Friday, February 10, 2006

Hari Ini

9hb. Februari 2006=10 muharam 1427

…Hari ini merupakan hari kepulangan SA dari mengerjakan haji di Mekah. Semoga beliau kembali dengan selamat bersama haji mabrur. Sebenarnya banyak yang nak ditulis tapi tak tahu macam mana nak mulakan.

…Sepanjang kepergian SA ke tanah suci diri aku selalu resah dan bimbang akan keselamatan dan kesihatan beliau sepanjang beliau di sana. Beliau bukanlah saudara mara aku…but of course saudara seislamlah. Aku nak cerita kerisauan aku kat kawan-kawan pun terasa malu..most of the time aku doakan kesejahteraannya disana. Kadang-kadang tu rasa tak sabar nak tunggu kepulangan dia. Bukan aku nak pergi sambut kepulangan dia kat airport pun tapi aku berharap dia balik dengan selamat.

…Hari ini juga merupakan hari Asyura…banyak peristiwa yang berlaku pada tarikh ini..untuk meningatkan diri aku sendiri so aku nak senaraikan peristiwa yg berlaku pada 10 Muharam

1). Nabi Adam bertaubat kepada Allah
2). Nabi Idris diangkat oleh Allah kelangit
3). Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari bahteranya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
4). Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
5). Nabi Yusof dibebaskan dari penjara
6). Allah memulihkan penglihatan Nabi Yaakob yg kabur
7). Nabi Isa diangkat ke langit
9). Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulitnya
10). Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan nun, selepas berada didalamnya selama 40 hari 40 malam
11). Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari Firaun
12). Allah mengampunkan kesalahan Nabi Daud
13). Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan besar
14). Hari pertama allahipta alam
15). Hari pertama Allah menurunkan rahmat
16). Hari pertama allah menurunkan hujan
17). Allah menjadikan arasy
18). Allah menjadi Luh Mahfuz
19). Allah menjadikan Malaikat Jibril

(source: Berita Harian, 4.02.06)

No comments: