Friday, June 29, 2007

Hak Milik Kekal

Kadang-kadang saya benci untuk mengetahui terlalu banyak...tetapi saya sering dapat menghidu sesuatu. Deria ke-6 saya mungkin terlalu menguasai diri. Saya sendiri tidak pasti adakah ini naluri atau firasat. Naluri adalah sesuatu gerak hati yang datang secara jujur dari dalam diri kita sendirit sedangkan firasat adalah gerak hati yang lahir dari pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga saya, waspada dan lebih berbentuk ramalan. Atau kedua-dua sekali.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita rasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak seindah harapan. Sesungguhnya semua itu boleh menghadirkan rasa yang bergelora dalam jiwa. Adalah sangat beruntung andainya dalam saat tergoncangannya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkah ke arah yang akan memberi nikmat pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak dan kemahuan. Tetapi kita harus sedar tidak setiap yang kita inginkan akan diperolehi. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Hidup ini tidak punya satu hukum-harus berjaya, narus berharta mewah dan lain-lain.

Betapa ramai orang yang hidupnya cukup lengkap tetapi lupa bahawa semua itu pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tabah. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak tertunainya apa yang memang bukan hak kita. Walau ia nyaris menghampiri kita, walau kita mati-matian mengusahakannya.

No comments: