Friday, March 31, 2006

Hadiah Malam Jumaat


Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke Masjid
jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal
sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk
sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi. Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing. Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengatn ahli-ahli kubur yang lain.Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih. Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan. Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah sipemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.


Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya."Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa ?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu."Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu?" tanya Al Mazy lagi.Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa.

Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari
Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang
lebar. Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan
telah berkahwin dengan suami baru.Akibatnya dia lupa untuk bersedekah untuk
anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang
mengingati si pemuda.

Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat
orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.
Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama
dan alamat ibunya agar ia dapat menyampaikan berita keadaan anaknya.

Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada
sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut.
Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu si pemuda tersebut
lantas menceritakan perihal mimpinya. Ibunya menangis mendengar keterangan
Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah.

Kemudian ia berkata :"Wahai Salih ! Memang betul dia adalah anakku.
Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku. Dia membesar dengan
minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur
ketika kecilnya."

Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis
penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.

"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun
meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu
menahannya agar jangan pulang dahulu.Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar
dengan membawa wang sebanyak seribu dirham."Wahai Salih, ambil wang ini
dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku. Insya Allah aku tidak akan
melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."
Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin
sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal.

Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya
oleh ibu pemuda tersebut. Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu,
Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan
sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap
dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda
yang dulunya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan
memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira.

Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy se raya berkata : "Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu. "

"Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh,
Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy. "Ya, Tahu." "Apa
tandanya?"

"Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada
hari yang baik ini, yakni hari Jumaat." Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya.Ia cubamengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.

No comments: