri dan orang2 yang rapat dengan saya. Kadang-kadang ia boleh menyebabkan saya bimbang.

2. Saya suka mengambil risiko. Tetapi jangan salah anggap, risiko tu semuanya telah dikaji dahulu dan sediakan perisai

3. Saya suka marah dalam diam dan bila dah termarah tu susah nak sejuk....macam berdendam gitu.

4. Sesetengah kawan saya mengatakan saya seorang yg sukar dijangkakan, suka melakukan segala perkara ikut fikiran sendiri... (pelik ke ni....)

5. Kalau berkaitan dgn kerjaya saya lebih produktif diluar waktu pejabat, sbb tu bawa balik kerja tu..

6. Ada org tu suka hidu beras, saya pula suka makan ais.

Thursday, April 26, 2007

Alternative Route

Source: forwarded e-mail

Seperti malam-malam sebelumnya di situ ada seorang lelaki berkulit hitam yang begitu tekun memetik pano, alunan lagunya sungguh mengasyikkan. Dari irama perlahan sehinggalah irama rancak. Lagu demi lagu dipersembahkan dan sorakan demi sorakan kedengaran di akhir persembahannya.

"Sekarang saya mahu kamu menyanyi pula",
seorang pengunjung kelam malam sebaik lelaki itu menyudahkan lagu petikan pianonya.

MENYANYI..Lelaki itu enggan, dia bukannya penyanyi. Dia cuma pemain piano. Tetapi pengunjung tadi terus mendesak. Untuk tidak menghampakan pelanggannya, pengurus kelab malam mengarahkan lelaki itu menyanyi. Mahu tidak mahu, lelaki itu terpaksa menyanyi. Diiringi petikan piano, dia mengalunkan lagu kegemarannya Mona Lisa. Tergigil-gigil lelaki itu menyanyi sebab sepanjang hayatnya, inilah kali pertama dia mendendangkan suara di depan ramai.

Tanpa diduga nyanyian beliau disambut dgn tepukan gemuruh. Para pengunjung memuji-muji gaya nyanyian dan suaranya yg gemersik. Pada malam itu barulah lelaki itu sedar dia sebenarnya mempunyai bakat lain selain bermain piano. Tidak lama kemudian lelaki itu berhijrah ke Hollywood, seterusnya merakamkan album dan menjadi penyanyi terkenal. Jika mlm itu dia tidak didesak menyanyi, pasti sampai sekarang kita tak kenal Nat King Cole.

Sebenarnya kita juga seperti Nat King Cole. Kita tidak akan tahu bahawa kita mempunyai bakat jika kita tidak diberi peluang, digilap dan mungkin juga dipaksa. Apa yg per..jangan kita tumpukan kepada satu kebolehan saja. Cuba yang lain pula, kerana mungkin dari situ baru kita temui kebolehan yg lain dalam diri kita.

Saturday, April 14, 2007

....

Jangan takut pada kesilapan
kerana ia mengajar kita erti
kehidupan

Ada baiknya kita belajar
sesuatu kejujuran walaupun
ia datang dari suatu kesilapan

Sesekali berterimakasihlah
pada pengalaman kerana ia
mengajar kita akan
erti kedewasaan...

source: internet

Wednesday, April 11, 2007

Sayang...Sebuah Persahabatan

Ada yang kata saya memilih kawan.....salah ke?

Sebenarnya kita tidak tahu adakah kita merupakan kawan yang baik atau tidak kepada seseorang itu. Orang lain yang akan menilai..dan penilaian itu bergantung kpd mcm mana kita boleh memenuhi keperluan mereka. Seseorang itu mungkin bukanlah seorang kawan yang terbaik untuk dihargai tetapi mungkin satu ketika dia pernah sekali berbuat baik kepada kita. Janganlah kerana kesilapan kawan kita lakukan habis segala kekurangan tentang dirinya kita nampak. Simpanlah kerana dia pernah sekali berbuat baik kepada kita.

Adakah benar kawan sejati adalah kawan yang bersama bila waktu susah dan senang. Namun jika diteliti...kenyataan ini taklah benar sepenuhnya...Kawan sejati biasanya akan penuh dgn nasihat dan pesanan. Tak kira apa keadaan pun pasti kita akan ambil berat dgn nasihat itu. Kerana pesanan itu untuk kita. Walau ada kala kita tidak mampu utk memenuhi segala objektif nasihat dan pesanan tersebut, tetapi pasti ada niat juga nanti kita akan menurut juga. Sekiranya hati dan perbuatan kita tidak menerima pesanan dan nasihat..adakah kita masih mengaku kita kawan sejati pemberi nasihat itu? Memang benar waktu dia susah kita tolong, begitu juga bila dia gembira kita tertawa bersama tetapi kita tidak pernah menghargai pesanan/nasihat dia.

