Inilah harinya aku masih berpeluang untuk mengatakan yang baik-baik sahaja, menghindari bercakap kotor dan menjijikkan, tidak akan mencela, mengherdik dan juga memperkatakan keburukan orang lain. Hanya hari ini aku berpeluang mengemas rumah dan pejabat supaya tidak kacau-bilau dan berantakan, supaya rapi dan teratur. Dan kerana hari ini sahaja aku akan hidup maka aku akan memerhatikan kebersihan tubuhku, kekemasan penampilanku, kehalusan tutur kata dan perilakuku.
Aku hanya mempunyai hidup yg pasti hari ini, sebab itu aku akan menanamkan dalam hatiku semua nilai keutamaan dan mencabut darinya pohon-pohon kejahatan serta ranting-rantingnya yang berduri, tak kira sifat takbur, ujub, riya', buruk sangka dan lain-lain.
Hanya hari ini aku akan dpt menghirup udara kehidupan maka aku akan berbuat baik kpd orang lain dan menghulurkan tangan kepada sesiapapun. Aku akan menziarahi mereka yg sakit, menghantar jenazah, menunjukkan jalan yang benar bg yg tersesat, memberi makan kepada org yg lapar, menolong orang yg sedang kesusahan, membantu org yg dizalimi, meringankan penderitaan org yg lemah, mengasihi mereka yg menderita, menghormati org-org alim, menyayangi kanak-kanak dan berbakti kepada ibu bapa

No comments:
Post a Comment