Saturday, January 21, 2006

Apa Itu Personaliti Histrionik

Mereka yang mempunyai personality histrionikl azimnya gemar dengan publisiti dan perhatian orang ramai. Mereka suka dengan glamour dan berasa bangga apabila nama dan gambar mereka tersebar luas dalam media massa umpamanya.

Perkara seperti ini membuktikan kepada mereka bahawa mereka mempunyai kelebihan dan berbakat bagi menarik perhatian orang ramai. Jika diketepikan dan tidak dihiraukan, mereka mudah naik berang dan sanggup melakukan sesuatu yang kadangkala di luar dugaan untuk mencari publisiti. Semuanya ini dirancang untuk mendapat sanjungan dan pujian orang ramai.

Perilaku individu yang mengalami gangguan personaliti histrionik adalah seolah-olah seperti orang yang berdrama. Gerak-geri dan kata-kata mereka mempunyai niat tertentu. Mereka mengambil berat mengenai hiasan diri dan sanggup berbelanja wang yang banyak untuk bersolek dan memakai pakaian yang mahal harganya. Tujuannya adalah untuk mendapat pujian dan perhatian, terutama pada majlis yang diberi liputan oleh media massa.

Mereka yang berwatak seperti ini hanya bertahan untuk sementara waktu, kerana lambat laun orang ramai akan naik muak dengan kelakuan mereka. Individu terbabit pandai memanipulasi dan memutar belit pelbagai isu, jesteru orang lain akan hilang keyakinan terhadap individu berkenaan.

Dalam keadaan sedemikian, individu yang mempunyai personaliti histrionikmudah mengalami depresi atau kemurungan. Sebenarnya perwatakan seperti ini dapat dilihat sejak mereka masih muda lagi. Walau apapun berlaku, mereka yang terbabit memerlukan bantuan dan bimbingan supaya mereka sedar kelemahan yang di alami. Degan adanya kesedaran yang bersesuaian, mereka dapat menangani permasalahan dihadapi.

oleh:Professor Dr. Syed Hassan Ahmad
Metro, Ahad 15 Januari 2006

No comments: