"Kerja ni nampak mudah je. Tapi ntah kenapa, dah berbulan-bulan aku buat belum siap lagi???Hmmph, apa nak jadi ni. Lepas satu, satu masah timbul! Dah buat dahhh! Problem lama pun tak selesai lagi, dah datang pulak problem lain. Bertimpa-timpa. Tension! Tensionnya akuuu!"
-Beginilah antara bunyi keluhan dan luahan manusia lewat persinggahannya di dunia nan sementara cuma. Keluhan yang membayangkan betapa kusut jiwanya. Betapa rimas naluri fitrahnya. Betapa serabut akal mindanya. Betapa kelam derap langkahnya. Betapa buntu dan sukar bilah-bilah harinya.
-Sama ada sedar mahupun tidak, boleh dikatakan ramai manusia baik secara individu atau berkalompok telah pun menghadapi situasi sukar dan sulit ini. Namun, post mortem yang dibuat hanya berjaya menyentuh faktor-faktor lahiriah semata-mata. Tidak pada faktor rohaniah yang menjadi subject nilaian, perhatian dan pemantauan Allah swt. Hasilnya, masa terus berlalu dan segalanya masih sukar, sulit dan serba tak menjadi.
-Dosa dan maksiat, itulah sebab tersungkurnya kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Sukar yang terjadi bukan kerana sesuatu kerja itu sukar akan tetapi palitan dosalah yang bertindak menyukarkannya. Susah yang berlaku bukan kerana sesuatu urusan itu susah, sebaliknya kumbahan maksiat dirinya sarat itulah yang menyebabkan melimpahnya segala najis dan sampah sarap kesusahannya itu.Kenapa manusia manusia masih sombong untuk mengaku dan tunduk pasrah kepada Allah dan dirinya sendiri bahawa dosa dan kederhakaannyalah yg menjadi sebab kpd segala kesukaran dan kesulitan yg tidak bertepi.
-Kesedaran terhadap perkara ini harus ada dlm setiap diri kita. jika, tidak, kita akan menghadapi stress hingga membawa kpd mudarat yang membinasakan. sangka kita, tekanan-tekanan itu berpunca dari soal-soal lahiriah semata, rupanya ia terhasil dari dosa-dosa kita kepada Allah dan sesama manusia. Sekiranya kita tidak sedar hakikat ini kita akan terus-menerus terkurung dan terperangkap dlm penjara yg kita bina sendiri. Bagaimana sikap kita apabila byk kerja yg kita lalukan serba tidak menjadi serta semakin berterabur?Apakah sebab-sebab teknikal akan kita jadikan alasan untuk kesekian kalinya?
-Tidak syak lagi, faktor terpenting dalam apa jua urusan dan kerja, adalah faktor manusia itu sendiri. sekiranya sudah dikenal pasti tiada masalah pada subjek teknikal spt soal sistem, modal dan prasarana, maka kembalilah merujuk kepada masalah manusianya. bukankah telah menjadi pengalaman rohani kita semua, "Apabila dosa melingkari diri, semua kerja tidak menjadi,"Jesteru, kejernihan batin perlu dipulih dan dikembalikan dengan taubat dan istighfar. Inilah syarat utama yg dibentangkan Allah Ar-Rahman. Syarat yg tidak berubah sampai bila-bila
No comments:
Post a Comment