Monday, December 29, 2008

Sekolah

Sekarang sana-sini ibubapa sibuk membeli kelengkapan sekolah menjelang sesi pengajian 2009. Rupanya banyak juga belanja yg diperlukan untuk kanak-kanak.

Senarai harga yg telah dibelanjakan untuk 3 orang kanak-kanak sekolah rendah

19.90
19.90
21.90
10.00
9.90
19.90
9.90
23.90
16.90
26.90
14.90
10.90
20.90

Jumlah yang perlu dibayar selepas diskaun adalah RM221.30

Syukur kepada Tuhan kerana telah memberi ilham dan kekuatan untuk saya menulis. Terimakasih kepada pihak pengurusan organisasi saya kerana selalu memilih manuskrip saya.

Sunday, December 28, 2008

Hijrah

Kadang kala jalan ke destinasi yang ingin kita tuju itu penuh liku dan rintangan. Namun kita telah membuktikan dengan semangat dan kehendak serta tenaga yg dijana oleh keinginan yang kukuh di dalam hati, maka kita telah sampai ke destinasi yang ingin kita tuju itu. Setelah berada di tempatnya, tempat yang kita idam-idamkan dulu. Di puncak itu, kita tersenyum bangga kerana segala penat lelah sudah terbayar. Lalu memandang jalan yang telah dilalui dulu, tidak menyangka pula kita berjaya meredah onak dan duri untuk sampai ke situ

Namun, dari sini (puncak ini), kemudian hendak ke mana?

Jika pendaki gunung akan turun kembali ke tanah (walaupun ada yg tidak turun-turun kembali).

Kita pun begitu?

Mungkin ya, mungkin tidak; Kitalah yang menentukannya.

Hari ini, tanyalah kpd hati dan jawablah dgn tulus:-

Dari sini, kemudian hendak ke mana?



SALAM MAAL HIJRAH 1430H UNTUK SEMUA

Tuesday, December 23, 2008

Anugerah

Tidaklah gembira seperti bila diri menyelesaikan sesuatu tugas atau bila hasil kerja di guna pakai oleh orang lain. Kadang kala terpaksa buat-buat happy sebab dapat duit kononnya......

Monday, December 22, 2008

'Perempuan'



Cantik tak "perempuan" dalam gambar ini?

Sunday, December 21, 2008

Cobalah Bertahan

Sedap pulak dengar lagu Sheila ini berkali-kali

Lihat dan pandangi di sana
sepasang merpati terbang
bercangkerama di atas ombak
birunya lautan

Lihat jua dan renungkanlah
kumbang setia pada mawar
walaupun tertusuk durinya
tak pernah menyerah

Yang ku inginkan kita berdua
saling menjaga semua yang ada
meski ku tahu tak mungkin selalu sama

Perbezaan yang kelak ada
tak mungkin hilang sekejap mata
coba bertahan, bertahanlah sayang

Thursday, December 11, 2008

Hujan

Hujan di MPO*B ini
sudah tiada masa untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita lama kata
hujan ini tak akan reda
ikut rasa ingin sahaja aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua
bukan senang untuk ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi ruang kosong

Saturday, December 06, 2008

Berbeza

Setiap individu sudah pastinya mempunyai cara yang berbeza dalam menlaksanakan sesuatu hal/perkara. Untuk diterima kadang kala kita terpaksa mencari persamaan dalam perbezaan itu. Namun ada masanya kita perlu kekal dengan apa yang ada pada diri kita untuk membentuk identiti. Kelainan ini akan menjadikan kita lebih mudah mempunyai kelompok sendiri untuk dikenali dan didekati. Mungkin cara kita dianggap tidak baik oleh sebahagian individu sehingga timbul rasa skeptikal terhadap kita, tetapi itulah yg perlu kita terima dan menempuhnya. Bila kita sabar dan sanggup dgn apa jua cabaran dan keadaan, pasti akhirnya usaha itu akan membuahkan hasil....


Dan..saya tidak mahu ikut cara kamu......