Sunday, March 18, 2007

*****

Ku cuba berlari dicelah pelangi
Makin ku berlari makin ku pasti
Yang ku cari ku temui

Tuesday, February 20, 2007

Adakah Saya Memanjat Tangga yang Betul


Sering kali terjadi, kita berusaha sedaya upaya tanpa putus asa utk memanjat tangga kejayaan. Namun apabila sampai ke puncak, baru kita sedar tangga yang kita panjat adalah tangga yang salah. Maka wujudlah keadaan di mana seseorang yang berjaya pada zahirnya, tetapi terperangkap dgn kejayaan yg dicapai sehingga terpaksa mengabaikan tanggungjawab lain.

Dengan itu saya akan cuba untuk tidak menghadkan usaha untuk lebih memahami. Lebih memahami manusia. Manusia seperti kawan/rakan, sahabat, teman, saudara mara dan lebih utama ahli keluarga. Saya akan cuba memahami mengapa mereka bersikap dan mengapa pula mereka kurang bersikap. Saya juga ingin lebih memahami keadaan. Bagaimana sesuatu keadaan boleh muncul dan memberi kesan kepada manusia lain serta mempengaruhi pandangan saya kepada manusia-manusia terutama manusia yang dekat dengan saya. Kalau saya boleh memahami semua ini barulah saya dapat menghargai semua yang ada. Bila saya mula menghargai sesuatu barulah saya dapat menikmatinya. Maka mudahlah untuk saya memimpin diri ke arah yg lebih selesa dan baik.

Semoga saya dapat memanjat tangga yang betul..

Friday, February 16, 2007

Breathe Again

I just wanna breathe again
Learn to face the joy and pain
Discover how to laugh a little
Cry a little
Live a little more
I just wanna face the day
Forget about the woes of yesterday
Maybe if i hope a little
Try a little more
I'll breathe again

Starting out again is never easy
Disappointments come and go
But life still moves on
With a bit of luck
It is a brand new start
That might just work my way
No need to walk away
Don't want to live on life's replay


Ning Baizura

Sunday, February 11, 2007

Kenapa Malas Asyik Menjadi Teman Ku.....

Kalau hati kata malas, maka malaslah kita
Kalau hati kata rajin, maka rajinlah kita
Semua kerja boleh di siapkan dgn cepat
Jadi apa-apa pun bergantung kepada hati
Hati yang bersih membawa kepada kegembiraan dan kebahagiaan

Thursday, February 08, 2007

Wednesday, February 07, 2007

Aku Sayang Kamu

Saya sepatutnya menyiapkan satu report yang perlu di serahkan kepada pihak berkenaan secepat mungkin. Walau tekun saya cuba menyiapkan report itu...ia tidak dapat menghalang minda saya dari memikirkan hal lain. Bulan Februari cukup sinonim dgn kasih dan sayang. Hari ini merupakan hari yang istimewa bagi seseorang. Beliau merupakan kawan saya sejak berumur 13 tahun/ sejak saya tingkatan satu di MRSM lagi. Kami di tempatkan di kelas yang sama. Kami sama-sama menempuh dunia remaja. Kami juga mempunyai sifat yg jauh berbeza, minat dan cita-cita yg berbeza..tapi kami adalah kawan baik.. Walau apa perubahan yang beliau lalui..di mata saya beliau sama seperti dulu.

Namun sekarang kami jarang meluangkan masa bersama, kalau jumpa pun mungkin setahun sekali ..tetapi kami masih rapat antara satu sama lain. 20 tahun perkenalan kami..bukan kami tak pernah bercakaran dan bertegang leher (oopsss..perang dingin). Itu adalah pemangkin terhadap persaudaraan kami. Kita dilahirkan beremosi, berjiwa dan berakal..dan bukanlah mesin yang diprogramkan. Dari situ mampu membentuk ikatan silaturahim yang lebih erat. Dan saya mesti akui..tanpa itu semua, hidup akan menjadi amat tawar..umpama makanan tak cukup rencahnya. Kita juga tidak akan ada pengalaman yang mampu di jadikan pengajaran.

Hari ini merupakan hari istimewa beliau. Saya masih ingat semasa beliau mengambil keputusan untuk menceburi bidang baru..Ia bukanlah sesuatu yang mudah..namun beliau dapat mengharunginya kini dia berada dipuncak kejayaan beliau. I can only stand from behind and see her fly...I wish all the best..I want you to know I'll be there for you forever.

Ku tak akan pernah, berpaling darimu
walau kini, kau jauh dariku
kan selalu kunanti
kerna ku sayang kamu

HAPPY BIRTHDAY
A. M
May you prosper and all the best in your future undertakings

Sunday, February 04, 2007

Renungkanlah.....

Dipetik dari Mingguan Malaysia

Persahabatan adalah dua jiwa dalam satu raga.Persahabatan sejati tidak ubah seperti nikmat kesihatan yang baik, nilainya baru kita sedari setelah kita kehilangannya.

Seorang sahabat adala insan yg dpt mendengarkan lagu di dalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait2nya. sahabat umpama "tangan Tuhan" untuk menjaga kita. Rasa hormat tidak selalu membawa kepada persahabatan tetapi jangan pernah menyesal untuk bertemu dengan orang lain. Menyesallah jika orang itu menyesal bertemu dengan kamu.

Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan di kala kamu senang dan perisai di waktu kamu susah. Namun kamu tidak akan pernah memiliki seseorang tanpa kesalahan. Kerana semua manusia itu baik kalau kamu mampu melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kamu mampu melihat keunikannya. Tetapi..semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kamu tidak bisa melihat kedua2 sekali.

Begitu juga dengan kebijaksanaan. Kebijaksanaan itu seperti cairan yg mana kegunaannya terletak pada penyerapan yg benar. Orang yg pintar sekali pun akan gagal apabila mereka memikirkan terlalu banyak hal. Sedangkan orang bodoh sering kali berhasil dgn melakukan tindakan tepat. Dan bahawasanya, keintelektualan sejati tidak datang dari pemikiran kita semata-mata tetapi turut bersandarkan pada perasaan dan fakta.

Tak seorang pun sempurna, bukan? Mereka yg mahu belajar dari kesalahan adalah seorang yg bijak. Adalah sesuatu yg amat menyedihkan apabila melihat org berkeras bahawa mereka benar meskipun terbukti salah. Apa yg berada dihadapan kita adalah perkara kecil berbanding dgn apa yg berada didalam diri kita sendiri.

Kita tidak berupaya utk mengubah masa lalu tetapi sesungguhnya, dpt menghancurkan masa kini dgn berasa khuatir tentang masa depan. Bili kita mengisi hati dengan penyesalan utk masa lalu dan kebimbangan utk masa2 mendatang, percayalah. Kita tidak memiliki hari ini utk disyukuri.

Merenung Bulan...Meluah Harapan

Adakalanya mereka perlu tahu apa yang kita rasa,walaupun kita akan menjadi hiba
Jika tidak mereka tidak akan tahu, terus berlaku perkara yang tidak kita mahu
Bila jahil, tiada yang mustahil. Boleh hancur semuanya

e-mail dari seseorang beberapa tahun yg lalu

You are one of the persons that like to pretend to be nice in front but behind our backs you said all sort of bad things (manis dihadapan buruk dibelakang).
1) About my note to Z*a*inab to attend A*my's wedding-you said to Z*a*inab-I did it in order not to feel quilty for not attending
2)About Z*l*i*na*-you had nothing good to say about her (always reporting bad things about her to A*na, complaining about the way she handles the quotations etc)
3)About Parthi...you said to A8na he is not good-did not know how to run the pilot plant
4)you accused Ro**za**na of spreading the news that you are leaving-in actual fact you are the one who have been telling the people that u are leaving
5)you do not see eye to eye with R*ub*%aah
6) you always belittle P*u*aat to the extend that he wanted to leave but had to stay because of family obligations.

Terima kasih kepada mereka yang terlibat kerana memberi saya pengalaman dan juga memberi peluang untuk saya mengenali siapa kawan-kawan saya.

Kepada penulis e-mail semoga berbahagia selalu. Kita percaya apa yang kita nampak pada mata kasar dan dengar semata-mata. Tak pernah cuba melihat perkara itu dgn hati, rasa, akal dan naluri. Ini pun akan membutakan dunia.

Tuesday, January 30, 2007

Kita Masih Punya Peluang....Selagi Kejora Bersinar Di Kala Malam Tiba

Untuk seseorang yang mungkin meninggalkan tpt kerjanya...pd hujung bulan ini. Namun naluri saya kuat mengatakan ianya tidak berlaku. Tak kisahlah beliau jadi atau tidak tetapi saya ingin tujukan entri ini khas untuk beliau. Seandai dia ingin pergi bukan kerana utk dptkan pendapatan lebih lumayan tetapi dia tidak senang dgn keadaan yg mungkin akan berlaku.

