Tuesday, August 22, 2006

Di Mana Letaknya Bahagia

Ramai orang mengatakan: "Bahagia itu adalah kepuasan hati." Tapi pernahkah kita berfikir bahawa manusia tidak akan puas? Selagi mana ia berada didunia ia pasti berhadapan dengan kekurangan. Kurang popular, kurang kaya, kurang cantik dan pelbagai tuntutan nafsunya yang tidak akan pernah rasa dengan sempurna.

Bahagia belum tentu tersimpan dirumah besar, istana mewah, kereta mewah. Bahagia sepasang suami-isteri mahupun kekasih ada pasang surutnya. Di manakah bahagia? Pada ketinggian pangkat, pada jumlah anugerah yang dimenangi atau duduk bercengkerama dengan kekasih hati. Tapi ternyata itu boleh mengganggu perasaan, memerah otak jadi lemah, badan kering dan layu serta sakit dihati yang susah diubati.

Oleh itu selamilah dasar hati kita,...percayalah bahawa sesungguhnya bahagia ada pada sifat redha. Ia bagaikan ubat yang menyejukkan orang yang demam. Sesungguhnya apa-apa yang datang kepada kita adalah baik belaka kerana Allah swt lebih mengetahui apa yang "sesuai" untuk kita. Sebagai manusia biasa adakalanya kita "sukar menerima" dengan apa yang terjadi pada diri. Tapi biarlah perasaan itu dikawal pada paras hanya terkejut dipuncaknya, kemudian surut dengan perasaan redha atas ketentuan Allah.

Cubalah memujuk diri kita bahawa apa-apa yang datang kepada kita semuanya adalah
  1. Pemberian Allah. Ujian itu sebenarnya hadiah paling mahal
  2. Wujud kasih sayang antara Allah dan hambaNya. Kerana sayang melahirkan redha ke atas apa saja yang dilakukan oleh orang yang kita sayang. cthnya, seseorang yang menduga dan menyakiti hati kita terpaksa kita redha sebab sayang
Betapa sengsaranya orang yang tiada sifat redha. Hidup tidak tenang, dikejar rasa takut, hati rasa kosong padahal peti besinya penuh dengan duit..pangkat tinggi melangit. Segala hiburan dan perhiasan dunia memang boleh mendatangkan bahagia tp bukan bahagia yang "diam" dalam hati, ia cuma menempel sebentar di dinding hati kemudian lenyap begitu sahaja.

Bahagia adalah redha..cukup senang dikatakan tapi susah dilakukan kecuali oleh orang yang bijak mengawal perasaan lagi beriman.

Sunday, August 20, 2006

Bahaya Pujian

Terbaca artikel berkaitan pujian dibawah dalam sebuah majalah...membuatkan saya teringat kepada seseorang yang suka memberi pujian dan juga bersangka buruk tanpa usul periksa (kesian dia). manakala saya pula boleh dikategorikan agak susah memberi pujian secara langsung.. Oleh itu artikel dibawah adalah untuk peringatan diri sendiri.

Siapa yang tidak suka dipuji? Semua org suka dipuji tidak kira wanita, lelaki, kanak-kanak, orang tua dan juga muda.. namun hati2 kerana pujian itu ada bahayanya yang tersendiri Terdapat enam bahaya pujian-4 pada orang yang memuji dan 2 pada orang yang dipuji.

BAHAYA PADA ORANG YG MEMUJI

  1. Kemungkinan pujian pelampau yang akhirnya akan menjadi pendustaan
  2. Kemungkinan menyebabkan hati dimasuki sifat menunjuk,memuji sekadar menunjukkan bahawa dia akrab tetapi yang berlaku adalah sebaliknya, yang akhirnya akan menjadi munafik
  3. Kadangkala manusia mengucapkan sesuatu yang tidak diketahui benar atau tidak, yang mungkin perkara itu tidak diselidikinya langsung.
  4. Dibimbangi pujian itu akan menyebabkan orang yang dipuji terus leka dan tidak menyedari kelemahan diri sendiri, seolah-olah orang yang memuji itu merelakan sesuatu yang buruk terus berlaku

