Wednesday, November 12, 2008

Linda

Linda Nanuwil adalah naib juara Akademi Fantasia musim ke-2. Beliau merupakan pelajar AF yang banyak menerima undian daripada saya. Saya suka dia kerana pada pandangan saya dia seorang yg cukup berbakat.Saya selalu bayangkan yang suatu hari nanti dia boleh menjadi Pengarah muzik, komposer perempuan yang juga berjaya dalam nyanyiannya.


Beliau telah menghasilkan album sulung berjudul "Jika Kau Kekasih" dibawah Maestro Record. Walau bagaimanapun disebabkan sakit kerongkong yang kronik beliau tidak dapat mempromosikan album tersebut dan terpaksa melupakan bidang nyanyian buat seketika. Hampir setahun beliau menghilang dari dunia seni kini beliau muncul kembali bersama album baru berjudul "Linda" melalui syarikatnya sendiri. Album ini mengandungi lagu Kadazan dan hampir kesemua lagu ditulis dan digubah oleh beliau sendiri......Well Done Linda!!!


1 comment:

Anonymous said...

wahhh peminat linda rupenya..

aku kan teringat lagi bila linda nyanyi lagu hetty kos endang tu..

lagu anak-anak yatim.. terus mengalir air mata.. ekekekeke

aku pun ter emo gak bila linda terkluar konsert walau tak undi dia, ekekekeke

-ojij peminat af dr musim 1-