SA...

Kenapa mesti memikirkan sesuatu yg belum terjadi hingga menjejaskan peluang kita utk meraih bahagia hari ini?

Mengapa harus meramalkan bencana2 sedangkan kita sendiri tidak pasti adakah hari esok itu?

Hari esok masih belum tiba..kita tidak sepatutnya menangis tentang masa depan...biarlah esok itu datang dengan sendiri. jangan bertanya khabar berita dan jangan pula kita menunggu waktu itu. Jangan menebus kesedihan suatu masa yang belum tentu dengan bersedih hari ini. Jangan memburu sesuatu yang belum tentu ada..kerana hari esok mungkin tidak ada sesuatu.

PLAY WITH EMOTION AND YOU GET EMOTIONAL

Senyumlah sahabatku....."Hari ini adalah milikmu..masa kini hidupmu hanyalah pada hari ini" tumpukan diri disetiap detik utk selalu memperbaiki keadaan, sekaligus berusaha meningkatkan mutu kerja dan membersihkan amal perbuatan

Saturday, January 27, 2007

Things Do Happen For a Reason

Sesuatu yang terjadi mesti ada sebabnya. Kadang kala kejadian itu boleh menyebabkan kita gembira serta bahagia, tidak kurang juga yang membuat kita bersedih dan rasa tersiksa.

Seandainya peristiwa yang menyedihkan membuatkan kita rasa perjalanan hidup ini penuh berliku. Rasa diri ini tidak mampu untuk melalui cabaran tersebut. Tetapi setiap apa yang berlaku itu bersebab...Ia menjadikan kita menyedari betapa masih ramai individu yg bersifat pentingkan diri sendiri, penuh keangkuhan namun ia juga membuat kita sedar masih ada individu yg sedia membantu dgn ikhlas demi membuat orang lain rasa gembira dan bahagia. Yang paling penting, ia membuatkan kita mengenali siapa kita. Kadang2 itulah yang perlu kita hadapi atau tanggung disebabkan sesuatu hal yg kita take for granted. Dugaan juga membuatkan kita lebih tabah serta menjadi seseorang yg lebih baik



Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan.

Sunday, January 21, 2007

Sendiri

Petang tadi saya menonton drama yang bertajuk Tanah Kubur di Astro Ria. Drama ini mengisahkan pengkebumian seorang hartawan yg pada zahirnya nampak sebagai seorang dermawan. Namun berbagai perkara pelik yg berlaku sepanjang urusan pengkebumian jenazah beliau..yang dapat memberi pengajaran kepada kita semua.

Di akhir drama tadi membuatkan saya terfikir tentang sendiri. Apakah yg dimaksudkan dgn ungkapan ini? Kata orang sendiri itu sepi. Kata orang..seseorang yang suka sendiri itu gila. Tetapi kita lupa, kita dilahirkan sendiri termasuk kembar kecuali kembar siam. Kita mati pun sendiri.

Kini saya sendiri. sendiri untuk berdiri. Sendirian melayang dalam dunia saya sendiri. Kebahagiaan itu letaknya bila kita bersendirian. Disaat itu, kita mula memikirkan indahnya sebuah persahabatan, abadinya kasih ibu kita. Kita juga memikirkan hidup ini tidak perlu sendiri...

Saturday, January 20, 2007

Salam Maal Hijrah 1428

Sejauh mana
jarak kita
selama mana
tidak bersua

kita tetap memandang
sang bulan yang sama
dengan mata serupa.

Biar tidak
pernah kesampaian
biar tidak
pernah ketemuan

Kita tetap mentaati
dahagakan kasih Illahi
dengan hati serupa

Itu tanda terkuat
kita masih intim dekat.

