Monday, October 24, 2005

Ada Yang Hilang

Ada yang hilang
Ketika kau hilang
Hatiku,jiwaku
Ada yang pergi
Tika kau pergi
Senyumku, tawaku
Hidupku ikut hilang bersamamu
Cintaku ikut pergi bersamamu
Sementara ku masih di sini
Seperti gerimis yang lebih menyenangkan daripada hujan
Seperti berjalan yang lebih membuatku tenang daripada berlari
Dan gelap yang membuatku lebih aman daripada terang
Kesedihan tidak pernah membiarkan kebashagiaan dtg sendirian ke dlm hidup manusia
Padahal seringkali kita tidak cukup persediaan
Untuk menjaminnya persamaan
Begitu banyak rasa sakit dan kehilangan dalam hidup aku
Padahal hidup terlalu singkat buat semua rasa itu
Beruntunglah manusia yang tahu apa yang mereka cari
Kerana aku tak punya cukup waktu untuk itu
Bahkan untuk sekadar mengetahui apa yg aku cari

Sunday, October 23, 2005

Hasad dan Dengki

Hasad dengki, antara penyakit umat2 terdahulu yg merebak dan terus merebak hingga akhirnya sampai menerobos jiwa umat manusia akhir zaman ini.

-Dalam diri org yg hasad dengki wujud satu tanggapan mengapa bukan dirinya yang dikurniakan kelebihan dan kenikmatan sebagaimana orang yg dihasadnya. Sifat hasad dengki menumbuhkan 7 sikap yg amat tercela yg bakal merosakkan diri seseorang
  • suka kpd permusuhan
  • rasa diri mulia
  • bersifat takabur
  • ujub dgn diri sendiri
  • takut hilang cita-cita yg diingini
  • suka menjadi ketua dan disanjung-sanjung
  • jiwanya jahat dan kedekut

-Hasad dengki boleh membawa lapan bencana kpd jiwa dan agama seseorang

  • merosakkan ketaatannya
  • mendorongnya membuat kederhakaan
  • menghalangi dirinya dpd mendapat syafaat
  • menjatuhkannya kedalam neraka
  • sering melaksanakan sesuatu yg membahayakan org lain
  • sentiasa dlm keadaan berdosa
  • hatinya tertutup dpd memahami hukum-hakam Allah
  • segala cita-cita tak tercapai

-5 bencana yg akan menimpa sipenghasad didlm kehidupan didunia

  • hatinya selalu resah dan tak tenteram
  • ditimpa bala atau musibah yg tidak dicatatkan pahala pdnya
  • seluruh perbuatannya dinilai keji-keji amalan
  • hidupnya dimurkai Allah swt
  • tidak mendapat taufik dr Allah swt

Apabila Dosa Melingkari, Kerja Serba Tidak Jadi

-Entry ini adalah untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan juga pengunjung blog ini. Artikel ini dipetik dari majah ANIS 2004

"Kerja ni nampak mudah je. Tapi ntah kenapa, dah berbulan-bulan aku buat belum siap lagi???Hmmph, apa nak jadi ni. Lepas satu, satu masah timbul! Dah buat dahhh! Problem lama pun tak selesai lagi, dah datang pulak problem lain. Bertimpa-timpa. Tension! Tensionnya akuuu!"
-Beginilah antara bunyi keluhan dan luahan manusia lewat persinggahannya di dunia nan sementara cuma. Keluhan yang membayangkan betapa kusut jiwanya. Betapa rimas naluri fitrahnya. Betapa serabut akal mindanya. Betapa kelam derap langkahnya. Betapa buntu dan sukar bilah-bilah harinya.
-Sama ada sedar mahupun tidak, boleh dikatakan ramai manusia baik secara individu atau berkalompok telah pun menghadapi situasi sukar dan sulit ini. Namun, post mortem yang dibuat hanya berjaya menyentuh faktor-faktor lahiriah semata-mata. Tidak pada faktor rohaniah yang menjadi subject nilaian, perhatian dan pemantauan Allah swt. Hasilnya, masa terus berlalu dan segalanya masih sukar, sulit dan serba tak menjadi.
-Dosa dan maksiat, itulah sebab tersungkurnya kita dalam menghadapi kehidupan di dunia ini. Sukar yang terjadi bukan kerana sesuatu kerja itu sukar akan tetapi palitan dosalah yang bertindak menyukarkannya. Susah yang berlaku bukan kerana sesuatu urusan itu susah, sebaliknya kumbahan maksiat dirinya sarat itulah yang menyebabkan melimpahnya segala najis dan sampah sarap kesusahannya itu.Kenapa manusia manusia masih sombong untuk mengaku dan tunduk pasrah kepada Allah dan dirinya sendiri bahawa dosa dan kederhakaannyalah yg menjadi sebab kpd segala kesukaran dan kesulitan yg tidak bertepi.
-Kesedaran terhadap perkara ini harus ada dlm setiap diri kita. jika, tidak, kita akan menghadapi stress hingga membawa kpd mudarat yang membinasakan. sangka kita, tekanan-tekanan itu berpunca dari soal-soal lahiriah semata, rupanya ia terhasil dari dosa-dosa kita kepada Allah dan sesama manusia. Sekiranya kita tidak sedar hakikat ini kita akan terus-menerus terkurung dan terperangkap dlm penjara yg kita bina sendiri. Bagaimana sikap kita apabila byk kerja yg kita lalukan serba tidak menjadi serta semakin berterabur?Apakah sebab-sebab teknikal akan kita jadikan alasan untuk kesekian kalinya?
-Tidak syak lagi, faktor terpenting dalam apa jua urusan dan kerja, adalah faktor manusia itu sendiri. sekiranya sudah dikenal pasti tiada masalah pada subjek teknikal spt soal sistem, modal dan prasarana, maka kembalilah merujuk kepada masalah manusianya. bukankah telah menjadi pengalaman rohani kita semua, "Apabila dosa melingkari diri, semua kerja tidak menjadi,"Jesteru, kejernihan batin perlu dipulih dan dikembalikan dengan taubat dan istighfar. Inilah syarat utama yg dibentangkan Allah Ar-Rahman. Syarat yg tidak berubah sampai bila-bila
Jangan berpura-pura menyintai jika rasa itu tidak hadir, kerana cinta adalah sesuatu yang tidak boleh dirancang atau ditentukan

Sekarang ni tengah tak ada idea nak update blog ni.

Ungkapan Emas

Kita membina sumber rezeki melalui apa yang kita kerjakan, kita membina kehidupan melalui apa yang kita berikan kepada org lain-WINSTON CHURCHILL (Perdana Menteri Britain (1874-1965)