Re-union merupakan gathering yang diadakan untuk berjumpa kawan-kawan lama, samada semasa sekolah menengah atau kawan-kawan kat college untuk bertanya khabar dan mengingati zaman suka duka bersama.
Aku selalu juga pergi majlis seperti ini..mostly reunion kawan-kawan sekolah menengah masa di MRSM dululah. Every year kami buat juga gathering dikalangan kawan2 perempuan sahaja..jumpa sambil makan2 selalunya kami buat dekat hotel ataupun rumah kawan yg volunteer. Last month kami telah adakan hi-tea di Legend Hotel untuk student perempuan batch kami..ramai juga yang datang kira-kira 15 orang semuanya..mostly yg tinggal area KL dan ada sorang dari Seremban.
Ada juga mengatakan majlis reunion ini menjadi majlis untuk menunjukkan siapa lebih berjaya atau sebaliknya, siapa anak ramai etc...pada aku ia bergantung kepada pandangan setiap individu yg hadir kemajlis tersebut. Setiap kali gathering aku bukanlah jenis yang meriah...bersembang tetapi setiap kali berakhirnya majlis tersebut aku rasa puas sebab aku dapat jumpa kawan-kawan lama aku....Pada bulan mei nanti (26/5/2006-29/5/2006) kami akan mengadakan majlis reunion untuk batch kami di Kelantan..Tak sabar rasanya nak balik ke sekolah lama. Kali ni aku menghadiri majlis itu bersama-sama kawan baik aku semasa menuntut di sana..sehingga ke hari ini dia masih kawan baik aku.
Persahabatan dgn rakan sekolah menengah sangat istimewa(in particular rakan baik aku Phien). Kenapa? Kami memang ikhlas berkawan, jujur dan tidak berkata yang baik-baik sahaja semata-mata nak jaga hati. kalau salah kami kata salah, kami sakit hati, kami bergaduh (kalau aku perang dingin ajelah), tapi kami tetap kawan..kami bukan setiap hari berbaik...kami pernah terpisah jauh kerana takdir kami berbeza..tapi kami kembali berkawan dan berkumpul.....
Kepada kawan2 aku tuh..kebahagiaan kamu semua aku doakan. Kamu semua merupakan kawan2 aku yg pertama bersama-samaaku mengenal erti kedewasaan. Aku tak sabar nantikan reunion kali ini.
No comments:
Post a Comment