Thursday, March 16, 2006

Semalam-Yang Pergi Biarkanlah Ia Pergi

Mengingat-ingat masa lalu dan bersedih hati kerananya adalah satu tindakan bodoh dan gila. Ia boleh mematikan kehendak dan membinasakan masa depan. Bagi orang yang waras, fail masa lalu itu sepatutnya dilipat dan disimpan, bukan dibuka dan dipersoalkan. Ia perlu ditutup buat selama-lamanya, dan dikurung didalam penjara kelupaan, diikat dengan gari dalam kurungan yang kuat hingga ia tidak dapat keluar.

Jangan biarkan hidup dihantui masa lalu. Jangan biarkan dirimu sentiasa dibayangi oleh sesuatu yang sudah berlalu. Lepaskanlah dirimu dari pengaruh dan bayangan masa lampau. Hidup sambil mengungkit-ungkit masa lalu bermakna menyia-yiakan masa sekarang, mengoyak-ngoyak perjuangan dan memporak perandakan masa kini. Kerana segala sesuatunya sudah selesai bagi mereka. Tidak ada gunanya lagi menghurai dan memanjangkan cerita perjalanan masa kerana ia sama saja dengan memutar semula perjalanan sejarah.

Sesungguhnya, orang yang kembali kepada masa lalu sama dengan org yang menggiling tepung atau orang yang menggergaji dedak kayu tetapi dirinya sendiri turut tergilas sama.

Malangnya, kita tidak mahu dan berusaha menangani masa kini, sebaliknya kita sibuk memikirkan masa lalu kita. Kita menyia-yiakan istana-istana kita yg megah, sebaliknya kita pula sibuk menguruskan keruntuhan bangunan lama. Sekiranya manusia dan jin bekerjasama dan bertungkus lumus untuk mengembalikan masa lalu itu, nescaya mrk tidak akan berjaya sebab pada dasarnya ia adalah mustahil.

Sesungguhnya manusia tidak perlu menoleh atau berpaling kebelakang, sebab hembusan angin sentiasa menghala kedepan, air mengalir pun menuju ke depan, kafilah berjalan pun kearah depan.


Ingat tu Royce...jangan sedih atau dikenang apa yang telah lalu...tumpukan kepada apa yang kamu ada hari ini. Berusahalah untuk mendapat apa yang diimpikan.

1 comment:

Anonymous said...

hmm, blajar dari hitman system dong. kita tunggu ya. :)