BAHAYA PADA ORANG YANG DIPUJI

  1. Orang yang dipuji akan terus bongkak dan bangga dengan diri sendiri
  2. Orang yang dipuji akan terus leka dengan pujian lantas mengurangkan usahanya untuk membaiki kelemahan diri

"seseorang tidak boleh memuji bukan pada tempatnya, tidak boleh terlalu sering, dan tidak boleh pula terlalu sukar memberi pujian. Tetapi sepatutnya dilakukan cara bermoral, etika yang tinggi dan kejujuran terhadap nilai2 kebaikan"

Monday, August 14, 2006

Saya, Kawan dan Masa Lalu

Sebelum menulis saya membaca satu artikel tentang kawan..tentang sahabat..tentang sikap dan pelbagai lagi sehingga membawa kepada keputusan yang mungkin terbaik bagi mereka iaitu memutuskan sahabat

Saya faham bila berkawan tidak semua boleh dijadikan sahabat. Kawan boleh dikategorikan kepada berbagai jenis. ada yang berkawan dengan jujur, kawan bermusim yg mana kawan yg hadir bila dia perlukan sesuatu selepas itu mereka pergi, kawan yang oportunis, kawan yang hipokrit, kawan yang happening..tak kiralah macam mana jenis kawan yang kita ada semuanya amat berharga untuk kita kerana merekalah yang memberi kita warna-warni dalam hidup kita.

Saya terkenangkan nostalgia di A*O**TC tentang saya dan kawan saya. Pada zahirnya orang nampak kami agak rapat kerana kami selalu makan bersama. Namun pada saya beliau bukanlah kawan terbaik saya di situ. Kali pertama saya mengenali beliau adalah semasa kami sama-sama belajar di UPM kebetulan supervisor beliau dan supervisor saya berada dalam kumpulan penyelidikan yang sama.

Dua tahun kemudian kami ditakdirkan bekerja ditempat yang sama dan kami bekerja di dalam kumpulan yang sama. Ditempat kerja beliau adalah senior saya in-term of servis. Beberapa tahun kami berkawan, entah macam mana..ada sedikit salah faham..dan perselisihan demi perselisihan berlaku...(pada ketika itu saya sedang menyiapkan tesis saya). Sehinggalah beliau sanggup menuduh saya mencalar kereta baru beliau. Saya pun tidak tahu apa perasaan saya bila saya diberitahu oleh seorang kawan yang lain tentang hal ini. Yang pasti saya yakin saya tidak pernah melakukannya dan juga tidak pernah terlintas dihati/fikiran saya untuk berbuat demikian. Tuduhan demi tuduhan yang mencabar maruah diri dilemparkan kepada saya sehinggalah saya dah tak ada perasaan lagi untuk terus berkawan dengan beliau. tetapi saya tak adalah rasa nak balas dendam ke apa.

Pada tahun 2003 beliau telah diserang sejenis penyakit auto imune yang diberi nama GBS menyebabkan beliau tidak sedarkan diri. Saya pergi melawat beliau bersama seorang teman. Ya..saya memang mengharapkan beliau cepat sembuh dari penyakitnya itu. Setelah dia sedar dia ada menyatakan ..(dgn menunjukkan huruf2 di kertas krn pada waktu itu dia masih belum boleh bercakap)..ayat terakhir beliau adalah beliau harap kami boleh berkawan macam dulu. Memandangkan dia masih di ICU saya mengatakan 'YA' walaupun hati kata TIDAK....Ia merupakan sebuah lafaz yang kosong hampa.. (teruknya saya ketika itu)

Walaupun saya masih menganggap beliau sebagai kawan tapi ia tak mungkin sama seperti dulu..Sejak hari itu, saya berjanji pada diri sesungguhnya saya akan cuba untuk tidak membuat lafaz kosong lagi..kepada mana2 kawan saya.

Sunday, August 06, 2006

........


Walaupun sesuatu amalan itu telah menjadi suatu etika. Namun di kalangan kita telah ditanam dengan suatu kepercayaan, maka kitalah sendiri yang akan menerima balasan di atas kepalsuan yang kita teruskan