Sunday, June 04, 2006

Cita-Cita dan Bercita-Cita Apa Bezanya

Saya berpendapat setiap orang mesti ada cita-cita kerana cita-cita yang menyebabkan kita melihat ke hadapan atau ingin maju. Cita-cita juga membuatkan hidup kita berwarna-warni. Semasa kita di sekolah lagi kita telah diminta untuk menyatakan apakah cita2 kita....selalunya pada waktu itu cita2 kita dipengaruhi oleh persekitaran dan juga cara didikan setiap individu.

Saya bercita-cita untuk menjadi seorang saintis sejak di sekolah rendah lagi. Saya masih ingat ketika di darjah 6, kami telah diminta untuk menulis 3 cita2 di atas satu kad....saya menulis cita2 pertama dan kedua saya adalah saintis manakala cita2 ketiga adalah cikgu. Diketika itu saya masih tidak tahu apa fungsi sebenar saintis ini. Saintis sentiasa menjadi kerjaya pilihan saya yang pertama..namun pilihan ke-2 dan ke-3 sentiasa berubah2 yang pasti selepas menamat pengajian di universiti kerjaya pilihan saya (1) saintis; (2) pensyarah dan tidak ada pilihan ke-3. Syukur..alhamdulillah saya telah mendapat kerjaya impian saya.

Pada awal kerjaya saya..saya begitu bercita-cita untuk menjadi seorang saintis yg dikenali, menerima banyak award dan sebagainya. Saya akan cuba bersungguh-sungguh untuk melakukan apa saja tanpa mengira masa...asalkan apa yang saya mahukan tercapai. Pada waktu itu saya hanya ingin dikelilingi atau mencari kawan-kawan yang bercita2 sewaktu dipejabat. Kedua-dua bos saya juga seorang yang bercita-cita. Namun lama-kelamaan saya terfikir adakah terlalu bercita-cita (ambitious) itu sangat penting dalam mencapai cita-cita saya....dan sekarang saya boleh katakan...tidak perlu. Memang benar kita perlu ada cita2 tetapi tak perlu terlalu ambitious sehingga kita mengambil kesempatan ke atas orang lain demi mencapai cita2 itu.

Setelah sekian lama berkerja dan berkawan dengan org yg terlalu ambitious ini apa yg dpt saya katakan...sikap "ambitious" boleh menyebabkan seseorang itu sanggup melanggar adat dan tata susila. Mereka ini terdiri dari orang-orang yg suka mengambil kesempatan, menonjol diri, bermuka-muka, mudah hasad.

Orang yang bercita-cita selalunya akan diberi kejayaan demi kejayaan oleh Allah swt sebagai dugaan kpd mereka dan juga dugaan kepada mereka yg berada disekeliling individu tersebut supaya tidak mengikut jejak langkah mrk.

Kesimpulannya....Dalam hidup kita perlu adakan cita-cita kerana ia membawa kita jauh dalam kehidupan. Yang mana kita tidak perlu bercita2 utk menjadi jutawan dsb tapi cukuplah sekadar mencapai sesuatu yg kita inginkan seperti membeli kereta baru, rumah baru, percutian mewah dan lain2 lagi..kerana bila kita ada target ia akan membuatkan kita rasa macam kanak-kanak sentiasa ingin berusaha...membuatkan darah mengalir laju dan rancak demi mencapai cita-cita tersebut. Walau apa pun kita tidak berlu terlalu bercita-cita atau ambitious kerana ia boleh menyebabkan kita hanya mencapai kepuasan dunia sahaja....

Semoga saya tidak tergolong dalam golongan yang ambitious demi mencapai impian saya. Oleh itu saya akan berusaha dgn lebih gigih untuk mencapai impian dengan cara adil agar bila saya mencapainya nanti ia akan memberi kebahagiaan didunia dan akhirat.

Kepada sesiapa yg berkawan, bekerja, bergaul dgn individu yang ambitious jangan takut pada mereka...."buat kawan jangan, buat musuh jangan" tp jangan biar diri dipergunakan mereka.....



Kenapa saya tulis semua nih....sebab saya cuak dgn sikap immediate boss saya sekarang ni....

No comments: