Tuesday, January 31, 2006

Maal Hijrah 1427

Muharram merupakan bulan pertama dalam kalendar islam. Ia bukan sekadar bulan bagi permulaan tahun dalam kalendar islam, sebaliknya termasuk dalam bulan paling diberkati dan dimuliakan Allah swt. Sejajar dengan nama Maal Hijrah, Nabi Muhammad s.a.w. berhijrah dari kota Mekah ke Madinah yang mencatatkan sejarah penting dalam islam dan pengembangannya.

Hijrah bukan sekadar jasad, tapi minda dan semangat. Kalau penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w adalah untuk membentuk umat islam baru yang memiliki fikiran yang seimbang, dihormati kerana akal dan hatinya, disegani kerana ilmu dan imannya. Maka mulai hari ini, kita (khasnya diri aku) harus menanam tekad biarpun kecil boleh menjadi kenyataan. Kita tidak perlu perkara besar, cukuplah sekadar ubah tabiat yang kurang elok/buruk spt cara percakapan, disiplin diri. Juga jangan lupa elakkan perasaan tamak haloba, hasad denki dan irihati. Jika kita tidak boleh berhijrah kepada perkara kecil seperti ini bagaimana kita mampu untuk berhijrah seperti yang dimulakan oleh Rasulullah dulu.

Maal Hijrah ini aku harap aku pun akan berhijrah..dari malas kepada rajin…dari tak tahu cuba ambil tahu…dari lemah kepada kuat dari merungut kepada bersyukur…aku akan cuba berhijrah sedikit demi sedikit….

Doa Akhir dan Awal Tahun


Doa Akhir Tahun
Doa akhir tahun sempena Maal Hijrah dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum mesuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata, “Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaan ku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua”. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosa sesiapa yang membaca doa itu setahun

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang, segala puji bagi Allah, Tuhan pentadbir sekalian alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarga dan sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah , wahai Tuhan kami, perkara-perkara yg telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya walhal Engkau tidak meredai dan tidak melupakannya (Tuhan tidak bersifat pelupa) dan Engkau berlembut tidak mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami melakukan maksiat itu.

Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redai dan yang telah Engkau janjikan pahalanya.

Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. Ya Allah, Tuhan yang maha pemurah
.

Doa Awal Tahun
Doa awal tahun pula dibaca 3 kali selepas solat maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yg membaca doa ini, syaitan berkata, “telah amanlah anak Adam ini dpd godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan 2 Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan

Dgn nama Allah yg maha pengasih lagi penyayang. Segala puji bagi Allah , Tuhan sekalian alam. Rahmat dan sejahtera ke atas Penghulu kami Muhammad dan atas keluarga, sahabat-sahabat Baginda sekalian.

Ya Allah, engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada tidak permulaan. Kelebihan Mu maha besar dan kemudahan Mu sangat-sangat diharapkan.

Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian dalam tahun baru ini dpd tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat dan juga daripada konco-konco syaitan dan bala tenteranya.

Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu, Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah, Tuhan yang maha agung lagi mulia. Ya Allah, Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Kawal Diri Elak Gangguan Desakan

Nota: Artikel ini untuk pengetahuan peribadi

Lazimnya perilaku manusia dipengaruhi pelbagai faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman ialah seperti genetic, personality, motif dan sebagainya, manakala luaran merujuk kepada keadaan persekitaran, sosiobudaya dan impak media massa.

Perilaku yang normal ialah yang membina dan mampu menjamin kesejahteraan kepada seseorang individu. Oleh itu, individu yang berjaya ialah orang yang boleh mengawal dirinya,tahu apa yang baik dan boleh memudaratkan.

Justeru, dia boleh mengawal dirinya untuk membuat sesuatu yang baik dan berfaedah. Ia tidak mengikut desakan hawa nafsu keterlaluan. Ia memahami kehendak dan keperluan orang lain, sehubungan itu, dia tidak mengambil kesempatan apabila berinteraksi antara satu sama lain.

Orang yang boleh mengawal dirinya adalah orang yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi tata tertib apabila berinteraksi. Individu seperti ini beretika dan tidak melakukan sesuatu yang boleh menganiayai dirinya atau orang lain.

Tiga gangguan desakan yang biasa berlaku dalam masyarakat kita
1). Gangguan desakan yang membabitkan perilaku agresif. Mereka cepat hilang kawalan diri dan terus mengamuk apa bila berdepan sesuatu konflik. Perilaku ini berkemungkinan berulang jika situasi sama berlaku lagi pada masa depan.Individu terbabit tidak terdaya mengawal diri, dia berasa seperti harus meluahkan rasa marahnya dan susulan daripada itu barulah perasaannya reda. Ada kalanya dia menyesal dengan perbuatan agresifnya. Individu seperti ini berbeza dpd mrk yg sengaja melakukan jenayah atau yang menjadi ganas disebabkan gangguan mental atau kerana kesan sampingan dadah. Oleh itu, individu ini masih dapat dibimbing dan dibantu supaya secara sedikit demi sedikit ia mampu mengawal dirinya dan tidak lagi bertindak mengikut gerak hati semata-mata.

2). Gangguan desakan yg berkaitan dengan gejala social perjudian. Mereka yg terbabit melihat wang ringgit sebagai satu komoditi yg sangat bermakna dalam hidup mereka. Segala urusan dan perancangan masa depan mereka berkisar pada duit. Tidak ada lagi makna kepada mereka mengenai halal dan haram, yg penting ialah mendapat duit sebanyak mungkin. Mereka membuat andaian hanya duit yang mampu menyelesaikan permasalahan mereka. Justeru, mereka akan trbabit dgn pelbagai jenis perjudian. Dalam keadaan seperti ini ramai suri rumah dan anak menjadi mangsa penderaan, pengabaian dan penganiayaan. Sesungguhnya individu yg mengalami gangguan desakan untuk terus berjudi tanpa henti sebenarnya berdepan tekanan perasaan. Mereka tidak sedar mereka berdepan konflik emosi. Ramai antara mrk turut mengalami gangguan kesihatan seperti darah tinggi, ulser peptic dan migraine. Semua gangguan kesihatan berkenaan ada kaitan dgn tekanan emosi. Oleh itu mereka memerlukan bantuan yg lebih menyeluruh bg memastikan system kesihatan fizikal dan mental menjadi normal semula.

3). Gangguan desakan utk mencuri sesuatu w/pun individu berkenaan tidak memerlukan barangan yg dicuri. Fenomena ini disebut sebagai kleptomania..dimana org berkenaan berasa ada desakan yg amat sgt untuk mengambil harta benda org lain tanpa izin. Selepas berbuat demikian individu ini berasa lebih selesa. Mereka yang mengalami gangguan kleptomania lazimnya mempu membeli barangan yang dicuri, tetapi mereka tidak dpt menahan desakan utk terus melakukan perbuatan mencuri.

Sebenarnya mereka yg menghidap gangguan emosi memerlukan pertolongan dan bukan hukuman. Mereka sedar apa yang dilakukan, tetapi tidak mampu menghindar desakan yg dialami. Lazimnya, mereka turut mengalami konflik emosi yg lain seperti kemurungan dan keresahan.

Oleh Prof. Dr. Syed Hassan Ahmad, Metro 29 Januari 2006


Monday, January 23, 2006

Impian Aku


Perkara yang aku nak buat sebelum aku meninggal

1. Nak mengerjakan haji-tak lengkap rasanya kalau aku tak menunaikan rukun islam yang ke-5 ini

2. Debt free & financially stable

3. Membuat sesuatu yang memberi kesan atau faedah kepada masyarakat..dalam kerjaya aku

4. Melancong ke New Zealand dan Australia

5. Taubat nasuha

6. Memiliki ‘keluarga’ bahagia dan juga membahagiakan org lain terutamanya org kesayangan aku

7. Menyediakan kemudahan untuk anak yatim/org miskin

Sunday, January 22, 2006

No Title


May there always be
work for your
hands to do
May your purse always
hold a coin or two
May the sun always
shine on your
window pane
May a rainbow be
certain to follow
each rain
May the hand of a
friend always be
near you
May God fill your
heart with gladness
to cheer you
Disclaimer: Dedicated to..seseorang yg jauh di mata tapi sentiasa dekat di hati

Saturday, January 21, 2006

Apa Itu Personaliti Histrionik

Mereka yang mempunyai personality histrionikl azimnya gemar dengan publisiti dan perhatian orang ramai. Mereka suka dengan glamour dan berasa bangga apabila nama dan gambar mereka tersebar luas dalam media massa umpamanya.

Perkara seperti ini membuktikan kepada mereka bahawa mereka mempunyai kelebihan dan berbakat bagi menarik perhatian orang ramai. Jika diketepikan dan tidak dihiraukan, mereka mudah naik berang dan sanggup melakukan sesuatu yang kadangkala di luar dugaan untuk mencari publisiti. Semuanya ini dirancang untuk mendapat sanjungan dan pujian orang ramai.

Perilaku individu yang mengalami gangguan personaliti histrionik adalah seolah-olah seperti orang yang berdrama. Gerak-geri dan kata-kata mereka mempunyai niat tertentu. Mereka mengambil berat mengenai hiasan diri dan sanggup berbelanja wang yang banyak untuk bersolek dan memakai pakaian yang mahal harganya. Tujuannya adalah untuk mendapat pujian dan perhatian, terutama pada majlis yang diberi liputan oleh media massa.

Mereka yang berwatak seperti ini hanya bertahan untuk sementara waktu, kerana lambat laun orang ramai akan naik muak dengan kelakuan mereka. Individu terbabit pandai memanipulasi dan memutar belit pelbagai isu, jesteru orang lain akan hilang keyakinan terhadap individu berkenaan.

Dalam keadaan sedemikian, individu yang mempunyai personaliti histrionikmudah mengalami depresi atau kemurungan. Sebenarnya perwatakan seperti ini dapat dilihat sejak mereka masih muda lagi. Walau apapun berlaku, mereka yang terbabit memerlukan bantuan dan bimbingan supaya mereka sedar kelemahan yang di alami. Degan adanya kesedaran yang bersesuaian, mereka dapat menangani permasalahan dihadapi.

oleh:Professor Dr. Syed Hassan Ahmad
Metro, Ahad 15 Januari 2006

Wednesday, January 18, 2006

Kenapa Pindah?

Apabila aku membuat keputusan untuk berpindah/bertukar unit pada masa itu majoriti rakan sekerja aku beranggapan aku pindah kerana dah tak sebulu dgn bos aku Sally ketika itu. Memang ujud salah faham antara aku dengan bos aku Sally tapi aku tidaklah membuat keputusan nak pindah semata-mata pasal ni…Walaupun aku berselisih faham tapi tak pernah wujud perasaan benci aku terhadap dia…Dengan kata lain..dalam aku marah tu..masih ada perasaan simpati yang mendalam terhadap dia..kerana sikap dia yang cepat b***ksa***a terhadap org lain. Sebagai kawan sudah semestinya aku tak harap dia bersikap begitu…

Aku ambil keputusan nekad nak pindah ialah pada 28/8/2003..selepas kami ada dinner dengan consultant, our DG..Y, our former director, MAN and org dari Pan Cent…..sebab peristiwa malam tu..buat aku fikir banyak hal…so aku pindah di atas sebab-sebab berikut
• Aku nak cari cabaran baru
• Aku perlu expose diri aku dgn berbagai ragam manusia dan persekitaran kerja yg berbeza
• Aku nak tolong boss aku tu nanti…..dalam banyak hal so aku kena buat persediaan….
• Dan lagi…dan lagi tak perlu aku tulis semuanya…

Tujuh tahun bukanlah satu jangkamasa yang singkat berada disatu tempat kerja tentunya menjanjikan terlalu banyak kenangan dan pengalaman. Jika tidak kerana pertukaran aku dari A**C ke E** tentunya keyakinan aku untuk menyatakan apa yg aku fikir tidak diperolehi. Pertukaran tersebut merupakan sebuah anjakan paradigma untuk membolehkan aku melihat dunia lebih luas, mengkaji value diri sendiri (adakah aku tahan dgn situasi yg mana most of the staff suka curi tulang..etc..so far alhamdullilah..aku masih lulus ujian tu)..dan banyak lagi.

Sewaktu aku di A**C tembok kemaluan aku terlalu tebal sehigga aku kurang “speak my mind”. Apabila peluang utk aku bertukar ke E** aku rasa inilah peluangnya utk aku roboh kan sikit tembok itu…pada mulanya aku juga was-was dgn keputusan yg aku buat. Terutamanya setelah berbagai cerita negative yg aku dengar tentang bos baru aku CYM. Dengan bekerja dgn bos baru CYM..aku harus melakukan setiap perkara sendiri..dan tembok tebal yang mengelilingi aku mula pecah sedikit demi sedikit…..(Selepas 2 tahun..aku rasa tak adalah CYM ni teruk sangat…aku tak kisah pasal personal dia..aku tak rasa rugi..pun setakat ini).

Bercerita tentang cabaran, setelah 7 tahun berada di A**C cabaran yang aku perolehi semakin kurang mencabar. Entah dimana silapnya sedangkan projek yg aku buat tak kemana juga. Mungkin juga kerana aku merasakan sudah terlalu selesa dan menyebabkan aku kurang ambil inisiatif untuk mencari cabaran baru..Ia juga mungkin kerana sifat persekitaran sekeliling yang tidak banyak berubah dan agak static. Oleh yg demikian aku harus mencari cabaran baru..

Words for SA

Semoga SA berada dalam keadaan sihat sejahtera dan dpt mnjalankan ibadat dgn baik di sana...Amin

Monday, January 16, 2006

Kenangan pada 16hb. Januari

16.01.----Tarikh inilah aku mula menjejak kaki atau lapor diri di MRSMKB (sekarang MRSM PC). Mak dan ayah aku hantar aku sementara abang aku tunggu kat sekolah awal-awal lagi (abang aku masa tu sekolah di SMS..musuh ketat sekolah aku).Abang aku uruskan semua pendaftran aku, beli buku tulis etc..siap tolong tulis nama aku kat buku tulis tu..rasanya tulisan aku lagi cantik dari dia..hehehe. Masa tu aku tengok ramailah yg lapor diri..ada yang gembira, ada yang sedih, ada yang menangis etc. Aku ditempatkan di Blok A bilik 15..masa tu hanya ada satu blok yang didiami pelajar perempuan. 3 blok lain didiami pelajar lelaki. Sekolah aku masa tu lebih ramai lelaki..tapi sekarang tak lagi.

...Aku rasa tarikh inilah yang mengubah hidup aku..dan disini juga aku belajar banyak benda dan jumpa ramai kawan. Aku memang bercita-cita nak masuk sekolah asrama sebab pada aku sekolah asrama byk kemudahannya oleh itu senang sikit aku nak belajar..walaupun aku ni bukanlah kelas A punya student. Kalau aku belajar kat kg manalah keluarga aku mampu nak menyediakan segala kemudahan..nak bayar yuran sekolah pun susah kut..dengan hanya kais pagi makan pagi dan kais petang makan malam. Sebab aku tengok dan dapat rasakan kesusahan keluarga aku bekerjalah aku berazam satu hari nanti aku tak mahu lagi family aku hidup susah...aku pun tak suka kerja-kerja macam tu..tapi kalau aku terpaksa aku boleh buat. Sekarang hidup kami jauh lebih baik dari dulu.

...Banyak kenangan di sini..kalau nak tulis mungkin ambil masa berhari-hari atau minggu. Walau apa pun aku harap silaturrahim yg ujud diantara kawan yg aku kenali di sini perpanjangan.

TERIMA KASIH
  • MRSMKB
  • CIKGU-CIKGU YG MENGAJAR AKU DULU
  • KAWAN-KAWAN YG SAMA-SAMA MENUNTUT PD MASA
KENANGAN DI MRSMKB SELAMA 5 TAHUN TAK MUNGKIN DILUPAKAN

Doaku Di Pagi Isnin

Semoga SA berada dalm keadaan sihat sejahtera dan dapat menjalankan ibadat dgn baik di Mekah. Semoga beliau kembali dengan selamat nanti....Semoga beliau di berkati..Amin

Semoga Abang aku mendapat barangnya kembali..Amin

Diari 15.01.06

Hari ini agak memenatkan bagi aku..tak pergi visit my mother sebab nak siapkan kerja…dan rasa tak sedap badan..biasalah aku kalau tension/stress mulalah rasa semacam. Tapi tengahari pulak terpaksa pergi balai polis nak cam suspect yang masuk rumah hari tu…entahlah aku tak pasti..tengok belakang mcm sama tapi bila tengok dari tepi macam lain dari hari tu. Semoga pencuri tu mengembalikan barang yg beliau curi tu….Susah hati memang susah hati..tapi nak buat macam mana di samping berusaha dan berdoa kena tawakallah. Mungkin ini satu dugaan untuk kami. Tapi org akan kata aku tak kisah sebab itu bukan barang aku..sapa kata aku tak kisah..barang orang lagi aku susah hati..ditambah lagi rasa bersalah. Kalau barang sendiri aku memang dah tak kisah dan anggap itu ujian daripada Allah.Kalau nak marah-marah pun tak guna sebab barang tu dah tak ada buat habis tenaga ajelah..lagipun tahun ini aku berazam tak nak tanamkan sifat buruksangka dan juga kurangkan marah.
KUASA
Kau melihat taringnya
yang tajam mengancam
ketenangan yang selama ini
bermukim di dada
Berubah wajah ketelusan
bersanggar kepura-puraan
kerusuhan melata
menebarkan puing-puing dusta
memurungkan langit kemanusiaan
Kuasa yang bongkak
diluar landasan
mencipta seribu onar
dan angkara di bumi Tuhan
MARHAN SR
Taman Seri Duyung2, Melaka

