Monday, August 14, 2006

Saya, Kawan dan Masa Lalu

Sebelum menulis saya membaca satu artikel tentang kawan..tentang sahabat..tentang sikap dan pelbagai lagi sehingga membawa kepada keputusan yang mungkin terbaik bagi mereka iaitu memutuskan sahabat

Saya faham bila berkawan tidak semua boleh dijadikan sahabat. Kawan boleh dikategorikan kepada berbagai jenis. ada yang berkawan dengan jujur, kawan bermusim yg mana kawan yg hadir bila dia perlukan sesuatu selepas itu mereka pergi, kawan yang oportunis, kawan yang hipokrit, kawan yang happening..tak kiralah macam mana jenis kawan yang kita ada semuanya amat berharga untuk kita kerana merekalah yang memberi kita warna-warni dalam hidup kita.

Saya terkenangkan nostalgia di A*O**TC tentang saya dan kawan saya. Pada zahirnya orang nampak kami agak rapat kerana kami selalu makan bersama. Namun pada saya beliau bukanlah kawan terbaik saya di situ. Kali pertama saya mengenali beliau adalah semasa kami sama-sama belajar di UPM kebetulan supervisor beliau dan supervisor saya berada dalam kumpulan penyelidikan yang sama.

Dua tahun kemudian kami ditakdirkan bekerja ditempat yang sama dan kami bekerja di dalam kumpulan yang sama. Ditempat kerja beliau adalah senior saya in-term of servis. Beberapa tahun kami berkawan, entah macam mana..ada sedikit salah faham..dan perselisihan demi perselisihan berlaku...(pada ketika itu saya sedang menyiapkan tesis saya). Sehinggalah beliau sanggup menuduh saya mencalar kereta baru beliau. Saya pun tidak tahu apa perasaan saya bila saya diberitahu oleh seorang kawan yang lain tentang hal ini. Yang pasti saya yakin saya tidak pernah melakukannya dan juga tidak pernah terlintas dihati/fikiran saya untuk berbuat demikian. Tuduhan demi tuduhan yang mencabar maruah diri dilemparkan kepada saya sehinggalah saya dah tak ada perasaan lagi untuk terus berkawan dengan beliau. tetapi saya tak adalah rasa nak balas dendam ke apa.

Pada tahun 2003 beliau telah diserang sejenis penyakit auto imune yang diberi nama GBS menyebabkan beliau tidak sedarkan diri. Saya pergi melawat beliau bersama seorang teman. Ya..saya memang mengharapkan beliau cepat sembuh dari penyakitnya itu. Setelah dia sedar dia ada menyatakan ..(dgn menunjukkan huruf2 di kertas krn pada waktu itu dia masih belum boleh bercakap)..ayat terakhir beliau adalah beliau harap kami boleh berkawan macam dulu. Memandangkan dia masih di ICU saya mengatakan 'YA' walaupun hati kata TIDAK....Ia merupakan sebuah lafaz yang kosong hampa.. (teruknya saya ketika itu)

Walaupun saya masih menganggap beliau sebagai kawan tapi ia tak mungkin sama seperti dulu..Sejak hari itu, saya berjanji pada diri sesungguhnya saya akan cuba untuk tidak membuat lafaz kosong lagi..kepada mana2 kawan saya.

No comments: