Thursday, July 23, 2009

Whatever happens, there must be a reason...

Semoga dikurniakan umur yang panjang, ditetapkan iman, sihat tubuh badan, kesenangan harta benda juga kesejahteraan dunia dan akhirat...


HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Saturday, May 30, 2009

Terbang Tinggi

Jauh sudah kita melangkah
Berbagai halangan diredah
Demi nama mengejar cita yang diimpikan bersama

Dulu seiringan bersama
Kini haluanku berbeza
Namun rohaniku merasakan bimbinganmu berkekalan

Bila dunia tak seindah
Bila langit tak secerah
Dan ribut melanda
Kau sinarkan segala

Walau tak di bibir tetapi di hati
Kau semua bagaikan sepasang sayap
Untukku terbang tinggi

Usia telah mengubah kita
Kematangan dan pengalaman
Telah banyak mengajarku mendukung ertinya bersaudara

Tatkala ku berair mata
Kau ukir senyuman ceria
Menjamin esok pasti akan menanti hajat dalam hati

Walau tak di bibir tetapi di hati
Lidahku tak terucap sayang yang kurasai
Kau semua bagaikan sepasang sayap
Untukku terbang tinggi

Tuesday, March 17, 2009

Friday, March 06, 2009

@*%^&

Naik jangan memijak kawan, Memanjat jangan berpaut lawan....

Thursday, March 05, 2009

PhD: Pengajaran-Part IV

Akhirnya saya dapat menyiapkan pengajian saya seperti yang ditetapkan. Selain dianugerah Ijazah Doktor Falsafah seperti yang tersurat tetapi ada juga anugerah yang tersirat.

PhD bukanlah kisah perhubungan pelajar-penyelia semata-mata. Ia adalah keupayaan atau kegagalan untuk sustain dalam perjuangan. Jika kita tidak tabah, cepat give-up atau tidak cukup kuat keinginan untuk mendapatkan ijazah maka kita akan cepat longlai dan layu apabila berhadapan dengan masalah. Sedangkan proses untuk mendapatkan PhD sentiasa dipenuhi dengan pelbagai halangan dan halangan ini bukannya tidak boleh diselesaikan.

Mereka yang telah bekerja dan diberi peluang, belajarlah bersungguh-sungguh dan pulanglah dengan segera untuk menyambung tugas masing2.

Wednesday, March 04, 2009

Malang Tidak Berbau

Semalam merupakan hari yang serba tidak kena untuk saya. Bermula dengan insiden yang berlaku sebelum ke tempat kerja, diikuti kehilangan telefon sewaktu keluar makan tengahari (sah hilang dlm premis M*POB) dan berakhir dgn tertinggal access card dimakmal yang mana setelah disedari bilik tersebut telah berkunci dan semua orang telah balik. Nasib baik ada satu pintu yang tidak tertutup rapat.

Satu kerja pun tak menjadi semalam...

Thursday, February 26, 2009

Luar


Kalau di luar jendela Jijo ada pemandangan yang cantik. Tapi pemandangan ini pula yang dapat dilihat dari bilik saya. Di sebelah bangunan itu adalah biodi*esel plant.

Monday, February 02, 2009

PhD: Supervisory Committee-Part I



Jawatankuasa penyeliaan saya terdiri daripada Prof. Dr. MBB, Dr. Sally dan Prof. ABS


Tiga orang penyelia dengan 3 cara berbeza. MBB merupakan pengerusi untuk jawatankuasa ini (main supervisor).

Friday, January 16, 2009

Prejudis

Apabila saya prejudis
  • Saya mengaitkan keruntuhan Iraq kerana kezaliman pemerintahnya dan juga amalan syiah yang di amalkan oleh sebahagian penduduk
  • Saya mengatakan tsunami yg teruk melanda di Indonesia dulu kerana amalan karut yang dipraktiskan di sana
  • ......tetapi siapakah saya untuk menjatuhkan hukuman kpd sesama agama saya....

Kita melihat pada negara Arab dan kita katakan mereka tidak bersatu dan kerana itu mereka mudah diperkotak katikkan. Sekarang kita lihat pada negara kita sendiri, adakah kita bersatu? Walaupun kita belum sampai ke peringkat berpecah tetapi adakah kita bersatu.

Monday, January 05, 2009

Barang Terpakai

Saya pernah diperlekehkan kerana sering menggunakan barang terpakai atau "second hand". Sewaktu kecil mungkin saya tidak ambil pusing dengan kata-kata sindiran tersebut. Namun apabila meningkat usia, mengguna atau membeli barangan terpakai boleh memberi berbagai makna dalam diri saya. Pernah sekali saya meninjau barangan yang dijual di kedai "bundle" bersama rakan pejabat. Rakan saya itu dengan nada sedikit mengejek mengatakan " eeee..gelilah beli barangan second hand, mana tahu pemilik asal pakaian ini ada kurap". Mungkin telahan beliau benar.

Membeli barangan terpakai tentulah harganya lebih murah. Namun disebalik harga yang murah tersimpan makna yang mendalam dalam diri, yakni mengguna barangan terpakai seolah-olah menyambung harapan pemilik asal.

Contohnya, saya sangat sayangkan kereta yang pertama saya beli dengan duit gaji saya. Setiap pagi sebelum ke pejabat saya akan mandikannya, bila malam saya menidurkannya dgn memakai sepasang baju tidur. Namun, sampai waktunya ia perlu dijual semula atas sebab tertentu. Semana menyerahkan ia kpd pembeli saya mengharapkan tuan barunya dpt menjaga nya dengan baik.

Mungkin begitulah perasaan seorang ibu yang terpaksa meleraikan ikatan kasih sayang anaknya kepada orang ketiga, atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Jerih perih melahirkan bayi comel itu terpaksa dilupakan yang ada hanyalah doa secara tunai agar bayi itu dapat membesar dengan sempurna.

Mewariskan harta benda tidak sama dengan mewariskan ilmu dan kasih sayang. Tiba saatnya kita terpaksa melepaskannya, dengan harapan agar generasi berikutnya dapat menyambung tumpuan kasih sayang seperti kita menjaganya ketika kita milikinya.

Oleh itu..Jangan malu membeli/mengguna barangan terpakai kerana kita mungkin boleh membentuk sikap minda kelas pertama untuk generasi akan datang.