Saturday, June 30, 2007

Ku Rindu Padanya

Rindu ini
.....mengasyikkan
.....melalaikan
.....menyakitkan

Ku tertanya
Adakah dia merasai
apa yang ku rasa

Andai dia juga merasai
Mungkinkah kami akan ketemu
suatu hari nanti...

Friday, June 29, 2007

Hak Milik Kekal

Kadang-kadang saya benci untuk mengetahui terlalu banyak...tetapi saya sering dapat menghidu sesuatu. Deria ke-6 saya mungkin terlalu menguasai diri. Saya sendiri tidak pasti adakah ini naluri atau firasat. Naluri adalah sesuatu gerak hati yang datang secara jujur dari dalam diri kita sendirit sedangkan firasat adalah gerak hati yang lahir dari pertimbangan faktor-faktor luaran. Firasat mungkin datang daripada perasaan curiga saya, waspada dan lebih berbentuk ramalan. Atau kedua-dua sekali.

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita rasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang hilang dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak seindah harapan. Sesungguhnya semua itu boleh menghadirkan rasa yang bergelora dalam jiwa. Adalah sangat beruntung andainya dalam saat tergoncangannya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkah ke arah yang akan memberi nikmat pada ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak dan kemahuan. Tetapi kita harus sedar tidak setiap yang kita inginkan akan diperolehi. Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tidak perlu kita tangisi. Hidup ini tidak punya satu hukum-harus berjaya, narus berharta mewah dan lain-lain.

Betapa ramai orang yang hidupnya cukup lengkap tetapi lupa bahawa semua itu pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan tabah. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak tertunainya apa yang memang bukan hak kita. Walau ia nyaris menghampiri kita, walau kita mati-matian mengusahakannya.

Sunday, June 17, 2007

Hari Bapa......

Di hari Bapa ini..saya hadiahkan al-fatihah buat ayah.

Semoga roh ayah tenang di sana. Semoga kita bertemu lagi di sana nanti.

Saturday, June 16, 2007

Selalunya Kita....

Selalunya kita sibuk memikirkan siapa yang sedang bercakap, bukannya apa yang diperkatakan..walaupun apa yang diperkatakan itu benar, tapi disebabkan oleh tapisan/filter sebegini, seseorang itu tidak akan dapat memproses maklumat yang disampaikan dengan baik. Contohnya...kalau seorang anak kecil menyuruh bapanya mengerjakan solat, adakah sibapa akan marah, walaupun dia tahu apa yang diperkatakan oleh anaknya itu adalah benar? ....tepuk dada tanya diri sendiri...

Tak guna nak bertekak....kalau rasa terlalu ego utk menerima apa yg dikatakan...terpulanglah..kedua2 pihak tak rugi apa2 pun

Saturday, June 02, 2007

Jika ku tak bangun esok pagi

Jika ku tak bangun esok pagi
sayangku kau jagalah diri
sentiasa ingatkan hati
dirimu amat ku cintai

Andainya dihimpit kesusahan
sujud dan mohon pada Tuhan
agar diberikan bimbingan
meniti hidup sendirian

Bila terasa sejuk
pejamkan mata
bayangkan dalam dakapan ku
bila terasa rindu
pejamkan mata
kita bersua dlm lena

Kalau ada yang sudi mengganti
sayang lepaskanlah ku pergi
kerana insan yg seistimewamu
berhak untuk dicinta dalam hidup

Sayang tiada apa yg kekal didalam dunia ini
namun yg pasti
walaupun ku tiada nanti
cintaku akan kekal abadi

Ku berharap kau tak akan lupa
mengirimkan bekalan doa
kita jumpa lagi di sana nanti
jika ku tak bangun esok pagi