Wednesday, October 25, 2006

Aidil Fitri dan Nilainya

Setiap kali kedatangan aidil fitri, membuatkan saya terkenang masa lalu-saat usia masih hijau, waktu diri tidak kenal apa2. Hari raya adalah waktu yang paling mengembirakan, bukan kerana saya akan dapat mengumpul duit raya yg banyak bukan juga ada baju raya yang banyak tetapi kerana inilah waktu untuk menjamah makanan enak-enak.

Maklumlah..lebih 20 tahun lalu, jika hendak merasa juadah enak, kita hanya dapat menikmatinya pada hari raya. Jika pada hari-hari biasa jarang/tidak pernah dapat merasa itu semua kerana kehidupan ketika itu tidaklah semudah hari ini, yang serba-serbi senang didapati. Apapun saya sangat berterimakasih pada kenangan lalu kerana secebis pengalaman itu amat berharga dalam kehidupan saya yang membentuk diri saya sekarang ini.

Namun hari ini semuanya telah berubah..duit raya yg dulu hanya 10 sen atau 20 sen sahaja tapi sekarang ini nilai duit raya telah meningkat kepada minimum RM 1. Juadah yg dihidang di pagi hari raya bukan lagi juadah yang di tunggu-tunggu kerana ianya boleh didapati dgn mudah pada hari biasa. Tiada lagi rasa kesyahduan di jiwa ketika menjamah ketupat dan lemang.

Kos menyambut musim perayaan juga semakin meningkat. Apatah lagi tahun ini banyak kenaikan harga barang yang turut memberi kesan kepada kita semua. Namun perlukah kita berbelanja besar untuk menyambut raya? Adakah tidak berbelanja besar maka tidak bermakna dan tidak meriah aidil fitri kita. Saya percaya meriah itu terletak pada cara kita meraikan aidil fitri itu sendiri dgn menjadikan hari ini sebagai masa terbaik untuk memupuk silaturahim dan mengeratkan kasih sayang dikalangan keluarga, sanak saudara dan sahabat handai. Rasanya cara itu lebih banyak berkatnya berbanding dgn menabur wang pada perkara yg kurang penting

No comments: