Banyak yang telah kau beri
Dengan kasih tulus murni
Takkan kau sedari
Sangatlah bererti hidupmu
Genggamlah tanganku ini
Rasakan getar kasihku
Kau kan menyedari
Ada yang selalu
Memperhatikan dirimu
Tanpa mereka siapalah aku. Aku sedar itu semua tetapi seperti ada satu penyakit di dalam diri yang membuat kerongkong rasa tersekat bila ingin menyatakan betapa aku memerlu mereka untuk mengharungi kehidupan dan betapa bertuahnya aku mempunyai ibubapa seperti mereka. Ego aku menggunung walaupun pada ibubapa sendiri..berdosanya aku
Alangkah bagusnya jika aku seperti Sheila, boleh meluahkan rasa hati melalui lagu. Alangkah baiknya jika aku seperti adik beradik yg lain tidak malu memberitahu mak sambil menangis teresak-esak ..."apa yang orang buat semua untuk mak.." Itulah luahan hati mereka dan ternyata aku bukanlah seperti mereka yang tidak silu melahirkan apa yang bersarang di hati. Aku selalu berfikir biarlah mereka tahu isi hati ini melalui perbuatan sahaja tetapi bila usia semakin meningkat, aku amat takut sekiranya tidak berkesempatan untuk meluahkannya. Aku tidak mahu dibelenggu rasa kesal lagi seperti apa yg aku rasa terhadap ayahku. Di sini aku ingin membuang ego aku sejauh mungkin...biarlah anda menjadi saksi atas kemusnahan ego yg dibina atas dasar yang aku pun tak pasti.
Kepada mak..." mak orang beruntung dapat orang tua seperti mak dan ayah". Sebelum orang jatuh tersungkur tanpa ada dahan berpaut, orang nak mak gembira dan berkongsi senang dengan apa yg dikecapi kini. Apabila ditakdirkan satu hari nanti kaki anakmu ini sudah kaku untuk bertatih, berjalan dan berlari..janganlah ditangisi takdir Illahi kerana sesungguhnya mak sudah menjalankan amanahNya dengan sempurna. Orang minta ampun dan maaf kerana telah menambah cabaran hidup mak dan ayah dalam membesar dan memdidik kami berempat sehingga kami menjadi seperti kami hari ini.
Mengapa aku tulis entry ni....mungkin aku rasa tak tenteram sikit sejak akhir-akhir ini...
Aku selalu fikir kalau hidup tidak pernah tenteram, senang dan aman walaupun duit berguni-guni pangkat setinggi langit....kita perlu luangkan masa seketika dan tanyalah pada diri dimana kita letakkan ibubapa kita dalam hidup ini..di hati atau di kaki.