Friday, January 16, 2009

Prejudis

Apabila saya prejudis
  • Saya mengaitkan keruntuhan Iraq kerana kezaliman pemerintahnya dan juga amalan syiah yang di amalkan oleh sebahagian penduduk
  • Saya mengatakan tsunami yg teruk melanda di Indonesia dulu kerana amalan karut yang dipraktiskan di sana
  • ......tetapi siapakah saya untuk menjatuhkan hukuman kpd sesama agama saya....

Kita melihat pada negara Arab dan kita katakan mereka tidak bersatu dan kerana itu mereka mudah diperkotak katikkan. Sekarang kita lihat pada negara kita sendiri, adakah kita bersatu? Walaupun kita belum sampai ke peringkat berpecah tetapi adakah kita bersatu.

Monday, January 05, 2009

Barang Terpakai

Saya pernah diperlekehkan kerana sering menggunakan barang terpakai atau "second hand". Sewaktu kecil mungkin saya tidak ambil pusing dengan kata-kata sindiran tersebut. Namun apabila meningkat usia, mengguna atau membeli barangan terpakai boleh memberi berbagai makna dalam diri saya. Pernah sekali saya meninjau barangan yang dijual di kedai "bundle" bersama rakan pejabat. Rakan saya itu dengan nada sedikit mengejek mengatakan " eeee..gelilah beli barangan second hand, mana tahu pemilik asal pakaian ini ada kurap". Mungkin telahan beliau benar.

Membeli barangan terpakai tentulah harganya lebih murah. Namun disebalik harga yang murah tersimpan makna yang mendalam dalam diri, yakni mengguna barangan terpakai seolah-olah menyambung harapan pemilik asal.

Contohnya, saya sangat sayangkan kereta yang pertama saya beli dengan duit gaji saya. Setiap pagi sebelum ke pejabat saya akan mandikannya, bila malam saya menidurkannya dgn memakai sepasang baju tidur. Namun, sampai waktunya ia perlu dijual semula atas sebab tertentu. Semana menyerahkan ia kpd pembeli saya mengharapkan tuan barunya dpt menjaga nya dengan baik.

Mungkin begitulah perasaan seorang ibu yang terpaksa meleraikan ikatan kasih sayang anaknya kepada orang ketiga, atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Jerih perih melahirkan bayi comel itu terpaksa dilupakan yang ada hanyalah doa secara tunai agar bayi itu dapat membesar dengan sempurna.

Mewariskan harta benda tidak sama dengan mewariskan ilmu dan kasih sayang. Tiba saatnya kita terpaksa melepaskannya, dengan harapan agar generasi berikutnya dapat menyambung tumpuan kasih sayang seperti kita menjaganya ketika kita milikinya.

Oleh itu..Jangan malu membeli/mengguna barangan terpakai kerana kita mungkin boleh membentuk sikap minda kelas pertama untuk generasi akan datang.