Selamat berhijrah kepada penghidupan yang lebih diredhai...amin

Tuesday, January 02, 2007

Ku Mohon

Setiap hari kumohon
Agar kau sentiasa
Memberiku ketenangan dalam hati..kekuatan
Menempuh segala dugaan yg mencabar ini
Pasti punya ertinya
Engkau beriku harapan
Menjawab segala persoalan
Hadapi semua dengan tenang
Dengan merasa kesyukuran
Ku doa Kau selalu
Mengawasi gerak geriku
Berkatilah ku penuh rahmat dari Mu

Oh Tuhan terangkan hati dalam sanubariku
Oh Tuhan ku berserah segalanya kepadaMu
Agar jiwaku tenang dengan bimbingan Mu selalu

Ada kalanya ku merasa hidup ini seperti kaca
Jikalau tidak bersabar
Hancur berderailah akhirnya
Tabahkanlah hatiku
Melalui semua itu..Ooh..
Kuatkanlah
Cekalkan diriku

Curahkanlah nikmat Mu pada hidupku

Sheila Majid

Monday, January 01, 2007

Internal Review 2006

Panggilan Hati Nurani

Jiwa itu mengalami masa, dimana ia memiliki keperihatinan dan perhatian. dan di masa lainnya, ia cenderung untuk menolak, tidak peduli, dan tidak mahu tahu. jiwa terkadang merasa sinarnya begitu cerah dan hangat, dan diwaktu lain ia merasa redup dan hampa. Demikianlah jiwa, ia selalu mengalami perubahan. itulah sebabnya, hak-hak hati itu harus selalu dipenuhi, agar terjaga kestabilannya. Salah satu haknya adalah dibiasakan atau dilatih untuk selalu taat terhadap perintah dan menjauhi hal-hal dilarang.

Dari segi kemajuan rohani, pencapaian saya menurun dalam setengah hal untuk tahun ini.Tak tahu apa puncanya..walauapapun saya perlu perbaiki untuk tahun ini sekurang-kurang sama dengan tahun sebelum ini atau lebih baik lagi. biasalah meninggalkan semua ikatan dan aturan sgt mudah bagi hati.Untuk mengatasinya saya perlu mempergunakan kesempatan ketika jiwa sedang bersemangat kerana ia adalah hal yg sangat baik dan menguntungkan. Membiarkan jiwa berlalu dan dipenuhi rasa malas sesuatu yg merugikan.Mungkin bila kita mengkhususkan sebahagian waktu utk sesuatu yg hukum wajibnya tidak terdapat dlm syariat hanya akan menimbulkan kepenatan tersendiri.

Ke Mana Haluan Kerjaya

Beberapa tahun yang lalu, saya berusaha bersungguh2 untuk mencapai apa yang diimpikan disamping cuba memenuhi objektif karja dan juga organisasi. Kadangkala menyebabkan hubungan persahabat menjadi bermasalah, perasaaan irihati dan cemburu seringkali memerangkap keadaan. Pada mulanya saya fikir cabaran demi cabaran yang datang bakal menjadikan sesuatu yang baru bermula ke arah satu kejayaan. Tetapi anggapan saya tidak betul kerana org kita masih lagi tidak boleh menerima hakikat bahawa orang lain (terutamanya yg lebih junior dr mereka) juga berhak utk berusaha..perasaan kurang senang mula menghantui..segelintir individu mula membuat cerita itu, ini pasal saya kadangkala perkara remeh juga dipertikaikan.

Kesan daripada itu, saya mengambil satu keputusan yang saya fikir terbaik utk saya juga pihak lain. Walaupun keputusan telah diambil..persoalan demi persoalam dalam diri saya..Adakah ini satu keputusan yg wajar? Adakah ini yg saya inginkan? Adakah saya membuat perkara yg betul? Adakala saya mendapat jawapan tetapi ada masanya saya rasa saya masih sama mcm dulu.Namun...walau apa yg datang saya akan cuba sedaya upaya utk terus berdiri. Kadang kala ia menguji tahap kesabaran dan pada masa yg sama memberi pengajaran yg tidak dpt dibeli dgn wang ringgit. Pengalaman ini membuat saya lebih berhati2 dalam segala hal.

Di akhir tahun ini 2006..apa yg diusahakan menampakan hasil yg positif. Ini membuatkan saya lebih yakin dan teruja demi mencapai apa yg saya rancangkan ditahun baru ini. Semoga ia akan berjalan dengan lancar. Terimakasih kepada individu yang sentiasa memberi sokongan.


"Barangsiapa, yg memiliki cita-cita yg tinggi dan mulia, hendaklah ia memendamnya di dalam hati dan berusaha utk menyimpan sebagai rahsia. Kemudian, ia harus melakukan setiap usaha yg boleh mewujudkan cita-cita tersebut. Hal ini dilakukan agar orang2 yg berusaha untuk merandahkannya dgn cita-cita tersebut, tidak mempunyai kesempatan dalam melakukan aksinya, walaupun hanya sekadar mencemburui cita-cita tersebut."-Dipetik dari buku Kembali Kpd Allah swt