Sunday, January 15, 2006

Projek Baru


Hari ini merupakan hari pertama aku menjalankan projek baru aku. Hari ini aku mengorak langkah, ke arah menjadi seorang yang lebih berbaloi. Walau langkah aku longlai dan jalan ku masih terkedek-kedek aku tetap akan meneruskan projek ini. Berbulan aku berfikir sebelum mengambil keputusan untuk mencuba nasib dengan menjalankan projek ini. Moga-moga ia menguntungkan walaupun aku buat secara kecil-kecilan. Aku mana ada duit...so aku kenalah buat ikut cara org tak berduit. InsyaAllah, satu hari nanti, I will make it big.

Saturday, January 14, 2006

Doa buat SA

Semoga SA tidak terlibat dalam tragedi itu..Semoga beliau selamat kembali dgn haji mabrur...Amin

Wednesday, January 11, 2006

Rasa Bersalah

Hari ini aku rasa bersalah sekali..disebabkan kecuaian aku habis laptop dan handphone abang aku dicuri. Semoga abang aku dpt kembali brg yg hilang itu..kerana ia amat ptg baginya.

Monday, January 09, 2006

Malas



Hari ini aku di serang penyakit malas yang teramat. Semua kerja tak menjadi.

Friday, January 06, 2006

Asrama runtuh di Mekah

Sebuah asrama empat tingkat berhampiran pintu masuk Masjidil Haram runtuh semalam dalam tragedi pertama yang berlaku pada musim haji tahun ini.Runthuan itu menyebabkan 23 org maut dan 80 cedera termasuk 5 rakyat Malaysia.

Semoga SA dalam keadaan sihat walafiat dan dapat mengerjakan haji dengan sempurna...Amin

Wednesday, January 04, 2006

Utk Someone *******

Bila kita menyayangi seseorang kita tidak perlu mengubahnya mengikut apa yang kita inginkan. Biarkan sahaja dia dengan caranya kerana memaksanya mengikut apa yg kita mahu hanya akan membuatkan dia tidak selesa dan berdendam. Jiwa kita juga tidak sakit menahan rasa setiap kerenahnya

Mengapa kita kecewa dengan org yg kita sayang/suka dan takut "org kesayangan" mengecewakan kita? Kerana kita tidak jujur menyayangi org itu kerana Allah. Kita suka/sayang bersyarat dan terhad kepada sesuatu dan apabila syarat itu tidak dapat dipenuhi oleh org kesayangan itu maka kita melenting krn dari awal-awal lagi niat kita sudah tersasar. Dan jangan sallahkan orang kesayangan jika Allah tarik balik perasaan kasih kita kepada orang itu sedangkan kitalah bersalah sebenarnya.

Tuesday, January 03, 2006

Azam dan Harapan 2006

Mungkin agak terlambat menulis di blog..walaubagaimanapun saya fikir ia perlu juga ditulis untuk mengingati diri sendiri.

Azam saya: Ada beberapa azam tapi hanya satu yg saya nak tulis iaitu saya berazam untuk mengerjakan umrah sebelum berakhirnya tahun 2006. Yang lain tak perlu dinyatakan...catit dalam diari cukup. Sebenarnya saya berpendapat azam tak perlu di war warkan sangat. Walau bagaimanapun azam hendaklah diiringi dengan usaha dan doa. Ia juga mesti ada perancangan, pengawalan, selepas beberapa bulan perlu review. Azam juga perlu pengorbanan dari segi masa, wang dsb.

Harapan saya
.....Semoga azam tahun 2006 tercapai
.....Semoga seluruh keluarga saya diberkati oleh Allah swt-Amin
.....Semoga SA dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah di M**B. Semoga beliau berbahagia selalu dan mencapai apa yg diimpikan.I'll always be there to support U.

Secara keseluruhannya...2005 is a mixed year of happiness and sadness, success and failure, laughter and tears...walau apa pun review tentang 2005 saya tidak boleh merubah apa yang telah berlaku melainkan melihat dan memahami iktibar yang terselit dalam setiap yg berlaku. Diharapkan kehadiran tahun 2006 akan merubah segalanya..tahun dimana segala impian menjadi kenyataan, tahun dimana puncak yg didaki telah tercapai jua...tahun dimana kejayaan itu datang melimpah...InsyaAllah..tetapi kalau 2006 separuh lebih baik dari 2005...I will be delighted.