Sunday, August 20, 2006

Bahaya Pujian

Terbaca artikel berkaitan pujian dibawah dalam sebuah majalah...membuatkan saya teringat kepada seseorang yang suka memberi pujian dan juga bersangka buruk tanpa usul periksa (kesian dia). manakala saya pula boleh dikategorikan agak susah memberi pujian secara langsung.. Oleh itu artikel dibawah adalah untuk peringatan diri sendiri.

Siapa yang tidak suka dipuji? Semua org suka dipuji tidak kira wanita, lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga muda.. namun hati2 kerana pujian itu ada bahayanya yang tersendiri Terdapat enam bahaya pujian-4 pada orang yang memuji dan 2 pada orang yang dipuji.

BAHAYA PADA ORANG YG MEMUJI

  1. Kemungkinan pujian pelampau yang akhirnya akan menjadi pendustaan
  2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk,memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya akan menjadi munafik
  3. Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidikinya langsung.
  4. Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku

BAHAYA PADA ORANG YANG DIPUJI

  1. Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga dengan diri sendiri
  2. Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri

"seseorang tidak boleh memuji bukan pada tempatnya, tidak boleh terlalu sering, dan tidak boleh pula terlalu sukar memberi pujian. Tetapi sepatutnya dilakukan cara bermoral, etika yang tinggi dan kejujuran terhadap nilai2 kebaikan"

No comments: